Part 58

1.9K 84 4
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"KITORANG ingat, kau tipu pasal Jungkook yang datang ke rumah kau."

Mereka duduk, diatas sofa yang ada didalam bilik. Ada yang duduk bersila diatas lantai  yang dialas karpet berbulu merah, kerana tidak muat untuk duduk disofa yang boleh memuatkan tiga orang sahaja.

"Takda masa aku nak tipu korang, if aku tipu korang. Aku dapat apa je?"

"Dapat dosa!"

Hoseok menjulingkan matanya. Tangannya disilang didepan dada.

"Whatever. So, kita nak buat apa sekarang?" Hoseok menyoal mereka. Wajah kawan-kawannya dipandang silih berganti, seketika kemudian pandangan matanya jatuh ke Jungkook yang tidur diatas katil.

"Kita tunggu saja dia bangun, lepastu kita tanya lah dia. Apa yang terjadi sebenarnya," kata Jimin. Mereka mengangguk kepala namun Seokjin segera membantah.

"Tak baik lah."

"Tak baik? Kenapa?" Soal Taehyung bingung. Begitu juga dengan yang lain, memandang Seokjin bingung.

"Dia kan demam. So, kita bagilah dia rest dulu. Dia pun mesti tengah stress dengan apa yang berlaku kat dia. So, kita sebagai sahabat merangkap hyung kepada dia kenalah faham dengan keadaan dia."

"Jangan bebankan fikirannya dulu, biarlah dia rehatkan diri dia tu dulu. If dia dah ok sikit kita slow talk lah dengan dia, ada faham adik-adikku?" Ujar Seokjin lembut, ditatap wajah kawan-kawannya yang dianggap sebagai adiknya itu.

Mereka semua terdiam sejenak, cuba untuk mencerna kata-kata Seokjin itu. Sehinggalah, Namjoon bersuara.

"Kata-kata Seokjin hyung, ada betul jugak. Aku setuju, dengan Seokjin hyung. Kita tak boleh main serang aje, dengan menghujahkan soalan-soalan yang akan membebankan fikirannya. Aku tengok muka dia yang pucat lesi itu pun, buat hati aku ni sedih tau."

"Adik kita tu seorang yang rapuh tau? Walaupun sikap dan perangai dia hanya tuhan saja yang tau. Dingin dan beku, macam ketulan ais. Tapi hati dan jiwa dia rapuh tau." Hujah Namjoon panjang lebar.

Seokjin, Hoseok, Taehyung, Jimin dan Yoongi mengangguk kepala setuju dengan kata-kata bernas Namjoon itu.

"Iya. Kau betul Namjoon, adik kita tu seorang yang rapuh." Kata Seokjin. Menepuk bahu Namjoon perlahan sambil tersenyum nipis.

Sekali lagi, mereka yang ada disitu mengangguk kepala dengan senyum lebar.

Seketika kemudian, mereka berenam mendiamkan diri. Dalam fikiran mereka, pelbagai benda yang bermain.

Suara batuk dari sesorang, mengejutkan mereka. Terus kepala mereka, dipangut ke arah katil. Terlihat Jungkook yang sudah bangun, dan lelaki itu menunduk sambil menekup mulutnya. Batuk dari Jungkook sangat keras.

Kerana risau, mereka terus bangun dari duduk. Lantas mereka menerpa ke arah Jungkook.

Mereka duduk diatas katil, mengelilingi Jungkook.

"Kau ok Jungkook?" Soal Seokjin, tangannya naik mengurut leher Jungkook.

Tiba-tiba sahaja Jimin terjerit kecil, membuatkan mereka yang berada disitu terkejut.

"Kau kenapa?"

Jari telunjuk Jimin tertuju kearah sesuatu.

"Tu, darah apa?" Soal Jimin gugup. Terus mereka pakat pandang arah telunjuk Jimin. Mata mereka membulat.

Yoongi yang ada disebelah kanan Jungkook, memangut pandang Jungkook yang masih menunduk sambil tangannya setia menekup mulut.

Yoongi menarik tangan Jungkook hingga tekupan Jungkook pada mulut terlepas.

