Part 93

1.5K 71 8
                                    

Ting tong!

LOCENG rumah berbunyi, membuatkan Puan Kim mengalihkan pandangannya dari kaca tv ke pintu rumah. Tuan Kim yang turut ada disitu hanya menjongketkan keningnya kepada isterinya.

"Mesti budak berdua tu." kata Puan Kim, seraya bangkit dari duduknya. Pintu utama dituju, lantas dikuaknya pintu tersebut dan terpampanglah wajah menantu dan anak perempuannya.

"Hai, ingat tak nak datang mari ambil anak?" perli Puan Kim. Jungkook dan Hana hanya tersengih malu.

Jungkook mengusap belakang kepalanya. "Mesti lah ingat. Hmm, diorang kat mana? Dalam bilik ke?"

"Ha'ah. Tido kut? Pergilah tengok. Sebab lepas makan malam, omma suruh mereka naik ke atas baca buku atau menulis sambil tunggu kamu berdua datang ambil mereka. Tapi omma tak tahu lah, diorang buat apa. Sebab takda dengar pun, suara bebudak dua orang tu." kata Puan Kim.

Mereka bertiga melangkah masuk kedalam rumah dan menuju ke ruang tamu.

"Hai appa." sapa Hana sambil melabuhkan duduk di sofa. Tuan Kim mengangguk kepala dengan senyum kecil.

"Hai. Kamu berdua dari mana aje? Dating ke?" Tuan Kim menyakat. Hana dan Jungkook tergelak kecil. Puan Kim melabuhkan duduk di sebelah suaminya.

"Ha'ah!" jawab Jungkook selamba. Dia menyingsing lengan baju hingga ke siku, lalu tangannya diseluk kepoket seluar.

"Yang kamu berdiri tu kenapa? Tak reti nak duduk?" soal Puan Kim.

"Saja. Hm, kook pi naik atas ye? Nak tengok budak berdua tu." kata Jungkook. Tuan Kim dan Puan Kim mengangguk kepala begitu juga Hana.

Jungkook mengerling Hana sekilas lalu mengangkat kaki menuju ke tangga, anak tangga didaki satu persatu.

Bilik dia dengan Hana dituju, setibanya dihadapan bilik. Jungkook menguak pintu bilik dengan perlahan.

Jungkook menahan bibir yang mahu mengukir senyum, bila melihat kedua anaknya sedang membaca buku cerita sambil meniarap diatas katil. Khusyuk betul, sampai dia yang masuk dalam bilik pun mereka berdua tidak perasan.

"Ehem! Anak papa berdua ni tengah buat apa aje?" tegur Jungkook walaupun dia sudah tahu apa yang dilakukan budak berdua itu. Dia melabuh duduk dibirai katil.

JungHa dan JungNa berhenti membaca, sebaik sahaja mendengar suara papa mereka.

"Papa!" jerit mereka serentak, lantas mereka berdua bangun daripada meniarap lalu menerpa papanya. Tubuh tegap papa mereka didakap.

"Miss me?"

"Nope!"

Jungkook tergelak kecil, mendengar balasan daripada kedua anaknya itu. Hidung JungHa dan JungNa dicuitnya.

"Jahat."

"Do papa miss us?"

Jungkook tersenyum senget. "Nope!"

JungHa dan JungNa memandang Jungkook datar, pipi papa mereka dicubit kuat kerana geram membuatkan Jungkook tergelak.

"Jahat!"

Tidak lama kemudian, gelak mereka bertiga bersatu. Mereka bertiga menjatuhkan diri ke atas katil.

"Papa."

"Yes?"

JungHa dan JungNa mendongak memandang wajah papa mereka. Jungkook menjongketkan keningnya sambil memandang kedua anaknya.

"You know papa, you look so adorable and cute with this suit." kata JungHa dengan begitu fasih berkata-kata. JungNa mengangguk kepala setuju dengan abangnya.

"Really boys? Seriously, I'm look adorable and cute?"

"Yes. We're not lies you papa."

"Bukan papa hensem ke?"

JungHa dan JungNa berpandangan lalu mereka berdua menggeleng kepala.

"Handsome? Nope! You're not handsome!"

"Why not?" tanya Jungkook bingung.

"Because, I and JungNa the worldwide handsome! You're not papa." bidas JungHa selamba.

Gelak Jungkook pecah saat itu juga. Tidak disangka yang kedua anaknya juga kuat perasan. Mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi?

"Perasannya anak papa ni."

"Papa pun kuat juga perasan, takkan kami pun tak boleh nak perasan? Anak papa kan?" JungNa membidas. Kena tepat pada hidung Jungkook.

Jungkook tergelak sambil menepuk dahinya.

"Seriously? Okay, this is my boys."

******
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now