Part 81

2K 71 0
                                    

"ASAL, kanda tergesa-gesa ni?"

Jungkook menoleh ke arah Hana yang memandangnya hairan. Dia tersenyum.

"Omma, call tadi. Minta kita pi rumah malam ni, sebab nak suruh kanda tolong sembelih serati dan ayam." jelas Jungkook. Hana hanya mengangguk kepala.

"Cepatlah bersiap kita nak pergi dah ni, sebelum tengah malam pula." kata Jungkook lagi bila melihat Hana hanya duduk dibirai katil dan memerhatikan dirinya.

"Ok! Tapi dinda dah siap dah. Lagipun, baju kita dah ada kat rumah omma kan?" kata Hana santai. Jungkook menepuk dahi.

"Iya juga kan. Lupa pula. So, apa lagi jom kita pergi. Nanti membebel pula orang tua tu."

Jungkook mengambil telefon bimbitnya, dompet dan kunci kereta. Hana bangun dari duduk lalu mencapai handbagnya yang disangkut didinding.

"Jom sayang."

Hana tersenyum lalu memeluk lengan Jungkook. Mereka berdua mengorak langkah keluar bilik.

• • • • •

HANA memandang Jungkook dan Wonwoo yang sedang mencabut bulu ayam dan serati yang sudah selamat disembelih oleh mereka berdua. Sesekali dia tergelak kecil melihat Jungkook yang terbersin bila bulu ayam masuk ke dalam hidungnya. Dah kemerahan hidung Jungkook, kerana asyik bersin sahaja.

"Lambat lagi ke?" soal Hana sambil menguap kecil. Dia sedikit menggeliat.

Jungkook menjeling kearahnya.

"Kan kanda dah cakap, dinda pi lah masuk tidur dulu. Dah pukul 10 setengah ni, nanti dah siap kanda masuk lah." kata Jungkook datar. Tangannya ligat mencabut bulu ayam dari badan ayam itu.

Wonwoo hanya diam kerana terlalu khusyuk melakukan kerjanya mencabut bulu serati. Tidak menghiraukan mereka berdua.

"Tapi.." Hana terdiam bila mendapatkan jelingan tajam dari Jungkook.

"Pergi masuk bilik dan tidur." kata Jungkook tegas dan terkesan datar. Merenung Hana tajam.

"Yelah! Dinda masuk dan terus tidur puas." Hana menghentakkan kakinya. Sebelum pergi, dia mencium pipi Jungkook sekilas.

"Goodnight kanda, Wonwoo oppa." setelah itu Hana masuk kedalam rumah, meninggalkan Jungkook dan Wonwoo yang masih bersila diberanda dibelakang rumah.

"Kau dah siap belum cabut bulu serati? Khusyuk betul aku tengok hyung cabut bulu serati tu."

Wonwoo mengerling Jungkook sekilas.

"Hmm. Sikit lagi nak siap, mujur tiga ekor aje sembelih. Tidak jenuh nak cabut dia punya bulu ni. Kau pula dah siap belum?" balas Wonwoo.

"Samalah. Sikit lagi nak siaplah."

"Hmm. Esok pagi, omma cakap lepas solat raya. Makan apa semua, terus bertolak ke Busan."

"Oh. Bagus juga tu. Lagipun aku dah lama tak balik Busan, rindu pula kat suasana Busan. Rindu pula kat atok dan opah kat sana." kata Jungkook sambil meletakkan ayam yang sudah bersih dari bulu, kedalam besen yang sudah diisi tiga ekor ayam yang sudah dicabut bulunya. Dia menghela nafas lega bila kerjanya sudah selesai.

"Betul tu. Aku pun dah lama tak balik sana, last pergi Busan dua tahun lepas."

"Dah tu, siapa suruh pi duduk jauh-jauh? Kan susah nak balik." bidas Jungkook selamba. Wonwoo menjeling.

"Aku bukannya suka suki nak duduk jauh ye? Aku kat japan tu pun sebab nak jaga dan urus syarikat appa kat sana ok. So, don't comment."

Jungkook mencebik. Dia mengangkat besen yang berisikan ayam lalu berdiri. Dia pandang Wonwoo.

"Hyung dah siap?"

"Dah. Jomlah masuk, dah lewat dah ni."

• • • • •

BUNYI azan raya dipagi yang indah itu, berkumandang dari masjid. Jungkook tersenyum didepan cermin seraya membetulkan baju melayunya yang berwarna merah itu.

"Dah siap kanda?"

"Dah!" Jungkook beranjak ketepi sedikit, memberikan Hana untuk menilik dicermin. Jungkook beralih ke belakang Hana, dia memeluk tubuh Hana dari belakang dengan dagu ditungkat diatas bahu Hana.

"Sayang, sayang tak payah nak make up sangat. Kanda lagi suka, muka natural dinda daripada pakai bedak apa semua ni."

Hana merengus halus, bibirnya dicalit dengan lipsbalm.

"Mana ada dinda make up, dinda cuma pakai bedak sedikit je dan pelembap bibir aje. Jangan jadi cerewet lah."

Jungkook hanya menggulingkan biji matanya. Bahu isterinya yang terdedah itu, diberikan kucupan.

"Whatever. So, dinda tak nak zip ke baju dinda ni? Nak tunjuk tubuh dinda kat orang ke apa?"

"ish. Bukanlah. Dinda tak sampai nak zip, alang-alang kanda dah ada kat belakang tu. Tolong zipkan jap."

Jungkook tidak membalas dan terus menarik zip baju jubah warna merah yang dikenakan oleh Hana keatas. Rambut Hana yang masih tergurai bebas, disanggulnya kemas. Setelah selesai, dia mengucup ubun-ubun Hana.

Hana hanya tersenyum melihat wajah Jungkook yang serius menyanggul rambutnya, terasa comel pula.

"Dah siap?" soal Hana kepada Jungkook.

"Dah sayang. Jom kita turun, mesti diorang dah tertunggu lama kat ruang makan." kata Jungkook.

Hana membalikkan tubuhnya, menghadap Jungkook. Kedua pipi Jungkook dicubit sejenak.

"Jom." ajak Hana. Mereka berdua berbalas senyum. Jungkook membongkokkan tubuh separa dengan perut Hana. Dia mencium perut membonyot Hana lalu diusap sayang.

"Hai anak papa. Selamat hari raya anak papa kat dalam perut ni. Jangan nakal-nakal kat dalam ye, nanti kesian kat mama kamu ni asyik mengeluh sakit dan lelah. Papa sayang kamu, nanti kamu lahir kita sambut raya bersama ye."

Hana mengusap kepala Jungkook dengan senyuman gembira melihat Jungkook yang berbicara dengan  perutnya itu.

"Ye papa, saya tak akan nakal kat dalam ni. Saya pun sayang papa, papa pun jangan nakal-nakal juga nanti mama penat nak melayan perangai nakal papa tu." Kata Hana dengan suara dibuat seperti budak-budak.

"Nakal." kata Jungkook. Dia kembali menegakkan tubuhnya. Dahi isterinya dijentik perlahan.

Tawa mereka berdua bersatu.


******
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now