Part 48

1.9K 82 4
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

PELIPIS diurut perlahan, rasa pening dan mual masih terasa. Ini sudah masuk keenam kali, dia berulang-alik dari bilik mandi. Namun, hanya air putih sahaja yang dimuntahnya.

"Kenapa dengan aku senanya? Asyik muntah aje. Tersalah makan ke apa?" Gumam Hana, sambil mengusap perutnya.

Hana termenung buat seketika. Matanya memandang gambar perkahwinannya yang tergantung cantik didinding berhadapan dengan katil. Bibirnya mengulas senyum kecil.

Sudah dua hari, Jungkook menghilang. Bagai ditelan bumi sahaja lelaki itu. Hati kecilnya, sangat berasa risau akan suaminya itu. Takut jikalau, berlaku yang tidak dia ingini terhadap suaminya itu.

"Kanda pergi mana? Kanda tau tak, semua orang risau dengan kehilangan kanda yang tiba-tiba itu. Omma kanda sampai demam, mendapat tau yang anak nakal kesayangannya hilang."

"Kanda balik lah, apa dinda ada salah dengan kanda."

Sayu sahaja suara Hana. Air matanya mengurai jatuh, membasahi pipinya.

Sesak segala jiwa raga dan fikirannya, kerana risau memikirkan perihal Jungkook.

"Kanda- huek!" Hana tekup mulutnya, lantas dia turun dari katil. Berlari ke bilik mandi. Sinki dituju. Cecair putih keluar dari mulutnya.

Hana mengesat mulutnya dengan lengan baju. Wajahnya pucat lesi. Nafasnya termengah-mengah.

Dengan langkah perlahan, dia keluar dari bilik mandi. Punggung dilabuh, kebirai katil.

Keluhan keluar dari mulut Hana.

"Aku rasa, aku kena pergi hospital lah. Takut aku, keracunan ke. Sedari tadi asyik muntah aje." Omelnya.

Hana menuju ke meja solek, sekadar mengambil kunci kereta serta beg bertali halus yang digalas ke bahu kirinya.

•••••••

HANA melabuh duduk, berhadapan dengan seorang Doktor wanita dalam lingkungan umur 30-an.

"Jadi Dok, apa yang tak kena dengan saya?"

Doktor Elsa tersenyum manis, dia menyua tangan kepada Hana. Hana dibuat bingung, namun tetap menyambut huluran itu.

Tangannya digenggam oleh Doktor wanita itu.

"Tahniah Puan Jeon Hana, kandungan Puan sudah masuk minggu keempat." Ucap Dr. Elsa dengan senyum lebar.

Mulut Hana ternganga dengan wajah tercenggang.

"Ap.. apa dok cakap tadi? Kandungan? Minggu ke empat? Maksud dok?"

"Ok. Saya terangkan. Mengikut pemeriksaan saya, Puan mengandung sudah masuk minggu keempat. Yang Puan Jeon rasa muntah, tak sedap badan, badan Puan akan rasa sakit serta lenguh dan Puan juga akan cepat letih dan penat. Itu kerana alahan, pembawaan bayi."

Hana tekup mulutnya, sukar mahu percaya namun itulah kenyataannya.

"Betul dok, yang dalam perut ni ada janin?"

"Betul Puan. Kalau Puan tak percaya, ni x-raynya." Gambar X-ray dihulur kepada Hana.

Air mata bahagia, jatuh ke pipinya. Menatap gambar tersebut dengan teliti. Hatinya tercuit seribu rasa bahagia, mendapat tahu yang dia sudah berbadan dua.

****
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now