Part 71

2K 71 1
                                    

DANIEL memandang Jungkook dalam-dalam yang sedang mengunyah keropok lekor itu.

"Kau ok tak kook?" Daniel bertanya, dengan mata tidak lepas memandang Jungkook yang makan dengan sangat perlahan. Wajah pula tidak usah dikata, pucat macam mayat hidup. Hatinya berasa risau dengan keadaan Jungkook.

Jungkook menoleh pandang ke Daniel daripada keropok lekor di pinggannya itu. Mulutnya masih mengunyah.

"Kenapa, hyung tanya macam tu?"

Daniel mengeluh kecil.

"Takda apa. Cuma muka kau nampak pucat sangat, tidak bermaya tau. Macam mayat hidup, bergerak." ujar Daniel.

Jungkook tersenyum kelat. Bibirnya yang sedikit berminyak kerana makan keropok lekor, dikesat dengan menggunakan tisu. Segelas air caramel coconut latte dihirup perlahan, dan diletakkan kembali diatas meja. Dia memberikan tumpuan kepada Daniel yang sedang menunggunya untuk menjawab keatas pertanyaannya.

"Aku ok je hyung, kau janganlah risau." jawab Jungkook dengan senyuman kecil.

Daniel merengus halus sambil memeluk tubuhnya. Masih enggan untuk mempercayai kata-kata Jungkook. Mulut memang boleh berkata baik-baik saja, namun dalam hati? Hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Aku tak percaya, yang kau tu ok. Ok apanya kalau diri tu sakit." geram Daniel dengan sikap Jungkook yang tidak mengambil berat atas kesihatan dan penyakitnya itu.

Jungkook hanya diam dan senyum hamba. Dia memandang Daniel dengan tatapan redup. Dia ingin buka  mulut namun, dia menutup mulutnya  bila Daniel kembali bersuara.

"Kook. Aku tak kisah kau setuju ataupun tak. Yang penting, minggu depan kau kena ikut aku ke hospital."

Jungkook tersentak, memandang Daniel hairan.

"Hospital? Buat apa?"

"Operate kau lah!" kata Daniel dengan suara serius.

Jungkook terdiam, dia hanya membuang pandangan ke luar tingkap kafe. Keluhan keluar dari mulutnya.

"Tapi hyung aku.." Daniel dengan pintas memotong kata-kata Jungkook.

"Shut up! I'm serious Jeon Jungkook.  Aku tak nak dengar perkataan tidak dari kau. Katakan aku egois." tegas Daniel bersuara. Menyerlung tajam kearah Jungkook.

Sekali lagi Jungkook mengeluh. Lama dia mendiamkan diri, akhirnya dia memandang Daniel dengan senyuman nipis.

Kepalanya diangguk perlahan membuat Daniel bingung seketika.

"Ok, aku akan lakukan operate hyung." kata-kata Jungkook membuat senyuman Daniel mengembang lebar.

Daniel bangun dari kerusi, dia berjalan mendekati Jungkook dan tubuh lelaki itu didakapnya erat.

"Thanks kookie, sebab mahu juga lakukan operate. Hyung sayang kookie." kata Daniel dengan suara manja, pipinya digeser ke pipi Jungkook.

Jungkook tergelak kecil kerana geli hati dengan gelagat Daniel , pipinya terasa berbahang bila dirinya dan Daniel menjadi pusat pemerhatian daripada pengunjung kafe tersebut. Jungkook menepuk bahu Daniel lalu ditolak perlahan.

"Hyung lepaslah, orang tengok malulah." bisik Jungkook dicuping telinga lelaki itu. Daniel meleraikan pelukannya terhadap Jungkook. Dia tergelak kecil melihat wajah Jungkook yang kemerahan itu.

"Aciee. Kookie hyung malu lah, ciee. Hehe!"

Jungkook hanya menggulingkan biji matanya kesal dan malu. Dahi Daniel ditolak perlahan bila lelaki itu mengusiknya dengan mengeserkan pipinya kembali.

******
Tbc

(Kang Daniel)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Kang Daniel)

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now