Part 82

1.9K 72 1
                                    

•••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

JUNGKOOK dan Hana menuruni anak tangga, lalu menuju ke ruang makan. Dahi Jungkook berkerut, sebaik sahaja tiba diruang makan. Terlihat kedua orang tuanya dan Wonwoo masih bersantai.

"Kenapa tak makan lagi?" soal Hana sambil melabuhkan duduk di kerusi yang ditarik oleh Jungkook kepadanya. Dia tersenyum sumbing pada Jungkook.

"Oh. Tunggu korang berdua lah, lama sangat." jawab Wonwoo sedikit merungut. Lelaki itu terlihat segak dengan baju kurta berwarna hijau lumut, yang dikenakan ditubuhnya.

"Oloh. Terima kasih lah kerana menunggu kami. Hehe." kata Jungkook pula, dengan gelak kecil.

Tuan Jeon, Puan Jeon dan Wonwoo menggulingkan biji mata. Annoyed!

"Jom makan."

Mereka mengangguk kepala dan mereka makan sarapan pagi dihari raya dengan tenang.

"Omma, appa kita jadi ke nak pi rumah opah dan atok kat Busan tu?" Jungkook menyoal, menghalau suasana sepi disekitar mereka.

Tuan Jeon dan Puan Jeon memandang Jungkook sekilas, tidak lama kemudian mereka berdua menggeleng kepala.

"Tak jadi, sebabnya atok dan opah kamu nak datang sini. Petang nanti diorang sampai. Omma dapat tahu pun pagi tadi, atok call yang diorang dah on the way nak ke sini." ujar Puan Jeon. Mulutnya sibuk mengunyah daging serati, yang dibuat gulai itu.

"La. Melepaslah kook nak ambil udara segar kat Busan, kenapa lah atok dan opah nak datang kesini." Jungkook mencebik kesal, dengan keluhan kasar.

"Biarlah, diorang berdua tu jarang tau datang Seoul ni. Nak lah juga mereka nak tengok bandar Seoul yang luas ni." kata Tuan Jeon.

Jungkook hanya mengangguk kepala seadanya. Hana menggeleng kepala sahaja. Manakala Wonwoo dan Puan Jeon memandang Jungkook sekilas dan kembali melanjutkan makanan mereka.

• • • • •

Tok! Tok!

BUNYI ketukan pintu rumah, menyedarkan Jungkook yang asyik bermain game. Dia mematikan telefonnya dan diletakkan diatas meja kopi. Lantas dia bangun dari sofa, menerpa ke pintu.

Pintu rumah dibuka, terpampang wajah keenam kawannya dan juga Daniel.

"Hallo Jeon! Selamat hari raya aidiladha renab!" sapa mereka bertujuh sebaik sahaja pintu rumah tersebut dibuka.

Jungkook hanya tersenyum kecil seraya mengangguk kepala. Pintu rumah dibuka lebar, dia menpelawakan mereka untuk masuk kedalam rumah.

"Masuk lah. Dan selamat hari raya juga korang. Eh jap isteri korang mana? Tak ikut?"

"Tak! Kitorang tinggalkan mereka dirumah family kami."

"Boleh pula macam tu, kejam betul korang ni."

"I don't care." bidas Yoongi sarkastik. Yang lain hanya merengus halus dan menggulingkan mata. Mereka melabuh duduk diatas sofa. Jungkook pula mengambil tempat disofa single.

"Isteri kau mana? Wonwoo hyung dan ibu bapa kau kemana?"

"Oh yang tu. Diorang masih di kenduri kat rumah hujung tu. Aku dan Wonwoo hyung ajelah yang balik dulu, sebab korang chat aku nak datang rumah aku." kata Jungkook.

"Habistu mana Wonwoo hyung?" Jimin menyoal.

"Dia ada je kat atas tu, dalam bilik dia. Tidurlah apa lagikan?" jawab Jungkook dengan malas.

"Macam tu pun ada? Orang lain beraya, dia tidur dalam bilik."

Jungkook hanya menjungkitkan bahunya.

"Hmm korang dah makan belum? Kalau belum, aku hidangkan untuk korang." kata Jungkook, memandang kawannya itu.

"Itulah yang aku nak dengar sejak tadi. Sebenarnya aku ni lapar, belum sarapan lagi. Teringin nak makan, gulai serati masakan omma kau tu." Yoongi bersuara selamba. Membuatkan yang lain,  menggelengkan kepala. Jungkook hanya tergelak kecil.

"Ok. Korang duduklah dulu, aku pergi hidangkan untuk korang ye." Jungkook bangun dan terus bergegas ke dapur.

"Tak malu betul ya kau ni." bebel Seokjin.

"I don't care. Asalkan perut aku terisi." Yoongi menjeling Seokjin lantas balang biskut yang berisi kuih raya diambil.

"Alah hyung ni, macam tak tau pula. Dia ni mana lah, ada urat malu." kata Jimin menyindir sedas.

"Kau diam pendek."

"Tak sedar diri dia pun pendek."

Jimin dan Yoongi berpandangan dengan tatapan mata yang tajam. Mereka berdua merengus halus lalu membuang muka.

Mereka yang ada disitu, hanya mampu menggelengkan kepala melihat kawan mini-mini mereka itu. Pantang berjumpa, mesti nak gaduh.

*******
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now