Part 61

1.9K 84 26
                                    

SELURUH keluarga Jungkook dan Hana memandang ke arah Jungkook yang berdiri berhadapan dengan mereka semua yang duduk disofa ruang tamu.

Hana tidak sesekali menatap Jungkook. Hatinya akan berasa teramat sakit jika terpandang wajah itu.

"Appa, omma kook boleh explain." Kata Jungkook sambil memandang wajah kedua orang tuanya dan mertuanya itu.

Anak mata dia berhenti tatkala pandangan matanya bertembung dengan Hana, namun gadis itu terus sahaja membuang muka ke arah lain.

"Cis, nak explain apa lagi? Semua dah jelas kan yang kau buat semua benda tu." Jerkah Hana tiba-tiba. Ahli keluarga mereka tersentak dengan sergahan Hana itu.

"Hana, dia suami kamu. Tak baik tinggikan suara." Cela Wonwoo tegas.

"Oppa belalah adik oppa yang berlagak baik tu. Baik didepan, belakang menyetan!!" Hana membentak. Memandang Jungkook tajam dengan penuh rasa kebencian.

"Hana!" Jerit mereka terkejut dengan kata-kata kasar yang dilontarkan Hana.

Hana mendengus kasar. Dia menjeling Jungkook yang memandang ke arahnya dengan tatapan mata yang teduh.

Puan Jeon bangun dari duduk dan menerpa Jungkook. Wajah anak lelaki bongsunya itu ditatap dalam-dalam. Dia baru perasan yang wajah anak lelakinya itu, pucat yang amat. Seperti menahan kesakitan dalam diam.

Puan Jeon dan Jungkook berpandangan sejenak, entah kenapa hati seorang ibu luruh melihat wajah itu. Tanpa sedar air mata seorang ibu jatuh ke pipi.

"Omma.." hati Jungkook sesak melihat Puan Jeon menitiskan air mata. Air mata Jungkook bergenang, namun dia tahan.

Mereka yang ada disitu, hanya membisu sambil memandang dua beranak itu.

"Jujurlah yang kookie tak buat semua benda keji tu, please jujur. Jungkook kan anak omma yang baik, walaupun agak menjengkelkan. Naluri seorang ibu, tak pernah salah. Omma tau, yang Kookie tak buat benda tu kan nak?"

Jungkook merenung teduh Puan Jeon, lalu dia memandang Hana yang sedari tadi memandangnya tajam.

"Kook.."

"Dahlah omma, tak payah nak dengar penjelasan yang palsu dia tu. Dia hanya reka aje, nak suruh kita percayakan dia. Sebab dia nak tutup, kesalahan dia tu. Benang yang sudah basah, tak payah lah kau nak keringkan lagi."

Pintas Hana laju, tidak memberikan peluang untuk Jungkook bersuara.

"Betul ke Jungkook, apa yang dikatakan Hana tu? Jujur je lah Jungkook! Yang kamu buat benda jijik tu!"

Kini Puan Kim membentak Jungkook. Tuan Kim mengusap belakang tubuh isterinya, sekadang untuk menenangkan isterinya itu.

Tuan Jeon dan Wonwoo hanya membisu, tidak tahu hendak berkata apa.

"Jungkook, beritahu omma. Yang tu semua tak betul." Pinta Puan Jeon merayu. Jungkook menunduk, tidak sanggup melihat wajah Puan Jeon yang sayu itu.

Dia hela nafas lemah. Dia kembali memandang wajah ibunya yang berdiri dihadapannya.

"Ya, omma. Kook mengaku yang kook buat benda itu." Jungkook mengatakan itu, dengan wajah datar.

Dan pang! Pipi Jungkook mendapat habuan daripada Puan Jeon.

"Katakan sekali lagi, yang kamu tak buat benda tu Jungkook!" Jerit Puan Jeon dengan iringan air mata.

"Kook tak tipu omma, kook hilang berminggu-minggu sebab kook pergi dengan pompuan tu."

Pang! Sekali lagi pipinya mendapat habuan. Bukan daripada ibunya melainkan mak mertuanya.

Jungkook memegang pipinya yang berasa kebas dan perih dek tamparan kuat dari Puan Jeon dan Puan Kim. Dia menahan rasa dalam hati.

"Katakan sekali lagi Jungkook."

Hana bangun dari duduk.

"Omma nak minta dia katakan apa lagi? Dia kan dah kata tadi kan, yang dia buat benda tu. Sampai sanggup tinggalkan isteri dia sendirian dirumah, kerana nak berdating dengan pompuan tu!"

Setelah berkata begitu, Hana melangkah laju menuju ke bilik. Pintu bilik dihempas kasar hingga mengejutkan mereka yang berada diruang tamu itu.

"Omma.."

Kata-kata Jungkook dipotong Puan Jeon.

"Kamu bukan anak omma lagi, omma tak ada anak yang melakukan benda sekutuk yang menjijikan itu. Omma kecewa dengan kamu."

Puan Jeon bersuara lirih. Matanya memandang ke arah lain daripada memandang Jungkook, lantas dia berlalu pergi dari ruang tamu itu.

"Kau juga bukan menantu aku lagi, omma benci kau." Puan Kim menarik tangan suaminya dan berlalu keluar dari rumah besannya itu.

Jungkook memandang kepergian Tuan Kim dan Puan Kim dengan senyum pilu. Matanya berkalih pandang ke arah Wonwoo dan Tuan Jeon yang masih setia duduk di sofa.

Dia berjalan menghampiri mereka berdua, lalu dia duduk bersimpul dilantai. Tangan ayahnya diraih.

"Appa, tolong maafkan kook appa." Jungkook pandang ayahnya dengan linangan air mata, lalu dia memandang abangnya pula.

"Hyung, tolong maafkan aku hyung."

Wajah adiknya ditatap dalam-dalam. Hatinya berasa berdenyut sakit bila melihat wajah Jungkook yang sudah dibasahi air mata.

"Kenapa kook, apa salah kami sampai kamu sanggup mencontengkan arang pada kami? Salah dimana kami didik kamu, sampai kamu sanggup buat benda tu."

Tuan Jeon menatap tepat ke dalam mata Jungkook. Dia hela nafas panjang apabila melihat Jungkook yang hanya menunduk itu, lantas dia menolak tangan Jungkook yang mengenggam tangannya.

Tuan Jeon beredar dari situ, tidak lama kemudian Wonwoo membuntuti langkah Tuan Jeon. Meninggalkan Jungkook sendirian diruang tamu itu.

"Hyung kecewa dengan kau kook."

Jungkook tersenyum teduh, sinar matanya mendung dan kosong. Sekosong hatinya. Dia menunduk memandang karpet.

"Sakit. Kenapa rasanya sakit."

Dadanya dipukul-pukul lemah. Hatinya terasa teramat sakit. Air jernih itu, kembali merembes ke pipinya. Dia menangis dalam diam.

*****
Tbc 👋

Dapat feel x bca chapt ni? Ke kurang feel or hampa? Actually, sya rasa cam kejam pula, buat Jungkook terseksa. 😅. Tapi, dah terpaksa buat ajelah kan, dah memang jalan ceritanya. 😂

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now