AASA (5)

2.7K 133 1
                                    

Woi Dani !

terhinjut bahunya setelah disergah oleh rakan baiknya , Aliff . Dani merenung tajam wajah Aliff . Aliff tersengih kambing .

alaa sorrylah , kau tuh , aku panggil banyak kali kot , tak dengar dengar jugak . Haih , pekak dah ke ? ataupun..

Aliff menayang sengih nakalnya . Dahi Dani berkerut .

atau apa ? soal Dani .

kau fall in love eh ? elelele , Aliff dah tarik sengih nakalnya . Sengaja sakat membernya itu . Tahu benar yang Dani tak suka diusik soal itu .
Dani menggulingkan bebola matanya dan mengeluh .

kau agak agak lah weh , aku takde masa nak fall in love ni , baru f1 lagipun , fokus belajar dulu lah .

balas Dani , selamba . Ya , memang Dani seorang yang tak berminat dengan cinta . Dia tak pernah menjalin hubungan dengan mana mana perempuan pun sebelum ni .Baginya , pelajaran lagi penting .
Aliff mencebik .

yelah USTAZ DANI .

sengaja Aliff menekankan perkataan ustaz itu . Suka benar dia menyakat bff nya tu . Begitulah cara mereka bergurau .

. . . . . . . . . . . . . . .

PERHIMPUNAN PAGI

okay , cikgu nak maklumkan pada kamu semua , hari sukan sekolah akan berlangsung sebulan daripada sekarang . Jadi , cikgu selaku guru penyelaras sukan mengharapkan hari sukan tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun tahun sebelum ini , faham semua ?

faham ! serentak para pelajar menjawab .

satu lagi , senarai nama rumah sukan bagi pelajar tingkatan satu akan ditampal pada papan kenyataan selepas solat zohor nanti ya ? sekian , terima kasih .

tepukan gemuruh diberikan setelah cikgu yati menghabiskan hujahnya .

. . . . . . . . . . . . . . . .

woi Aira , kau rumah Hijau an ?

soal Ain . Aira sekadar mengangguk .
Sejujurnya , dia teruja kerana dia memang salah seorang atlet lari pecut di SMK Ayer Dalam itu .
Aira menepuk nepuk tangannya seperti penguin .

eii tak sabarnyaaa

ujarnya teruja benar barangkali .
loceng berbunyi , Cikgu Anis melangkah masuk ke kelas . Kelas matematik diteruskan .

. . . . . . . . . . . . . . . .

KRINGGGG

rehat .

pelajar berebut keluar daripada kelas . Hanya Dani yang tinggal di dalam kelas . Dia puasa sunat . Maklumlah hari Isnin . Ketua kelas yang beriman kan ? HAHAHAHA Aliff ? dah selemat memecut ke kantin .

Jam tangan dikerling sekilas . Dani bangun lalu menuju ke surau . Niatnya ingin menunaikan solat sunat Dhuha . Dia berlalu mengambil wudhu' dan mengangkat takbir .

. . . . . . . . . . . . . . . .

mananya tenuk tiga ekor tu ? lamanya membeli ? beli ke buat kantin dorang ni haihh .

rungut Aira . Dia melabuhkan punggungnya di tepi surau . Dek kerana bosan menunggu . Aira memutuskan untuk berehat di dalam surau . Tika itu , surau bahagian perempuan itu kosong , hanya bunyi kipas kedengaran . Suara pelajar lelaki di seberang pun tidak kedengaran . Haih apa nak jadi zaman sekarang ni , susah nak cari yang alim sekarang ni ? pergi kantin laju je , tapi surau ? hm minta simpang empat lah .. getus hati Aira .

'assalamu'alaikum warah matullah..'

pantas Aira berpaling . Aik ? ada orang rupanya . Wahh bagusnya lelaki tu . Aira dah berangan bukan bukan . Dia bangkit dan berjalan ke arah tirai yang memisahkan bahagian lelaki dan perempuan .
Aira menyelak sedikit tirai itu ingin melihat gerangan yang solat sebentar tadi .

hish , pusing lah , aku tak nampak muka kau ..

Aira menggumam perlahan . Aira ingin sekali melihat wajah figura lelaki yang duduk bersila membelakangi nya itu . Sedang dia terjengket jengket mengintai , Ain menyergahnya secara tiba tiba .

MAK AKU KATA PUSING PUSING PUSING !

okay , sekali lagi . AINNNNNN !!

mata Aira mencerlung Ain tajam .

kau intai apa , terjengket macam toyol nak mencuri ni ? - ain

hish , kau ni kacau lah , aku nak usha seorang budak lelaki ni , balas Aira . Dia kembali menyelak tirai itu namun hampa , lelaki itu sudah tiada di situ . Keluh dilepaskan .

kaulah ni , tengok , dia dah takde .
Kau ni pun , berapa kali aku pesan , jangan kejutkan aku , kau kan tahu aku ni kuat melatah .. , - Aira

Ain bercekak pinggang .

eh cik Aira , sejak bila kau pandai usha usha ajnabi ni ? ewah ewah . Siapa lelaki kau usha tu ? budak Dani tu ea ?

Ain dah tarik senyum nakal nya.

Bukan Danilah , aku tak nampak pun muka budak tu , semua salah kau ! huh .

Aira acah acah merajuk . Mereka berdua keluar dari surau dan berjalan menuju ke arah Syak dan Nawal .

. . . . . . . . . . . . . .

Dani , kau dari surau eh ?

tekaan Aliff tepat apabila melihat anggukan daripada Dani .

yang kau kenapa , sejak balik dari surau aku nampak kau senyum je .
kena sampuk ke ?

soal Aliff . Hairan dia melihat Dani yang murah senyuman sangat tu .

takdelah , tadi kat surau . Lepas aku solat tadi , aku dengar budak perempuan melatah . Suara tu aku macam cam je . Kelakar kot dia melatah HAHAHA

Dani melepaskan tawanya . Haih , pelik pelik perangai budak sekolah ni

. . . . . . . . . . . . . . . . .

to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

abaikan typo 👌

#DANIHUMAIRA

Aira HumairaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang