AASA (28)

2.7K 118 28
                                    


tunduk . pandang sekeliling . tunduk balik . angkat muka . pandang sekeliling . tunduk balik dan huhhhh

keluh dihela . Nasi dipinggannya dikuis . Hilang seleranya selepas kejadian bersama Dani beberapa minit yang lalu . Aira memandang dari jauh Nawal bersama pasangannya yang sibuk membuat sesi photography di atas pelamin serba mewah itu .

Aira !

Aira tersentak . Syak yang kini berdiri di hadapannya dipandang dengan penuh teruja .

lamanya kau weh , penat aku tunggu .. dari tadi aku sorang sorang je ..

ujar Aira berbaur merajuk . Syak mengusap shawl Aira perlahan .

alololo , sorry lah .. jalan sesak teruk wehh

Aira tersenyum melihat wajah Syak yang berkerut kerut menyatakan situasinya itu .

kau tak makan ke ?

Syak menggeleng . Aira tersenyum herot . Syak ni acah diet padahal badan dah macam iphoneX , nak kuros pelagi lah minah ni .

kau tunggu jap , aku nak gi cuci tangan

Aira bangun dari duduknya dan berlalu meninggalkan Syak .

Syak ! Aira !

Nawal yang sedia tersarung gaun pengantin berwarna pink keemasan itu berlari anak mendapatkan dua sahabat nya . Aira dan Syak pantas memeluk Nawal dengan teruja .

tahniah lah wal .. jadi isteri solehah tau .. malam ni jangan nakal nakal

Ujar Syak seraya tersenyum nakal . Nawal pantas memukul bahu Syak .
Tak semenggah perangai .

mana mira ?? Qurr ?

soal Aira . Matanya memandang sekeliling dewan itu .

mira takleh datang .. busy katanya . Qurr busy ngan persiapan tunang dia rasanya ..

balas Nawal . Agak sedih sebenarnya apabila BFF tak dapat datang di hari bahagianya .

eh ! jom !!

ajak Nawal teruja .

jom ? gi mana ?

soal Aira , blur .

ambik gambar laaa .. Jom ! Jom !!

tangannya menarik Aira dan Syak ke atas pelamin . Aira agak malu apabila beberapa mata tertancap ke arah mereka . Syak sudah bersedia dengan gaya peacenya manakala Aira sekadar senyum senyum ayu gitu hm ..

eh ! Dani ! jom lah gambar sekali !!

ZZRAPP

rasa cam darah berhenti mengalir .

eii nawal asallah kau ni ajak dia amik gambar sekali , aku dahlah tengah malu ngan dia ni , halamakkkk

Muka Aira berkerut kerut , menahan malu .

kau kenapa Aira ? nak gi tandas
ke ?

soal Syak . Aira pantas menggeleng sambil menayang giginya . Dia mengawal riak wajahnya . Dia menoleh ke kiri apabila merasakan seseorang berdiri di sebelahnya .

oh . my . god .

sekali lagi , Aira diserbu rasa malu yang amat .

sejak bila mamat lonjong ni berdiri sebelah aku ni ????

Aira menangkap butir butir perkataan yang dibisikkan oleh Dani

"saya tak stalk awak , Kak Nawal yang ajak saya ambik gambar"

Aira HumairaWhere stories live. Discover now