Part 62

1.9K 77 7
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

JUNGKOOK masih berteleku di ruang tamu dengan kepala menunduk.

Perasaannya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata. Bertapa sakitnya apa yang dia rasa kini.

Pipinya yang basah itu dikesat perlahan. Dia bangkit dari lantai, kakinya di gorak menuju ke anak tangga. Dia mendaki anak tangga satu-persatu.

Biliknya menjadi arah tuju, dia berpegang pada dinding. Peluh mulai menitik di dahinya. Nafasnya sedikit termengah-mengah. Namun, dia gagahkan diri untuk tetap melangkah.

Setiba dia didepan bilik, tombol pintu dipegang sejenak. Dengan perlahan dia memulas tombol pintu itu, daun pintu ditolak perlahan.

Jungkook melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik, dia memandang Hana yang duduk di birai katil dengan pandangan mata di hala keluar jendela bilik. Senyum kecil terukir dibibir pucatnya itu.

Kakinya digorak mendekati Hana, lalu dia melabuh duduk di sebelah isterinya.

"Hana.." panggil Jungkook lirih. Nada suaranya bergetar, dengan nafas memberat.

Tangan Hana yang berada diriba, diraih lalu digenggam kemas. Dia perasan yang Hana tegang bila dia memegang tangan gadis itu.

"Hana please look at me," pinta Jungkook lemah sebelum dia memaut dagu Hana, untuk membuat gadis itu berpaling kearahnya.

Hana menepis kasar tangan Jungkook lalu dia beranjak ketepi menghindari daripada bersentuhan dengan Jungkook.

"Don't touch me! Go away from me, bitch!"

Hana melarikan wajah ke arah lain bila melihat tatapan mata Jungkook yang teduh dan penuh kedukaan memandangnya.

Dia juga dapat, mendengar dengan teliti yang nafas Jungkook yang tergesa-gesa. Seperti tidak cukup oksigen sahaja untuk bernafas.

Hana dapat merasakan katil, sedikit bergerak. Dia tahu, yang Jungkook bergeser mendekati dirinya. Namun, dia diam. Tidak sedikit pun memandang ke arah Jungkook.

"Hana.." bahu Hana disentuh lembut.

"Bolehkah kanda minta izin, untuk sentuh dia."

Kata-kata Jungkook membuatkan gadis itu berpaling kearahnya dengan kening bertaut.

"Apa maksud kau huh?" Bentak Hana kasar. Seketika kemudian, dia terkedu tatkala melihat Jungkook menyentuh perutnya yang sedikit buncit itu, sambil mengusap perlahan.

Jungkook merenung Hana dan tersenyum kecil.

"Terima kasih dinda kerana, mengandungkan anak kanda."

Hana terkedu mendengar kata-kata Jungkook. Lantas dia menepis tangan Jungkook yang bertenggeng diperutnya.

"So, kau dah tau? Baguslah, tapi semua ini dah tak bermakna bagi aku. Aku tetap dengan keputusan aku, ceraikan aku Jungkook."

"Tak! Tidak akan." Kepala Jungkook digeleng. Dia ingin menyentuh pipi Hana namun gadis itu terlebih dahulu menepis tangannya.

"Kenapa! Untuk apa lagi kita bersama kalau aku tak bahagia! Untuk apa lagi Jungkook? Kau kata kau cintakan aku. Tapi kau berbuat benda tak senonoh dibelakang aku!"

"Isteri mana yang tak sakit hati, bila mendapat tau yang suami dia curang bahkan tidur dengan pompuan lain!" Jerit Hana. Melepaskan rasa sakit hatinya, yang begitu menyeksakan.

Jungkook hanya membisu, memandang Hana yang mula menangis teresak-esak.

Hana menolak tubuh Jungkook yang mahu mendekat. Tangannya terangkat dan menampar pipi Jungkook kuat. Kepala Jungkook terkalih kesisi bila mendapat habuan itu. Sakit namun tidak sesakit hatinya yang paling dalam.

"Ceraikan aku, aku nak kau bertanggungjawab dengan apa kau buat kat Irene."

Jungkook merenung Hana teduh.

"Apakah, awak nak saya betul-betul ceraikan awak? Dengan keadaan awak yang berbadan dua? Apakah, perasaan dinda dah hilang untuk kanda?" Jungkook bersuara lirih dengan air mata mula mengalir ke pipi.

Hana terkedu melihat air mata Jungkook yang mengalir menuruni pipi. Hana menunduk, tidak menjawab soalan yang dilontarkan Jungkook kepadanya.

Dia bingung harus jawab apa. Sedangkan hatinya masih mempunyai rasa sayang untuk lelaki itu. Tapi, hatinya turut berasa sakit dengan perbuatan Jungkook kepadanya.

"Kalau awak diam, bermakna awak masih sayangkan saya." Kata Jungkook dengan senyum lebar bila melihat kebisuan Hana.

"Tidak! Aku dah tak sayang dan cintakan kau! Aku benci kau! Benci!"

Jungkook menggeleng kepala dengan senyum kecil.

"Awak bohong."

Seketika kemudian mereka terdiam. Jungkook merenung Hana, namun gadis itu menghindari daripada bertatap mata dengannya. Dia senyum hampa.

"Hana.. boleh tak saya nak tidur diriba awak? Hanya sekejap aje, boleh ye?"

Hana tidak berkutik dan hanya membisu sambil memandang Jungkook yang sudah merebahkan kepala dipahanya.

Jungkook meraih tangan Hana lalu diletakkan diatas kepalanya.

"Bolehkah dinda belai kepala kanda? Kalau tak nak, tak apa kanda tak paksa." Ujar Jungkook.

Matanya dipejam, keningnya bertaut bila merasakan kepalanya berdenyut sakit. Bahagian dadanya seolah-olah dicucuk-cucuk sahaja. Namun, dia tetap mengekalkan raut wajahnya agak Hana tidak perasan yang dia sedang menahan rasa sakit.

Hana menunduk memandang Jungkook yang sudah memejamkan mata. Dia perasan, raut wajah lelaki itu tampak letih dan sayu. Dia juga perasan yang wajah Jungkook pucat dan dahi lelaki itu berpeluh dengan nafas memberat.

Tanpa sedar, tangannya naik ke puncak kepala Jungkook. Rambut Jungkook dibelainya lembut.

"Terima kasih sayang." Bisik Jungkook lemah, dengan senyum nipis.

Dia hela nafas lemah sebelum dirinya dibawa ke alam bawah sedarnya. Semuanya gelap, dia pengsan tanpa disedari Hana yang setia merenungnya.

*******
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now