Part 6

5.4K 180 5
                                    

"THANKS! Pelawa omma makan, btw masakan kamu memang yang terbaik! Hmm! Dua pinggan omma tambah. Naik berat badan omma 2kg. Hohoho." ujar Puan Jeon dengan gelak kecil.

Hana tersengih. Kembang hatinya kena puji dengan mak mentua. Jungkook hanya menggelengkan kepala dengan telatah ibunya itu. Childish betul!

"You're welcome omma, hahaha. Ada-ada je omma ni, nanti datang lagi ye omma." balas Hana. Puan Jeon anggukkan kepala sambil tersenyum lebar.

Anak bongsu lelakinya dijeling. Jungkook menjongketkan keningnya bila perasan akan jelingan mata daripada ibunya.

"Ok. Hah! Kamu berdua, hujung minggu ni balik lah ke rumah omma tu. Omma ada buat makan-makan sikit. Bolehlah omma nak memperkenalkan menantu comel omma kat kawan-kawan omma nanti." kata Puan Jeon kepada menantu dan anak lelakinya.

"Alright omma. Nanti kookie dengan Hana balik rumah omma ye. Balik dari U kami terus ke rumah omma, lagi pun baju kami berdua ada kat situ ann?" Ujar Jungkook.

Jungkook mempaut pinggang isterinya santai. Bahu Hana terangkat kerana terkejut dengan perbuatan Jungkook. Puan Jeon tersenyum-sengih melihat kelakuan sweet mereka berdua.

"Baguslah macam tu. Oklah omma balik dulu ye? Jangan lupa bagi omma cucu cepat-cepat ye, dah tak sabar omma dengan appa nak timbang cucu. Nak harap kan Wonwoo memang kelaut Hindi lah jawabnya. Bila nak kahwin entah, umur dah nak kepala lima." bebel Puan Jeon.

Pipi Hana berbahang mendengar kata-kata yang meniti dibibir Puan Jeon. Jungkook hanya membuat muka toya.

"Ish omma ni. Dah-dah pergi balik sana." kata Jungkook.

Puan Jeon menjegilkan mata. Halau nampak! Ibu sendiri pula tu!

"Amboi, halau omma ke! Nak jadi anak derhaka, nak masuk neraka ke! Bertuah punya anak!" Terus telinga Jungkook dipiat oleh Puan Jeon. Jungkook mengerang kesakitan.

"Sakit omma! Sorry omma sorry. Lepaskan telinga kookie, sakit omma." rengek Jungkook mencuba melepaskan tangan Puan Jeon daripada telinganya. Perghh! Sakit woy!

Hana menekup mulut. Pinggangnya terasa di geletek sahaja.

"Tau pun sakit. Hati omma yang dah berkecai ni kamu tak tanya. Amboi dia ni.." Geram Puan Jeon. Telinga Jungkook dilepaskan. Jelingan setajam pisau yang baru diasah diberikan kepada Jungkook.

Jungkook menaikkan dua jari kepada ibunya sambil tersengih. Telinga yang dipiat oleh Puan Jeon diusap. Gerun pula melihat jelingan mata ibunya.

"Sorry omma ku sayang.." pujuk Jungkook.

Puan Jeon peluk tubuh.

"Tak ada sayang bagimu dan tak ada maaf bagimu cookies." balas Puan Jeon sarkastik. Bibir terjuih.

"Baby girl omma balik dulu ye, ada orang halau. Hmm. Dasar budak tu tak kenal diuntung betul. Patut omma lenyek dia dengan kereta kebal aje senang, tak susahkan hidup. Annoying betul."

Dush! Jungkook bagaikan terkena berdas-das peluru dari Puan Jeon. Aduh! Rasa bersalah pula dia.

"Omma, Kookie minta ampun. kookie.."

"Apa?!"

"Opocot mak aku jatuh tergolek masuk loji!" Latah Jungkook apabila disergah Puan Jeon.

"Apa?!" Mata Puan Jeon terjegil.

"Eh! Omma kookie..."

"Whatever! Omma merajuk dengan kamu 2367 jam, kalau kamu nak berbaik dengan omma belikan omma semua koleksi BTS kat omma, kalau tak get lost from my life!" Ugut Puan Jeon.

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now