AASA (29)

2.7K 127 29
                                    

kad kahwin itu dipegang. tak sanggup dia untuk membuka kad tersebut kerana dia sudah tahu gerangan bakal pengantin tersebut.

dia tersenyum .

sekali sekala air mata diseka .

sesal tiada guna .

kerana ego , dia tewas .

kerana ego , dia kesepian .

kerana ego , dia buta .

buta , tak menghargai cinta yang sedia ada menanti di depan mata

sepi , hatinya sepi .

wajahnya disembam ke bantal . tangannya masih setia memegang sekeping kad yang berwarna merah hati itu.

Aira , sayang ..

mukanya diangkat memandang wajah ibunya, makin laju deraian air matanya saat melihat wanita dihadapannya itu turut mengalirkan air mata.

Ibuu

Lantas tubuh tua itu dirangkul. Cik Lia menahan air matanya dari terus jatuh. Dia tahu apa yang berlaku tapi apakan daya, dia tidak mampu untuk menyelesaikan hal hal orang muda.

yang lepas biarkan berlalu, adik. ibu yakin adik akan jumpa yang lebih baik.. ibu yakin, sayang..

Adik tahu adik salah, adik ego, adik cintakan dia, adik betul sukakan dia, adik tak pernah bencikan dia. tapi adik dah terlambat bu, lusa dia dah jadi suami orang lain yang sah.. adik.. adikk ..

shhh, adik jangan cakap macam tu, ibu sedih tengok adik macam ni..

Aira menggenggam kedua tangan ibunya. Tangan ibunya dikucup kasih.

Dia kuat kerana ibunya, ibunyalah satu satunya sumber kekuatan nya.

Ibu, adik nak pergi majlis kahwin Dani lusa ni, boleh kan?

Cik Lia sekadar mengangguk. kalau itu yang terbaik untuk Aira, dia terima walaupun sejujurnya dia takut anaknya itu akan kecewa sekali lagi.

.

.

.

.............

riuh sekali suasana di rumah Nenda Sari. Yelah, esok majlis perkahwinan berlangsung kan. So, mmg rumah dipenuhi dengan makcik makcik bawang lah, sakan merewang haaa.

Dani sedari tadi memegang handphonenya. Dia teragak agak untuk menelefon Aira. Dah sejam dia tenung nombor Aira tu.

Hah abang , dah tanya Aira dia datang tak esok?

Dani menayang fake smile.

err belum lagilah ummi..

Cik Sara mengeluh geram. Heh anak teruna yang sorang ni kan, suruh tanya Aira pun susah ke, Ya allahh...

dari tadi ummi suruh tanya kan, apa yang susah sangat nak call dia, call jelah, tanya dia datang tak esok, kalau datang, family dia ikut tak. Haa tu je..

Cik Sara dah start berleter.

abang rasa dia tak datanglah ummi..

dahi Cik Sara berkerut.

Haihh, tak call lagi dah cakap dia tak datang, dahdah cepat call dan komfemkan..

Dani buntu. Dia belum bersedia untuk berhubung dengan Aira semenjak pertengkaran mereka sebulan yang lalu. Dan dia tahu, Aira pasti benci akan dirinya. Tapi memikirkan ummi yang beria suruh dia call Aira ... Haih

Aira HumairaWhere stories live. Discover now