Part 57

1.9K 75 8
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

HANA melihat kepergian Jungkook, melalui jendela bilik. Dia mengerling kaki Jungkook yang tidak mengenakan selipar atau kasut. Sudut hatinya yang paling dalam, tercuit rasa risau dan rindu terhadap suaminya itu. Namun, egonya terlalu tinggi.

"Saya benci awak, tapi saya juga cintakan awak." Bisiknya tanpa sedar. Dia menutup jendela bilik bila Jungkook berpaling melihat ke arah bilik mereka.

Hana melihat yang Jungkook menunduk dan berjalan keluar dari kawasan rumah. Hana mengesat air matanya yang tiba-tiba menitis.

••••••

SELEPAS pergi dari rumah mereka, Jungkook duduk melamun dibangku, yang berada di sebuah taman. Tasik buatan yang berada dihadapan, dipandang kosong sambil melempar batu-bata kecil ke tasik tersebut.

Keluhan keluar dari mulut Jungkook. Dadanya diusap perlahan, bila nafasnya kurang teratur.

Jungkook berhenti dari melempar batu-bata ke arah tasik. Dia mendongak memandang langit yang mendung, bila terasa titisan air hujan jatuh mengenai kepalanya. Bibirnya yang pucat itu mengukir senyum nipis.

Hujan makin lama makin lebat, tapi Jungkook masih mendiamkan diri dibangku taman. Membiarkan tubuhnya, basah terkena hujan.

Air matanya jatuh bersama titisan hujan, ke pipinya. Kejadian tadi, bermain dimindanya. Egonya seorang lelaki runtuh. Dia memeluk kedua lututnya, lalu disembam mukanya disitu. Bahunya bergetar, kerana menangis teresak-esak.

"Kenapa aku kena lalui semua ni, Ya Tuhan. Aku tahu, aku pernah melawan cakap orang tua aku, walaupun aku kurang ajar, namun aku tak buat benda sekeji itu. Tapi perlu ke Kau berikan aku didugaan ini Tuhan? Aku sayang dia, sayang sangat." Rintih Jungkook sayu.

Pelukan dilututnya dieratkan, bila merasa hawa dingin menyapa tubuhnya yang basah kuyup itu.

••••••

PINTU rumah itu diketuk perlahan, tubuhnya menggigil dan bibirnya bergetar menahan kesejukan.

Pintu rumah, dibuka dari dalam. Terjengul wajah seorang lelaki muda dengan rambut berserabai seperti baru bangun tidur.

"Siapa ya?" Hoseok mengenyeh matanya. Dia melihat lelaki yang mengetuk rumahnya dengan kening berkerut.

"Hobie hyung, ni aku Jungkook."

"Oh Jungkook." Hoseok mengangguk kepala. Masih mamai.

"Hyung.."

Hoseok merenung wajah didepannya itu, sejenak kemudian dia terjerit. Tatkala perasan siapa yang ada didepannya itu.

"Jungkook? Jeon Jungkook?!"

Jungkook tersenyum kecil melihat gelagat Hoseok.

"Hyung.." kata-kata Jungkook dipintas Hoseok.

"Jungkook! Kau pergi mana hah seminggu lebih ni? Kitorang bagai nak gila cari kau, tau? Dan ni, kenapa kau basah kuyup ni? Kau mandi hujan ye?" Ujar Hoseok, memegang bahu Jungkook.

Jungkook ingin menjawab soalan Hoseok, namun dirinya sudah terlebih dulu rebah tidak sedarkan diri.

Hoseok merangkul bahu Jungkook bila perasan tubuh Jungkook mahu melayang kebelakang.

Wajah Hoseok panik bila, menyentuh pipi Jungkook yang hangat itu.

"Main hujan lagi, ni lah padahnya. Sekarang dia yang demam, aku yang susah hati. Anak Jeon betul." Bebel Hoseok.

Dia mengendong Jungkook dibelakang tubuhnya. Pintu rumah ditutup rapat, tidak lupa juga dikunci. Lantas dia berjalan menaiki anak tangga, menuju ke biliknya.

"Beratnya. Boleh patah pinggang comel aku ni. Aish, nasiblah kawan, kalau tidak dah lama aku buang ke reban arnab yang spesies dengan dia. Makan apalah budak arnab ni, makan carrot banyak kut?" Omel Hoseok.

Setibanya, dibiliknya. Dia terus merebahkan Jungkook ke atas katil. Hoseok membuka jaket yang dikenakan Jungkook, lalu disangkutkan jaket itu dipenyangkut baju yang berada dibalkoni biliknya.

Hoseok mengerutkan dahinya, bila perasan yang Jungkook mengenakan baju hospital.

"Dia dari hospital ke?"

Hoseok memandang sekujur tubuh Jungkook, mana tahu Jungkook terluka dimana-mana. Matanya membulat lebar bila mendapati telapak kaki Jungkook berdarah dan sedikit mengelupas.

"Apa, Jungkook lari dari hospital hingga ke rumah aku tanpa pakai selipar?" Gumam Hoseok. Wajah Jungkook dipandang semula dan beralih ke baju basah Jungkook.

"Nanti lah dia bangun, aku tanya dia. Sekarang aku kena tukar baju budak renab ni." Kata Hoseok. Hoseok menuju ke almari, baju t-shirt hitam dengan seluar track hitam diambilnya. Lalu dia menuju ke arah Jungkook semula.

Tanpa membuang waktu, baju hospital yang dikenakan Jungkook dibuka oleh Hoseok. Diganti pula dengan t-shirt hitam. Begitu pun, seluar Jungkook ditukarnya.

Baju yang basah tersebut disangkut dibalkoni, tempat dia menjemur jaket Jungkook tadi.

Hoseok membuka laici meja, kotak kecemasan diambilnya. Kedua belah kaki Jungkook yang terluka itu, Hoseok bersihkan lalu diubati. Setelah itu, dia membalut kaki Jungkook kemas.

Kotak kecemasan disimpan kembali ke dalam laici, selepas selesai membersihkan luka Jungkook.

Dia tersenyum sambil membetulkan selimut ke tubuh Jungkook.

"Tidurlah, aku tau kau penat." Bisik Hoseok memandang Jungkook penuh kasih sayang. Dia mengelus rambut Jungkook lembut. Dahi Jungkook yang berpeluh dilap dengan tisu.

"Hana.."

Hoseok terdiam sejenak apabila mendengar suara Jungkook yang memanggil nama isterinya. Sayu sahaja suara Jungkook, dipendengarannya.

Hoseok hanya membisu sambil memandang Jungkook, yang meracau dalam tidurnya itu.

Telefonnya didalam poket seluar, dikeluarkan. Dia mengetik sesuatu diskrin telefon, lalu dihantar kepada seseorang.

Selepas menghantar sebuah pesanan mesej, telefonnya diletak diatas meja. Hoseok memandang wajah Jungkook, lama kelamaan dia turut tertidur dibirai katil dengan kedua belah tangan dijadikan bantal.


*****
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now