AASA (24)

2.5K 124 21
                                    

adik , ibu bukan nak salahkan adik dalam hal ni tapi cuba adik buang ego , buang semua perasaan dendam adik pada Dani . Bagi ibu , adik kena move on dengan apa yang berlaku 10 tahun lepas , walau pahit macam mana pun . Dan ibu percaya , jauh di sudut hati adik , adik masih cintakan dia , kan ?

Aira memandang wajah ibunya . Cik Lia menyeka air mata di pipi Aira .

adik tak suka dia .. adik benci dia lah ibu ..

Aira bersuara diselangi air mata .

tipu .

balas Cik Lia sepatah . Dia cukup kenal dengan anak dara nya itu .

Ego .

adik benci dia ! adik jijik nak tengok muka dia dan adik ..

Aira memejam mata menahan sebak

Cik Lia diam , dia cuba menguji  kejujuran hati Aira . Dia tahu bahawa perasaan Aira terhadap Dani tak pernah pudar walaupun 10 tahun tak bertemu dengan lelaki itu .

adik tak nak jumpa dia lagi ..

Aira berkata perlahan sambil menundukkan wajahnya . Cik Lia memegang bahu Aira .

kalau betul adik benci Dani , kenapa nangis ? ..

Cik Lia cuba menduga hati anaknya .
Aira menggeleng tanda dia tidak tahu nak jawab apa . Cik Lia mengangkat wajah Aira memandang anak matanya .

dan kalau adik jijik tengok muka dia , tu ..

Aira berpaling ke arah yang ditunjukkan ibunya .

Sebuah gambar yang terletak elok di atas meja soleknya .

kenapa adik simpan lagi gambar Dani yang adik curi masa adik tingkatan tiga dulu ?

Cik Lia ingin melihat kejujuran hati anaknya . Dia mahu Aira menepis perasaan ego dan dendam . Aira kembali memandang wajah ibunya .

adik boleh tipu ibu , boleh tipu Dani tapi .. adik tak boleh tipu perasaan adik .. ibu kenal anak kesayangan ibu ni ..

Cik Lia mengeratkan lagi dakapannya . Rambut panjang paras pinggang Aira diusap perlahan .

betul kata ibu , aku memang tak boleh tipu perasaan aku .. sejujurnya , aku sangat bahagia saat aku bertemu semula dengan Dani .. tapi ego ,
ego aku yang mencampakkan aku dalam lembah dendam dan benci .. Dani , saya sukakan awak ..

Akhirnya , hati Aira meluahkan perasaan sebenarnya .

. . . . . . . . . . . . . . . . .

adik , meh sarapan dulu ..

pelawa ibu apabila melihat Aira seperti tergesa gesa turun dari tangga

alaa ibu , sorry . Tak sempat kot kalau nak sarapan , Adik kena bentang laporan minggu lepas harini ..

Aira mencium tangan Cik Lia lalu beralih kepada kedua belah pipinya pula . Walaupun sudah timbul kedutan di wajah Cik Lia , namun wanita itu tetap cantik di mata Aira .

hm yelah , bawak kereta elok elok .

pesan Cik Lia dibalas anggukan dari Aira .

Fuhh , lega hati Aira apabila habis membentangkan laporan mingguan pelajar sebentar tadi . Shawl dusty pink di kepalanya dibela .

Usai perhimpunan pagi , Aira bersama guru guru yang lain beransur ke bilik guru . Aira melencong ke tandas untuk membetulkan shawl nya .

alah , pompuan kalau sehari tak gi tandas sebab nak bela tudung , tak sah !

Aira HumairaWhere stories live. Discover now