"Kau batuk darah Jungkook?" Soalan yang terpancut keluar dari mulut Yoongi, membuat yang lain berkalih pandang ke arah Jungkook. Mereka melihat, telapak tangan Jungkook yang ada tompokan darah merah yang pekat dan segar.

"Jungkook kau ok tak?" Hoseok bertanya risau. Dia berasa ingin menangis sahaja melihat wajah Jungkook yang sangat pucat itu. Dia menoleh ke sebelah bila mendengar suara tangisan kecil. Jimin menangis.

"Kau kenapa setan kecil?" Yoongi paut dagu Jungkook, dihala ke arahnya. Hatinya berasa perit bila melihat Jungkook yang sayu dengan wajah pucat.

"Tak habis lagi, dengan menyetan dia tu." Bebel Seokjin, menggeleng kepala. Tangan ligat membersihkan sisa-sisa darah disekitar mulut Jungkook, dengan menggunakan tisu.

"Hyung.." suara lirih Jungkook membuatkan mereka memandang Jungkook, walaupun Jungkook tidak memandang mereka namun mata lelaki itu membalas pandang Yoongi yang setia memegang dagu Jungkook.

"Hyung, hati aku sakit. Rasanya macam ditikam beribuan pisau. Sakit sangat tapi tidak berdarah. Aku.."

Batuk Jungkook makin kuat. Membuatkan darah yang keluar dari mulutnya, terpercik ke muka Yoongi. Yoongi pejam mata apabila darah itu tersembur kepadanya. Perlahan dia mengesat mukanya yang terkena darah, dengan lengan baju.

"Hyung, lebih baik kita bawa dia ke hospital. Batuk dia tu makin teruk aje aku tengok," bisik Hoseok pada Seokjin.

Seokjin mengangguk kepala.

"Kook, kita pergi hospital ye? Batuk kau tu, macam dah teruk sangat ni. Sampai keluar darah."

Jimin, Hoseok, Namjoon, Taehyung dan termasuk juga Yoongi mengangguk kepala dengan kata-kata Seokjin.

"Betul tu, kita pergi hospital ye kook." Kata Jimin, mengesat air matanya yang makin lebat kepipi melihat Jungkook. Dengan gementar dia, mengesat darah yang berada dimulut Jungkook dengan tangannya.

Jungkook tersenyum kecil, meraih tangan Yoongi yang memegang dagunya. Tangan itu digenggam sejenak, kepalanya dilentok kebahu Yoongi dengan mata dipejam. Dia membiarkan sahaja Jimin membersihkan mulutnya.

"Hyung.. aku rindu dia." Lirih Jungkook. Kepalanya berasa sangat berat, bagai ditimbang puluhan batu. Matanya pula, berat untuk dibuka, sekadar melihat wajah kawan-kawannya.

"Kookie kau kenapa ni? Hei buka lah mata kau." Kata Taehyung risau.

Tubir matanya berlinangan melihat Jungkook yang tidak bermaya itu. Banyak kemungkinan yang bermain difikirannya.

"Hyung.. aku nak tidur sekejap boleh? Aku rasa ngantuk lah." Kata Jungkook perlahan, namun masih didengari mereka.

"Jungkook kau bangun sekarang, kita ke hospital." Marah mereka memandang Jungkook kesal dan risau.

"Aku nak tidur sekejap aje.." kepala Jungkook makin tertunduk kebawah dengan nafas yang mula memberat.

"Jeon Jungkook bangun! Kalau tak aku tendang kau dari tingkap bilik ni!" Jerit Yoongi. Dia dapat rasa, pegangan Jungkook pada tangannya semakin lemah.

"Sekejap aje hyung."

"Abaikan kata-kata dia. Jom bawa dia ke hospital sekarang!" Arah Seokjin tegas.

Mereka mengangguk kepala setuju.

"Biar aku yang gendong dia, korang start enjin kereta."

"Aku bantu kau." Namjoon membantu Yoongi, memapah Jungkook untuk turun ke bawah.

Muka Jungkook yang makin pucat itu, membuatkan mereka panik.

******
Tbc 👋.

Maaf lmbat update ye. Sya kurang sihat. Tpi sya janji akn update jugak next chapt. 😊

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now