Part 20

3.4K 121 0
                                    

TANGANNYA terangkat dan mengusap pipi Jungkook yang terlena dengan nyenyaknya. Seutas senyum terbias dibibir.

"Oppa bila oppa nak balas perasaan Hana? Apakah belum ada secebis rasa untuk saya? Saya tak kisah berapa lama oppa ambil masa untuk terima Hana ni isteri oppa. Hana tunggu masa itu, Hana tunggu."

"Hana akan tunggu oppa anggap Hana isteri dalam erti sebenar, tanpa ada paksaan tapi dengan kerelaan kerana hati oppa dah terbuka untuk terima Hana dalam hidup oppa."

Bibirnya sedikit bergetar. Namun tidak melunturkan senyumannya.

Dengan perlahan dia mendekatkan wajahnya kearah Jungkook. Kecupan sayang didaratkan ke atas dahi Jungkook.

"Salanghae oppa, goodnight."

Seusai berkata, Hana bingkas berdiri dan mengorak langkah keluar bilik.

Mata yang sedari tadi terpejam kerana tidur ayamnya terbuka. Dia memandang pintu biliknya yang ditutup oleh Hana. Dia menghela nafas.

"Apa kau akan tunggu juga aku balas perasaan kau Hana? Walaupun lama? Kau sanggup?" Monolognya sendirian.

"Aku harap impian kau akan tercapai. Aku juga berharap itu akan berlaku. Tidak lama lagi."

Jungkook tersenyum penuh makna. Mata dipejam semula.

"Goodnight too Jeon Hana."

•••••

SEGALA gerak-geri Hana diperhatikan. Dia simpan senyuman yang hendak terukir dibibir.

"Woi kau ni lembap lah. Aku dah lapar ni. Kita dah lambat nak ke kampus tau tak? Dah lah kelas pertama kena masuk mengajar pagi ni kelas kau, kau nak masuk lambat ke?"

Hana merengus halus melihat senyuman Jungkook seperti mengejeknya.

"Sabarlah nak siap dah ni. Sabar itu separuh daripada iman tau?" Perli Hana. Roti yang sudah disalut nutella kacang dan segelas susu suam diletak dihadapan Jungkook.

"Kau tak makan ke?" Tanya Jungkook apabila melihat Hana hanya minum segelas susu sahaja. Hana tersenyum kecil.

"Saya tak lapar lagi." Katanya halus.

Jungkook merenung Hana tepat ke mata gadis itu, membuatkan Hana tertunduk malu kerana ditenung begitu tajam oleh Jungkook.

"Kau kena makan juga."

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi. Makan!"

Jungkook bersuara tegas. Matanya sengaja dijegilkan ke arah Hana dan bibir bawah digigit seakan geram.

Tapi perbuatan Jungkook itu tidak membuatkan Hana berasa takut sedikit pun, kerana perbuatan Jungkook itu sangat comel dimatanya. Teringin pula nak cubit-cubit saja pipi suaminya itu.

"Oppa kenapa oppa comel sangat? Please, jangan buat muka macam tu. Buat saya geram aje nak gigit oppa!" Kata Hana dengan suara nakal. Dia tersenyum miang.

"Shit!" Gumam Jungkook kesal. Tanpa dia sedar pipinya berbahang kerana perkataan Hana itu.

******
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now