AASA (19)

2.2K 109 3
                                    


Dani hilang fokus . Bebelan Cikgu Zila mengenai peperiksaan akhir tahun itu langsung tidak masuk ke dalam benak mindanya . Dia seperti .. hm entahlah .. Dia sendiri tak pasti apa kena ngan perasaan dia sekarang .

Dani , ingat pesan ummi kau Dani , fokus belajar ! Fokus !

Dani memberi semangat kepada diri nya . Dia cuba memahami kata kata yang diujarkan oleh Cikgu Zila di hadapan .

--Cikgu harap kamu semua lulus untuk subjek Matematik . Buat yang terbaik untuk PAT nanti . Boleh ?

boleh !

sahut para pelajar dengan semangat .
Loceng berbunyi menandakan tamay waktu persekolahan . Usai berterima kasih , Cikgu Zila melangkah keluar dari kelas 1 Permata .

Dani menyimpan barang barangnya .
Julia disebelah dipandang .

apahal kau pandang aku ?

soal Julia .

erm .. nak mintak tolong sikit
boleh ?

Soal Dani . Dia berharap sangat Julia boleh membantunya .

tengok atas apa yang kau nak aku tolong lah . Kalau senang , aku buat . Ha , tolong apa ?

Soal Julia sambil menggalas beg sekolahnya .

Dani memastikan pelajar yang lain keluar daripada kelas . Bahaya kalau kantoi ni . Setelah tinggal beverapa kerat pelajar di dalam kelas tersebut , Dani kembali memandang Julia .

tolong wish goodluck kat Kak Aira , PMR kan minggu depan dah start .

ujar Dani sambil tersenyum . Wajah Julia berubah riak .

sorry ah wey , aku bukan taknak tolong tapi ..

Julia berfikir seketika .

Tapi apa ?

soal Dani kembali .

tapi Kak Aira sekarang dia tak nak dengar atau tahu apa apa pun yang berkaitan dengan kau . Apa lagi kalau aku cakap pasal kau wish goodluck ni , mahu mati aku kena terajang dengan Kak Aira nanti ..

jelas Julia panjang lebar . Senyuman Dani berubah hambar .

ouh camtu ke ? baguslah kalau dia dah boleh move on .. hm takpelah , aku balik dulu .

ujar Dani lalu melangkah keluar dari kelas meninggalkan Julia .

aku tahu kau sakit Dani , tapi Kak Aira lagi sakit ..

kata hati Julia .

. . . . . . . . . . . . . . . .

wei lepas solat asar nanti , jom study group kat kelas nak ?

Mira memberi cadangan .

aku on je , janji belajar ..

balas Ain . Yang lain sekadar mengangguk setuju .

.

.

.

usai solat Asar dan minum petang , mereka berlima menuju ke kelas .

Membuntang mata Aira melihat sesuatu yang ada di atas mejanya .

weh , aku dah jumpa !!

jerit Aira . Syak , Nawal , Ain dan Mira memandang je arah Aira .

buku diari aku .. dah jumpa !
eh jap , tapi macam mana tetiba boleh ada atas meja aku pulak ni ? pagi tadi time sekolah takde pun ..

ujar Aira , penuh kehairanan .

aku rasa ada orang curi curi baca kau punya diari lah ..

kata Syak .

hm , apa apa jelah , aku dah malas nak kesah . Jom , study group !
kata Aira penuh semangat .

petang itu , mereka memutuskan untuk belajar subjek Sains .

. . . . . . . . . . . . . . . . .

Dani berjalan dari kantin menuju ke kelasnya . Tak tahu mengapa , tetapi sejak dari pagi tadi dia merasakan seperti ada yang tak kena .

nak kata Aliff sakit , jentat je aku tengok . Nak kata hari ni mendung , cerah je langit . Nak kata sekolah ni sunyi , bising je budak budak melalak .
atau ..

Dani berfikir sejenak . Dia memetik jarinya . Dia tahu kenapa dia rasa serba tak kena sepanjang hari tersebut .

sebab dah tak de orang ejek ejek aku lagi ..

Hati Dani bersuara lagi . Sejak minggu lepas lagi dia perasan . Lepas kes dia tengking Aira haritu , terus senyap . Tiada lagi ejekan yang menyerabutkan kepalanya .

Kalau fikir logik , sepatutnya Dani akan rasa lagi tenang dengan suasana ni , tapi entah mengapa , hatinya menjerit bahawa Dani rindukan semua ejekan tersebut . Dia rindu nak kena kacau dengan geng geng Aira . Dan ..


Aku rindu nak tengok Kak Aira ..

tanpa Dani sedari , kata kata itu terlepas dari mulutnya . Aliff di sebelah dah berkerut pelik .

apa kau cakap ?

soalnya . Dani tersedar dari lamunannya .

hah ? tak de pape lah ..

Dani mengawal riak wajahnya .
Aliff menggeleng kepala . Sebenarnya dia dengar je apa yang Dani cakap tadi . Saja nak uji hewhew


. . . . . . . . . . . . . . . . . . .

diminta semua calon meletakkan pensel anda dan berhenti menulis kerana waktu menjawab telah tamat .

tutur pengawas peperiksaan . Aira mengucapkan syukur kerana mampu menjawab semua soalan dengan tenang .

semua calon boleh bergerak keluar dari dewan dengan teratur dan senyap .

arah pengawas peperiksaan itu lagi .

Semua pelajar beransur keluar dengan wajah yang gembira .
Freedom lah katakan . Akhirnya , tamatlah perjuangan mereka bagi PMR tahun 2007 . Aira memeluk rakan rakannya .

kita dah bebas .. kita dah bebas

Nawal menyanyi sakan . Aira menepuk kepalanya .

lek ah weh , PMR baru , belum SPM lagi ..

kata Aira . Nawal tersengih kambing .

Mereka berjalan menuju ke kantin , mengisi perut yang sudah lama minta diisi . Wajah pelajar F3 tidak lekang dengan senyuman .

Haih bahagia bebenor .

Usai membeli nasi , Aira berjalan menuju ke arah meja di hujung kantin . Meja itu telah menjadi meja rehat tetap bagi dia dan geng nya .

wahh tak sangka kita dah bebas kan ? lepasni aku nak tidur puas puas ! pastu balik rumah nanti , nak tengah kpop banyak banyak .. wuhoo

Syak menggulingkan matanya mendengar kata kata Mira . Mira ngan kpop berpisah tiada .
Suasana kembali sepi tatkala semua sibuk mengunyah nasi . Aira memandang mereka dengan wajah bersalah .

nak cakap ke tak ?

soalnya dalam hati .

korang ..

semua mata terarah kepada Aira . Aira memandangkan gengnya dengan pandangan serba salah yang amat . Riak sedih turut dipamerkan .

asal muka kau ? sedih semacam je aku tengok .

ujar Syak .

tahun depan aku pindah ..









to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

abaikan typo .

#DANIHUMAIRA

⭐👇

Aira HumairaМесто, где живут истории. Откройте их для себя