AASA (6)

2.5K 139 2
                                    


SABTU , 11 PAGI ;

Aira dari tadi bergolek di atas katilnya . Sumpah , dia bosan . Dia tak tahu nak buat apa . Homework ? lama dah siap . Study ? hahahaha buat lawak ke ? memang tak lah . Haih , bosannya minggu outing ni .

🔊ehem , test mic test mic

Aira dari posisi tergolek tadi segera duduk bersila diatas katilnya , bersedia untuk mendengar pengumuman yang bakal diumumkan itu .

🔊Assalamualaikum wbt . Perhatian kepada semua ahli pasukan rumah hijau , aspura dan aspuri , sila turun ke surau sekarang . Perjumpaan rumah sukan akan diadakan . Sekian , terima kasih .

Aira mengorek telinganya berulang kali . Dia tak salah dengar kan ? Ehei , tak lawak lah brader ..

wei safiah , dia umum apa tadi ?

Safiah yang ralit memicit blackhead nya itu berpaling menghadap Aira .

Sejak bila kau pekak ni ? Pengumuman tadi kemain lagi kuat gitu pun kau tak dengar . Haih , DIA KATA , RUMAH HIJAU PI TURUN SURAU SEKARANG .

satu satu perkataan itu ditutur oleh Safiah . Aira menyerabutkan rambut nya . Sekali pandang cam alley cat pun hado ni mak aih .

ish malaslah ..

Aira menggumam perlahan . Dengan malasnya , dia turun tangga katil . Pergi ke arah loker dan menukar pakaian yang lebih sopan . Kau gila nak turun pakai baju lingerie gini ? kang tak pasal pasal pak cik guard sekali masuk minang kang .

Aira memang macam ni kalau kat asrama , pakaian tu kalau boleh nak habis seksi dah . Panas katanya . Padahal , dah duduk katil atas dah . Dekat ngan kipas pulaktu . Haih , Aira Aira ..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

okay , tujuan kita berkumpul kat surau ni sebab nak lantik pengerusi , naib pengerusi , bla bla bla bla

Aira menahan kuap . Bebelan Muiz , pelajar tingkatan 5 itu langsung tak masuk dalam otaknya .

dalam otaknya hanyalah katil dengan tilam yang empuk , serta bantal yang gebu gebu . Dia mula membayangi dia sedang baring di atas katil empuk bersaiz king itu dan akhirnya...

AIRA ? AIRA HUMAIRA ?!

suara Muiz yang naik seoktaf itu mengembalikan Aira kepada realiti . Sekali lagi Aira malu dengan diri sendiri . Macam mana lah boleh berangan time time camni . Haih .

Awak dengar tak saya cakap apa tadi ?

soal Muiz lagi . Aira berkerut . Aduh . Apa dia nak jawab ni ?

Ha dengar dengar .

jawab Aira sambil mengangguk laju .

setuju tak ?

soal Muiz lagi . Dahi Aira semakin berkerut . Setuju natang menda pulak dah ..

Hah ? , respon daripada Aira telah menyebabkan semua mata memandang ke arahnya . Adeh , malu lah kawe laguni . Muiz menggelengkan kepalanya .

Kami melantik awak sebagai Naib Pengerusi Rumah Hijau ni . Setuju tak ?

Muiz menjelaskan dengan lebih terperinci . Aira mengangguk faham . Ouh , cakap lah awal awal . Aku ingat apebenda lah tadi . Rupa rupa nak lantik aku jadi naib penger . Eh jap ?

APA DIA ? NAIB PENGERUSI ? !

suara highnote Aira itu berjaya menarik semua mata memandang ke arahnya buat kali kedua . Tahniah Aira , tahniah . Nawal di sebelah menepuk peha Aira .

kau pahal do , tayah jerit . buat malu nya

kata Nawal separa berbisik . Aira buat muka 'weh tolong , aku malu'

Cik Aira Humaira , kami menunggu ni ..

kata Muiz , nada meleret . Haish , perli lah tu . Aku tombuk muka tu kang . Aira tersengih kerang busuk .

setuju setuju ..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Dani , amacam tadi . Dapat jawatan pape tak ?

soal Zaid . Hah nak kenalkan , Zaid ni f1 jugak , classmate Dani . Mulut dia uiiii kecoh bakhangg . Asyik potpet potpet memanjang . Dia ni agak sutun sikit .

dapat , aku jadi ajk bahagian perbarisan hari sukan nanti .

balas Dani senada . Zaid mengangguk faham .

kau masuk perbarisan ? choii kelas kau nyah ..

tutur Zaid sambil mencucuk bahu Dani . Dani dah buat muka menyampah .

ish , geli aku . Dahlah , aku nak gi solat Asar dulu . bye , assalamualaikum .

Salam dijawab dalam hati . Zaid menghantar bayangan Dani yang berlalu ke surau itu dengan mata sahaja .

. . . . . . . . . . . . . . . . .

Kak Aira ! Akak ! Kak Aira !

Aira berpaling mencari tuan empunya suara . Tapi , tak de sape pun . Dia kembali meneruskan perjalanan nya ke padang . Maklumlah , dah jadi n/pengerusi kenalah tolong apa yang patut . Lagipun banyak lagi perkara tak selesai . Hari sukan tak sampai seminggu sahaja lagi .

KAK AIRA !

langkah Aira terhenti . Dia memandang wajah pemilik suara yang memanggil namanya tadi . Entah kenapa , dia rasa something berdegup laju . Limpa barangkali .
ceit .

Aira sekadar mengangkat kening sebagai respon .

Ni , saya nak minta tolong akak lukiskan pedang sebab nak buat prop untuk hias rumah sukan kita nanti , boleh tak akak ?

rumah sukan kita ? kita ? auww so sweet . Heh Aira , perasan hang ni . Kembali kepada realiti . Aira mengangguk perlahan .

Nanti saya lukiskan .

terima kasih , kak .

sama sama . eh Dani !

Dani berpaling kebelakang . Dia membuat muka seperti sedang berkata ' ya , kenapa ? '

Aira menggigit bibirnya . Nak tanya ke tak eh ? Kalau tanye kang , macam memalukan diri je . Tapi kalau tak tanye , matilah aku kalau dia viralkan kes kumbang time malam first day sekolah . Haish .Wajah Dani dipandang semula .

erk , takde papelah .

Aira berpusing dan menyambung langkahnya yang terbantut tadi .

Jangan risau kak , saya tak cerita kat sapa sapa pun pasal kumbang tu !

zrappppp . langkah Aira terhenti . Dia mengepal penumbuknya menahan malu . Haish budak Dani ni , baru F1 dah pandai nak memalukan senior ya . Haishh Jjinja ???

oo.. ok..okaayy ..

kata Aira tergagap dan melangkah laju ke padang .

Dani tersenyum herot . Haish kelakarlah ' akak kuat melatah ' ni .




to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

#DANIHUMAIRA

typo is my type 😕

ly , prooooot 💨💨

tekan star ni , aceceh ly prooot .

Aira HumairaWhere stories live. Discover now