AASA (10)

2.1K 116 10
                                    


dengar tak bunyi hati pecah ?

haa , tu hati Aira lah tu .

masam terus muka dia .

KAHKAHKAH padan muka Aira . Tulah perasan sangat , kan dah kena reject !

. . . . . . . . . . . . . . .

alah Kak Aira , jangan gini .. sebab tu saya tak nak cakap pasal benda ni , sebab saya tahu awak akan sedih ..

pujuk Julia . Dia rasa bersalah sangat sekarang . Aira pura pura senyum . Dia tak nak Julia salahkan dirinya .
Aira buat buat gelak . Jelas norr hambarudin dia punya gelak tu . HUH .

hahaha mana ada saya sedih , saya dah tahu dah Dani tak suka saya haha

kata Aira sambil gelak . Padahal dalam hati , hak tuih ! rasa nak pergi belasah je budak Anis tu .

Lawa sangat ke budak tu hah ? hm , aku buruk sangat ke ? kuikui .

getus hatinya . Wajah Julia dipandang lagi sekali .

lagipun saya tak kesah dia tak suka saya , alahh mustahillah dia nak suka kat saya , dah lah tua .
hm , okaylah saya nak pergi mandi .

Aira bangun dari katil Julia . Dia mencapai tuala dan alat alat untuk mandi . Safiah yang berada di atas katil miliknya itu dikerling .

woi safiah , ajumlah mandi sekali ! lagipun tadi setan nokharom  jemput aku ke parti dorang dalam tandas . jom ah wei ! tak baik tolak jemputan orang .

laung Aira dari muka pintu . Macam jauh sangat si Safiah tu . hm

ha jap , nak join jugak parti tu ..

seperti yang dijangka , Safiah setuju .
Aira bersorak dalam hatinya .
Tujuan sebenarnya ialah supaya Safiah teman dia mandi . Aira ni penakut . Acah buat lawak , setan ajak gi parti . HEH
Vahangang kau Aira !

. . . . . . . . . . . . . . . .

Dani , tolong abang sikit boleh ?

pinta haikal , pelajar tingkatan 5 .
Dani mengangguk setuju .

tolong kasi borang ni kat beberapa orang boleh ? list nama orang yang kau kena bagi ada atas setiap borang tu . boleh tolong tak ?

soal Haikal , inginkan kepastian .

eh boleh je . Nanti saya tolong kasi ya bang ?

terima kasih ah Dani .

Haikal berlalu dari situ . Dani mengambil borang borang yang diberi oleh Haikal tadi . Dia menyarung sandalnya dan mula mencari pemilik borang borang tersebut . First , dia ke sekolah untuk mengedarkan borang itu kepada senior f2 . Ada dalam tiga empat orang gitulah . Pastu dia pergi makmal sains , edar kat 5 orang pelajar f4 . Dan aktiviti mengedar borang itu diteruskan sehinggalah tinggal hanya satu borang yang tinggal . Dani berhenti berehat di meja batu berhampiran dengan surau . Peluh diseka .

woi Dani , kau buat apa kat sini ? penat aku cari dalam dorm . Kau tak de .

tegur Hariz , budak f2 .

kenapa riz ?

soal Dani kembali . Dani kalau dengan f2 atau f3 , dia panggil nama je . Kalau f4 dan f5 baru dia bahasa kan " abang " . Biasalah duk asrama . Lelaki mana suka di panggil "abang" kalau beza setahun dua . yedok ?

Tadi abang Nasrullah pesan kat aku suruh bagitahu kau , malam ni kau jadi imam solat maghrib .

Dani mengangguk faham . Dia sudah biasa menjadi imam .

okay .

balas Dani ringkas . Dia menghantar pemergian Hariz dengan bebola matanya sahaja . Dia memandang borang terakhir yang dipegangnya sedari tadi . Borang itu diterbalikkan untuk melihat nama pemilik borang tersebut . Keningnya bertaut .

.

.

.

.

okay , sungguh tak kelakar .

Aira Humaira Binti Kamal

Dani membaca nama yang tertulis di atas borang tersebut . Hampir nak pengsan dibuatnya . Dia mula menggelabah . Dia tak tahu lah kenapa tapi kalau boleh dia dah tak sanggup bertembung dengan Aira mahupun geng gengnya lagi . Dia serik ! Serik diejek .

keluhan berat dilepaskan . Matanya menangkap satu figura yang baru keluar daripada surau bahagian perempuan . Sah ! itu Aira . mahu tidak mahu dia kena jugak bagi borang tu . Dia memegang dadanya .

Dani , chill okay . Bagi , dan blah . okay go Dani !

dia menepuk pehanya sebelum berdiri . Perlahan lahan , dia melangkah mendekati Aira yang sedang berjalan membelakanginya .

akak ..

tiada respon .

ehem , kak Aira ..

Aira kaku .

tt..tu suara Dd..Dani kan ?

getus hatinya . Perlahan dia berpaling ke belakang memandang gerangan tersebut and tadaaaa

betul sangkaannya .

DANI DANIAL AKA MY HANDSOME CANDY CRUSH CIKEBUNG CIKEBUNG
Wajah Dani selamba sahaja manakala Aira pula dah habis AYU dah muka .

nak apa ?

soal Aira .

nak kasi ni je , abang Haikal yang kirim , borang daripada Ustaz Hafiz kalau tak silap sayalah .

Dani menghulurkan borang tersebut .
Aira merenung borang itu seketika . Dia mengangkat kepala memandang figura Dani yang sudah melangkah pergi . Aira memerhati sekeliling . Okay , line clear .


Dani ..

Aira memandang wajah Dani yang sudah kembali berpaling menghadap nya . Jarak mereka waktu itu lebih kurang 10 meter camtu .

Saling berpandangan .
Mata bertentang mata .
Cuma hati tak sehaluan .
kesian kau Aira .

kenapa kak Aira ? saya salah kasi borang ke ? borang tu bukan akak punya ke ?

soal Dani bertubi tubi . Riak wajahnya risau .

Aira memandang wajah juniornya itu . Secalit senyum terkoyak di bibir nya .

Aira menarik nafas .

Adik ...

Dahi Dani berkerut . Aira sengaja bertutur lambat lambat . Dani masih setia berdiri di situ menunggu kata kata yang ingin diajukan oleh senior nya itu .

.

.

.


.

akak suka awak .




                    to be continued
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

#DANIHUMAIRA

abaikan typo 🌸

⭐👇

Aira HumairaWhere stories live. Discover now