Part 30

2.9K 105 0
                                    

"DINDA BANGUN."

Jungkook mengoyang lengan Hana perlahan. Hana merengus halus bila tidurnya diganggu. Tangan Jungkook yang mengoyang lengannya ditepis.

Jungkook merenung Hana datar. Dia ketap bibir.

"Jeon Hana bangun! Kita dah lewat nak bersahur!" Kata Jungkook separuh jerit.

Melihat Hana tidak berkutik sama sekali membuatkan muka Jungkook merah kerana geram.

Lengan Hana dicubit geram, perbuatannya berhasil membuat Hana terjerit kecil dan bangun dari pembaringan. Hana jegilkan mata pada Jungkook.

"Bangun."

"Kanda ni cubalah berlembut sikit cara nak bangunkan orang. Sakit tau tak."

"Dah kau hiraukan aku yang memanggil dan membangunkan kau. Aku dah bangunkan kau dengan cara lembut tapi tak berhasil, so jangan nak salahkan aku kalau aku guna cara kejam." Kata Jungkook selamba.

"Dah bangun. Buat makanan untuk bersahur, tinggal berapa minit lagi nak bunyi siren berhenti sahur."

Hana mengangguk kepala dengan mulut menguap lalu dia merebahkan kembali tubuhnya ke atas katil.

Jungkook yang melihat gelagat Hana mendengus kasar. Dia berdiri bercekak pinggang disamping katil. Laju saja tangannya melibas kepala Hana.

Tidak keras dan tidak lembut, tapi cukup membuat Hana mengerang kesakitan sambil mengusap kepalanya.

"Baik kau bangun dan buat makanan untuk bersahur. Kalau kau tak bangun, jangan salahkan aku jika aku tersimbah air sejuk sebaldi kat kau, lebih baik kau bangun. Aku kira sampai tiga." Kata Jungkook dengan suara penuh ancaman.

Tubuh Hana spontan tegak kembali kerana diancam Jungkook dan berlari kecil menerpa bilik air untuk mencuci muka.

"Kejam kau jebon!"

"Tak baik mengata suami. Kau nak aku sumpah kau jadi makin pendek ke?"

Hana menjulingkan matanya bila mendengar perkataan yang paling dia benci dan bagai dihina pun ada. Dia benci dipanggil pendek!

"Habistu kanda buli dinda tak dosa lah?" Balas Hana yang keluar dari bilik air. Dia memeluk tubuh memandang Jungkook tajam.

Jungkook pandang Hana dengan mimik wajah bersahaja tidak berasa gerun melihat renungan tajam dari Hana.

"Apa berkaitan dengan buli? Aku ada buli kau ke?"

Hana merengus halus dan Jungkook pula hanya tersenyum herot.

"Ish! Sudahlah! Malas dinda nak bergaduh dengan kanda pepagi buta ni. Baik dinda pergi masak."

"Of course, kau kena pergi masak sekarang. Masa tak tunggu kita, masa tu emas ok?" Bidas Jungkook santai.

Dia berjalan melewati Hana yang berdiri dimuka pintu bilik air. Dia keluar dari bilik.

Hana hanya memerhatikan tingkah Jungkook itu. Dia mengeluh.

Dadanya diusap perlahan supaya bersabar dengan sikap suaminya itu yang sekejap O.K dan kejap lagi K.O.

*******
Tbc 👋
Hope you like it. 😆
Maaf sebab pendek. 🙏
Sya janji kalau ada masa terluang sya update chapt yg sikit pnjang ok?

#salam_ramadhan readers 😊

Good night! 😴

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now