AASA (26)

2.6K 121 29
                                    


okay , cikgu nak semua siapakan latihan mukasurat 22 pastu hantar pada cikgu sebelum balik , ya ?

Baik , Cikgu !

Aira tersenyum sebelum kembali melabuhkan punggung di kerusi
guru . Suasana di dalam kelas 2 Permata itu agak tenang . Murid murid fokus pada latihan mereka . Sesekali Aira mengimbau kenangan zaman persekolahannya dahulu , di mana dia masuk dalam alam percintaan . #denganjuniorpulaktu
Bibir mengukir senyum .

haih , kalau boleh putar semula waktu
lamunannya tersentak apabila deringan Ip7 miliknya berbunyi menandakan satu panggilan masuk .
Aira meminta diri lalu keluar dari kelas . Ip7 didekatkan pada telinga .

waalaikumussalam , hm nak apa call ni ?

Wajah Aira berkerut kerut dek silau matahari .

takde apa pun , saya cuma nak tanya , awak free tak lepas sekolah nanti ?

Aira berfikir sejenak .

free je kenapa ?

Aira menanti jawapan dari pemanggil .

tepat pukul 2 petang , saya datang jemput awak kat depan sekolah , bye

belum sempat Aira menjawab panggilan sudah diputuskan . Aira mengeluh sebal .

suka hati dia je nak arah arah aku , ei aku tumbuk kang , hancur terus muka hensem dia tuh !

Aira membebel sambil tangannya menumbuk angin tanda memprotes . Lagaknya serupa orang tak waras

Cikgu Aira buat apa tu ?

teguran daripada Anis , pelajar tingkatan tiga itu menghentikan perbuatannya . Aira diserbu rasa malu yang macam MASYAALLAH TAK TAHU NAK SOROK MUKA MANA DAH ADOI !!

Aira memandang ke arah pelajarnya itu sambil menayang sengihan hambar .

buat apa ? em cikgu .. cikgu bertumbuk dengan nyamuk ?

Aira pura pura menumbuk numbuk nyamuk di udara . Anis pula sekadar gelak hambar yang memang sangatlah hambar . Aira mengutuk diri sendiri dalam hati .

dahlah buat perangai tak semenggah depan pelajar , pastu lawak pulak hambar nak mampos , adehh Aira !!

takpelah kalau macam tu , saya masuk kelas dulu lah ya , Cikgu Aira ..

Aira sekadar mengangguk . Anis berlalu melintasi Aira . Aira kembali ke kelas 2 Permata dan sesi pembelajaran diteruskan .

******

tamat sahaja waktu sekolah , Aira melangkah laju menuju ke arah bus stop . Sebenarnya dia nak lari daripada "temujanji" paksa rela tadi .
Honda Civic kesayangannya dihantar ke hospital untuk dirawat . Haritu Aira bawa kereta entah macam mana sampai terlanggar lembu . Nasib baik tak arwah budak Aira ni .
Melayang duit 100 ribu jugaklah untuk repair kereta kesayangannya tu .

Aira !

Aira tersentak dari lamunannya . Wajah lelaki tinggi lampai dihadapannya di pandang .

aduhh , dia dah datanglah pulak .. aku baru nak lari dari dia ni ..

Aira menggigit bibirnya .

jom ?

soal lelaki itu . Aira mengangkat kening buat buat tak faham dengan ujaran lelaki itu .

kan saya dah cakap tadi , saya ambik awak lepas habis waktu sekolah ..

Aira tayang senyum paksa . Habislah kau Aira , dah takleh lari dah .. tapi jap !

Aira HumairaWhere stories live. Discover now