AASA (3)

3.4K 173 36
                                    

PREP ;

Aira masuk kelas tepat pukul 8 malam . Takde orang dalam kelas tu , semua orang kat surau , solat . Aira ? ehem dia .. alah pepaham jelah , cuti .
Dia memilih tempat duduk yang strategik iaitu di tengah tengah kelas serta bawah kipas . Haa strategik bukan ?

Aira bukak buku teks Sains , saja belek belek . Padahal dia paling tak minat dengan subjek tu .

prooot .

Aira memejamkan matanya . Haih , nasib takde orang dalam kelas ni kalau tak mahu tebal beratus inci muka aku dek malu . Dia mengusap perutnya .

kau nak berak ya ?

Aira menyoal perutnya itu . Seketika kemudian , Aira bangun dan menuju ke tandas di tingkat bawah . Kelas nya berada di tingkat tiga jadi demi menunaikan hajat perut nya itu , dia sanggup turun tangga .

Setibanya di hadapan pintu tandas , sempat Aira memerhati pelajar pelajar yang sedang solat berjemaah di surau . Dia masuk dan nelepaskan hajatnya .

.

.

FLUSH ditarik .

fuhh leganyaaa

Aira mengusap perutnya perlahan .
Bibirnya mengoyak senyum apabila teringat kejadian dia kentut dalam kelas tadi . Boleh tahan kuat bunyinya . Mujur takde orang . HAHAHA aira .. aira ..

Aira membasuh tangannya di singki . Dia menangkap suara pelajar dari luar tandas .

dah siap solat ke ? getus hati nya .

sengaja Aira berlama lama dalam tandas , sementara menunggu semua pelajar beransur ke kelas prep masing masing . Sebenarnya , Aira tak nak bertembung dengan pelajar lelaki , Aira ni nampak ganas tapi dia sangatlah pemalu bila dengan lelaki . hm , author pun tak tahu apa masalah budak ni 🌚 .

perlahan lahan , dia melangkah keluar dari tandas apabila yakin bahawa semua pelajar telah tiada .
Dia melangkah ke surau apabila teringat yang sebelum dia naik ke kelas , dia tertinggal bekas pensel nya di sana .

haa jumpa pun !
kata nya setelah menemui pencil box berwarna pink cair itu . Dia melangkah kembali ke kelas nya . Setibanya di hadapan surau bahagian pelajar lelaki , Aira merasakan ada sesuatu yang melekat di kain baju kurungnya . Dia mula ketakutan . Dia melilau mencari orang untuk membantunya tapi tiada siapa di situ . Aira mula nak nangis . Matanya menangkap figura seorang lelaki yang baru keluar daripada surau . Junior barangkali kerana itu kali pertama dia tengok wajah budak tu .

err adik .. bb..boleh tolong tttak ?

menggeletar bibirnya ketakutan . Budak lelaki itu mengangkat wajahnya memandang pelajar perempuan di hadapannya itu .
setelah melihat respons daripada budak itu , Aira menunjuk ke arah kainnya itu .

tolong .. buang .. ada something kat kain akak .. please ..

seriously , Aira tak kesah kalau ego dia jatuh kali ni , dia betul betul takut tika itu .

jelas kelihatan kerutan di dahi budak lelaki itu .

saya tahu permintaan saya mengarut tapi please .. saya takut ..

Aira dah nampak macam nak terberanak dah kat situ . Budak lelaki tu menghampiri Aira . Dia mencangkung di hadapannya . Dia mencapai sesuatu yang melekat di kain gadis itu . Senyum cuba ditahan . Dia mencabut 'benda' itu dan bangun berdiri semula .

takde apelah , kumbang je pun .
kata budak lelaki tu .

Mata Aira terbuntang luas . Apa dia ? k .. k.. kumbangg ? Aira melangkah dua langkah kebelakang . Aira sememangnya fobia dengan serangga .

terima kasih , ucap Aira lalu berjalan laju beredar dari situ .

. . . . . . . . . . . . . . .

woi Dani , kau pegang ape tu ?

soal Aliff sambil matanya merenung tangan Dani .

kumbang ..
ringkas sahaja jawapan Dani .

kumbang ? mana kau rembat ?
soal Aliff . Dani memandang Aliff lalu tersenyum herot .

kumbang ni lekat kat bunga tadi HAHAHAHA

. . . . . . . . . . . . . . . . . .

aira , mu gi mane sakni ?

soal najah dengan loghat ganunya tu .

hah ? ouh aku gi tandas ..
balasnya sambil mengelap peluh di wajahnya .

kau kenapa menggelabah semacam je ni ?
soal nawal di sebelah pula . Aira sekadar menayang sengihan hambarnya . Aira menyembamkan mukanya di meja . Arghhhh .. Dia malu dengan kejadian tadi . siapa budak tu ? haish , macam mana kalaj dia cerita kat kawan kawan dia ? Dia gelak ke ? haishh malunyaaaaa !!!

Rakan rakan semejanya memandang nya pelik ..

Aira mengangkat wajahnya kembali . pipinya dah mula kemerahan . Dah macam tomato dah .

siapa budak tu ?

.

.

.

to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

#DANIHUMAIRA

so how ?
abaikan typo ye ? maklumlah aye ni insan biase 😛

Aira HumairaWhere stories live. Discover now