AASA (18)

2.2K 114 9
                                    

isnin , perhimpunan pagi .

saya sebagai wakil guru guru dan pihak sekolah ingin memohon maaf kepada pelajar , Aira Humaira dan Dani Danial atas tuduhan kes yang berlaku pada minggu lepas . Selepas siasatan dilakukan , mereka sebenarnya tidak bersalah dan hanya berlaku salah faham . Jadi cikgu harap , tiada lagi sebarang kecaman dan kutukan berkaitan kes tersebut . Sekian , terima kasih .

Aira tidak memberi sebarang respon setelah mendengar ucapan dari guru bertugas . Yang dia tahu , dia memang tak boleh terima segala apa kecaman dan kutukan yang dia dapat sepanjang minggu lepas .
Hampir saja dia buat keputusan untuk bunuh diri .

Segelintir pelajar memandang Aira dengan wajah bersalah . Aira langsung tak pandang ke arah mereka . Hatinya sakit .

usai perhimpunan , pelajar berpusu masuk ke kelas .

Kan aku dah cakap , kebenaran pasti menang ..

kata Syak lalu merangkul bahu Aira .
Aira menghadiahkan senyum tipis .

. . . . . . . . . . . . . . . .

Aira , aku ngan geng aku  betul betul nak minta maaf .

Aira berjalan terus meninggalkan geng enam jahanam itu . Geng ni memang agak famous kalau bab kecam mengecam orang ni . Gila kuasa , mentang mentang dah F5 .
Pft

Huh , dah kutuk aku , mengata mak ayah aku , kau ingat senang aku nak maafkan ?

Aira cuma berkata dalam hati . Sebenarnya , dia tak lah marah sangat , tapi disebabkan Aira ni ego dia tinggi melangit .. hm

Aira berjalan mendekati Ain .

Ain , teman gi kantin ..

ajak Aira , sambil buat muka cute . Ain menutup buku teks sejarah .

Ha jom .

balas Ain ringkas .  Mereka berjalan menuju ke arah kantin . Susur gajah yang mereka lalu sangat sunyi . Kebetulan , mereka berdua bertembung dengan dua sahabat .

Dani dan Aliff .

Aira serta merta mengukir senyum . Walaupun , peristiwa minggu lepas agak memalukan tapi boleh kira agak sweet sebenarnya , kan ? HAHAHAHA .

Ain di sebelah dah menyiku pinggang Aira .

Eleh .. kalau nampak Dani je terus kau senyum , kan ? gatal ..

Kata Ain , bergurau .

Eii mana ade

balas Aira lalu mencubit kuat lengan Ain .

oooo main kasar eh ? siap kau  ..

Ain ingin  membalas dendam . Danial di hadapannya dipandang dengan sengihan nakal di bibir . Aira pelik melihat Ain .

Ain melambai lambai tangan , agar dapat mencuri perhatian Dani .

Dani memandang ke arah mereka berdua . Wajah nya selamba sahaja .

Dani , ni Kak Aira cakap terima kasih sebab tolong dia minggu lepas time korang terserempak kat sekolah tu .

Dani sekadar menggangguk . Aira fi sebelah Ain dah memerah .

aish , memandai je si Ain ketot ni

Getus hatinya .

melihat respon Dani yang positif itu , Ain semakin galak menyakat .

Kak Aira kata lagi , dia suka sangat kat aw..

Kau ingat kelakar ke ?!!

Ain dan Aira tersentak dengan jerkahan Dani .

Aira HumairaWhere stories live. Discover now