Part 50

2.1K 72 2
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"IYA, omma. Nanti Hana, pergilah rumah omma. Jangan risaulah, Hana ok aje duk seseorang kat sini."

Ting! Tong!

Hana sedikit tersentak, bila loceng rumahnya berbunyi.

"Omma oklah, ada orang datang rumah. Next time, Hana call omma lagi ye? Iya, Hana akan hati-hati. Bye omma, love you!"

Selesai berbual dengan emaknya, telefonnya diletak diatas meja kopi. Dia bangun dari duduknya, lantas kakinya mengorak ke pintu rumah.

"Siapa.." kata-kata Hana, terhenti apabila dia mendapati tiada sesiapa saat dia membuka pintu.

"Tadi aku rasa, ada orang tekan loceng? Kenapa takda orang pula." Bisik Hana pelik. Kepalanya terjenguk-jenguk ke kiri dan ke kanan. Mana tahukan orang itu, bersembunyi?

"Aku salah dengar kut? Tapi aku-eh?" Hana buka semula pintu rumah, tatkala matanya terpandang sesuatu diatas alas kaki depan pintu rumahnya.

"Sampul surat?" Tubuhnya dibungkuk, untuk meraih sampul surat yang berwarna coklat.

"Ada apa dalam ni eh?"

Hana melangkah masuk kedalam rumah semula, pintu ditutup.

Sampul surat tersebut, dibelek-belek sambil melabuh duduk di sofa.

Jantungnya berdegup tidak tentu hala, bila sampul surat tersebut dibukanya.

"Gambar? Gambar apa?"

Hana terdiam sejenak apabila melihat gambar 4A,  yang dia keluarkan dari sampul itu.

"Ni kanda dengan.. Prof. Bae?"

"Tak mungkin.."

•••••••

TAEHYUNG memandang serius kelima kawannya itu.

"Asal dengan muka kau Tae? Serius je muka kau, ada apa?" Seokjin bersuara setelah, beberapa saat sejak mereka berkumpul disebuah cafe. Hanya senyap, menyelimuti suasana mereka berenam.

"Ha'ah lah, ada kau minta kitorang datang? Ada benda kau nak bagitau kami ke? Tapi, muka serius kau aje yang kami tengok." Bidas Yoongi datar. Tangannya disilang kedada.

"Hm. Aku panggil korang semua datang, sebab ada benda penting aku nak bagitau korang. Tapi, aku tak tau lah korang percaya ke tidak dengan apa yang aku cakapkan nanti." Kata Taehyung.

Mereka yang ada disitu, mengerutkan dahi.

"Jap! Kau nak bagitau kitorang benda yang penting kan?"

Taehyung mengangguk.

"Tapi, kenapa Jungkook takda? Kau tak panggil dia ke? Atau dia lambat datang?"

Taehyung terdiam sejenak apabila, Namjoon menyoalnya begitu. Kawan-kawannya mula memandang ke arahnya.

Taehyung mengeluh lemah.

"Kenapa Jungkook takda kat sini, sebab pasal dia lah aku nak bagitau korang."

"Kenapa dengan Jungkook?" Soal mereka serentak.

"Korang pasti, tak kan percaya dengan gambar ni."

"Gambar apa?"

"Ni!"

Taehyung mengeluarkan beberapa gambar dari beg sandangnya. Gambar tersebut dilemparnya, ke atas meja bulat itu.

Laju saja, tangan mereka berlima meraih gambar tersebut. Mata mereka membulat, tidak percaya.

"Ni bukan Jungkook ke? Tapi pompuan ni siapa?"

"Kau ambil gambar ni dari sumber mana huh?"

"Aku tak kan percaya dengan gambar, ni semua setan. Biarpun nampak real, tapi aku tak percaya yang our maknae kita buat benda sekutuk dan sejijik itu." Yoongi melempar gambar tersebut diatas meja.

"Boleh kau terangkan tae?"

Semua mata mula melabuh pandang ke arah Taehyung.

"Ok. Aku jelaskan. Gambar ni aku dapat daripada Hana."

"Apa! Jadi Hana dah tengok semua gambar ni?" Jimin terjerit kecil. Terus kepalanya diluku oleh Yoongi.

"Diam setan. Suara kau macam kambing nak beranak, jerit macam tu."

"Dasar mayat hidup!"

"Diam!" Seokjin mengerling tajam, Jimin dan Yoongi.

"K." Yoongi mengangkat bahu acuh. Jimin hanya memeluk tubuh, sambil membuang muka.

"Macam mana dia boleh dapat gambar ni?" Soal Namjoon.

"Dia kata, ada orang tekan loceng rumah dia semasa dia tengah berbual dengan omma dia ditelefon. Time dia buka pintu rumah, dia tak nampak sesiapa pun. Tapi, masa dia nak tutup pintu. Dia jumpa sampul surat, diatas alas kaki depan pintu rumah."

Mereka mendengar dengan teliti sesekali, cerita dari Taehyung.

"Jadi, Hana macam mana?"

"Aku tak tau, dia hanya senyap aje."

Mereka berenam, terdiam buat seketika. Mata mereka melihat semula gambar tersebut yang terdampar atas meja. Terdapat enam gambar semua.

"Siapa betina sial ni?"

"Min Yoongi, bahasa kau tu tolong dijaga." Seokjin menegur. Namun, Yoongi hanya acuh.

"Dah memang betina sial kan?" Kini Hoseok pula mengata.

"Kau swag, dude. Walaupun tak sesuweg aku."

Mereka menggeleng, sempat lagi mamat swag ini bangga diri.

"Betul kata Yoongi hyung tu, betina ni siapa?"

Seokjin mengeluh. Malas sudah dia mahu tegur, agar budi bahasa dijaga.

"Bae JooHyun. Dia lecturer, di kampus Hana. Jadi, mereka bertiga tu, sekampuslah. Hana kata, pompuan tu sukakan Jungkook."

"Drama apakah yini? Macam sinetron, tak laku aje. Cinta tepuk sebelah tanganlah ni? Sampai sanggup buat benda sekutuk ni?"

Semua mata, terhala ke arah Yoongi.

"Maksud kau?"

Yoongi memandang mereka secara rawak.

"Korang percaya ke, dengan benda tahayul ni?"

"Benda tahayul apa benda tu setan?" Yoongi memandang Hoseok tajam.

"Kau panggil aku apa tadi? Setan? Kau lebih kesetanan lah."

Pang!

Tersentak mereka tatkala, meja bulat itu ditampar oleh Seokjin.

"Mulut kau orang ni, memang nak kena sumbat dengan meja ni ke? Amboi dia ni.."

"Aku tak salah." Kata Namjoon, Jimin dan Taehyung. Mengerunkan bila, Seokjin sudah naik hantu.

Seokjin dan Yoongi beradu pandang. Tajam. Manakala Hoseok, sudah bersembunyi dibelakang kerusi.


*****
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now