AASA (9)

2.2K 119 30
                                    

Aira memicit micit nasi dalam tray nya . Suasana riuh dalam dewan makan itu langsung tidak mengganggu lamunan nya . Matanya merenung tray berisi nasi yang bagai tak luak langsung sedari tadi . Nawal , Syak dan Ain memandang sesama sendiri .

Aira ! Aira Humaira ~

panggil Ain . Namun tiada balasan daripada Aira . Dah sampai Afrika agaknya Si Aira ni .

Nawal memandang Syak yang duduk di hadapan Aira , isyarat diberikan . Syak mengangguk faham .

1

2

3

BBUMMMM !



OI MAK BEDAH JUAL LAMPIN KAU KOYAK !!!

habis ayam pehanya melambung dek kerana melatah . Aira menutup matanya . Bibirnya di ketap , malu .

krik krik .

suasana dalam dewan makan itu senyap serta merta . Semua mata kini tertumpu ke arah empat sekawan itu atau lebih tepat lagi pada Aira . Syak terkejut dengan respon Aira . Bukan niatnya nak buat Aira melatah tapi dia ketuk meja untuk sedarkan Si Aira yang mengelamun jauh tu . Aira pulak dah tebal beratus inci dah .

Suasana di dema kini kembali riuh dengan suara gelak ketawa pelajar
pelajar SMK Ayer Dalam . Bertambah lah malu Si Aira . Syak berulang kali meminta maaf kepada Aira . Dia tahu silapnya kerana mengejutkan Aira .

Nawal dan Ain dah merah muka tahan gelak .

kuangjo .

haa gelak lah , gelak .

kata Aira dengan nada rajuk nya .

alolo sorry lah , dah kau tu berangan apa sampai tak luak langsung nasi dalam tray tu ?

pujuk Syak . Tawanya terlepas jua akhirnya . Susah woi nak tahan gelak bila tengok member kau melatah sampai tercampak ayam KAHKAHKAH . Dah lah tercampak ayam pastu kena pulak tepat kat muka amierah . Kesian Amierah .
Aira memandang wajah Amierah dengan riak bersalah .

sorry Amierah , silap saya . Sorryyyyyy sesangatt

Kedua tapak tangannya disatukan tanda memohon maaf . Amiera senyum .

eh takpe takpe , sikit je ni .

balas Amierah bernada biasa . Fuhh , untung Amierah tak marah kalau tak haish payah lah pulak nak settle .

Aira kembali memandang Ain , Syak , dan Nawal silih berganti . Kalau ikutkan hati nak je Aira bukak gelanggang WWE dalam dewan makan ni , sekeh kepala sekor sekor . Haih .

Setelah beberapa ketika , suasana di dewan makan kembali biasa seperti tiada apa yang berlaku . Lega hati Aira . Baguih budak budak SMK Ayer Dalam ni , tak besar besarkan cite .HAHAHA kalau tak , tak jejak dewan makan lah Aira lepas ni sebab malu .

korang rasa kenapa aku selalu berangan eh semenjak dua menjak
ni ?

soal Aira kepada member member nya itu . Nadanya seperti serius .

tu tandanya kau betul betul dah angau cinta ngan mamat junior tu .

balas Ain selamba lalu sesuap nasi disua ke dalam mulutnya . Aira merenung tajam ke arah Ain . Ain memandang Aira dengan kening terangkat .

Apa ? betullah aku cakap , kau sebenarnya suka an kat si Dani tu ? tak suka konon , padahal hati dah bukak kedai bunga dah tu .

kata Ain lagi . Nawal ngan Syak dah buat sengih nakal .

Aira HumairaWhere stories live. Discover now