💔 Chapter 1

203K 6.9K 377
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑


Reen berhenti melangkah. Dia rasa macam ada seseorang mengekori dia. Dengan kelajuan cahaya, dia menoleh ke belakang.

Tak ada.

Kenapa dia asyik rasa macam ni? Macam diekori. Macam diperhatikan. Hampir seminggu dia terpaksa berhadapan dengan situasi macam ni. Ah, mungkin perasaan dia je kot?

Dia hembus nafas perlahan-lahan. Tenangkan diri. Kemudian dia teruskan melangkah, nak pergi kafe, lapar. Tempat duduk paling hujung dipilihnya, duduk sorang.

Memang dari tadi dia berjalan sorang je pun.

"Tomyam Meehoon Soup and OLDTOWN Teh Tarik. Thank you.."

Selesai memesan makanannya, dia melihat sekeliling. Spontan, matanya tertancap pada seorang lelaki berkulit putih, dengan cap berwarna hitam yang menutupi sebahagian wajahnya. Kenapa dia.. nampak mencurigakan?

Reen membelek jam dipergelangan tangan kirinya, pukul 9 malam. Agak-agak dapat tak dia balik dengan selamat malam ni? Tiba-tiba dia rasa takut pula. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran lelaki itu.

Apabila makanan yang dia oder tadi tiba di mejanya, dia tak tunggu lama. Dia cepat-cepat menghabiskan makanannya. Dia nak balik rumah, takut.

Entah kenapa, dia rasa lelaki itu memerhatikannya.

Membayangkan saja, bulu romanya dah meremang. 'Ish, jangan fikir bukan-bukanlah!'

Beberapa kali juga dia berpura-pura melihat sekeliling, macam mencari orang. Padahal sebenarnya dia nak tengok lelaki itu. Tak silap lagi, lelaki tu memang renung dia dari tadi!

Berdebar-debar, Reen terus bangun, kunci keretanya dikeluarkan dan dia tinggalkan not RM50 di atas meja sebelum bergegas keluar dari kafe. Mummy.. Reen takut!

Kelam-kabut dia melangkah, melepasi orang ramai yang masih memenuhi ruang beli-belah di shopping mall itu. Maklumlah, kurang dua minggu dari sekarang nak raya. Semua orang excited nak beli persiapan hari raya. Dia ke sini hari ini pun sebab nak cari dress untuk hari raya pertama dan kedua. Mak ngah kata dia ada jahitkan satu baju kurung untuk Reen, boleh pakai untuk hari raya ketiga nanti.

Sibuk membayangkan kemeriahan hari raya, dia tak terlupa dirinya masih diekori. Sekali, dia pusing ke belakang, tengok-tengok kalau lelaki tadi ada di mana-mana.

Ada!

Reen nampak sisi jaket lelaki yang sedang bersembunyi di sebalik tiang besar itu. Dia telan liur, kenapa lelaki tu ikut dia? Mummy!

Reen terus berlari keluar, terburu-buru melangkah, mencari tempat dia memarkir keretanya tadi. Aduh, kunci pulak kat mana?!

Sedang dia sibuk menggeledah beg tangannya, dia teringat sesuatu. Eh, bukan ke aku dah keluarkan kunci tadi? Dia berpusing 180 darjah, ingin kembali ke kafe. Mungkin kuncinya diletakkan sekali di atas meja semasa dia tinggalkan duit tadi. Baru saja nak melangkah, Reen terdengar ada suara orang berdehem dari belakangnya. Alamak!

Lambat-lambat dia angkat wajah. Lelaki tu!

"Huh?" hanya itu yang terlepas dari bibir Reen. Terkejut.

Lelaki itu tersenyum. Erk, creepy! Dia menghulurkan sesuatu.

"Where did you get this? " Reen mula rasa tak sedap hati. Macam mana kunci keretanya boleh ada pada lelaki itu? Reen sempat lihat kiri kanan. Ramai orang area sini. Nasib baik dia parking kereta betul-betul depan mall ni. Selamatlah sikit. Memanglah kena bayar lebih, tapi better daripada parking dekat basement. Seram. Lagi-lagi kalau malam-malam macam ni.

"Awak jatuhkan masa tengah lari tadi." Dia masih tersenyum.

Reen terus rampas kunci itu, geram. Dia termalu sendiri, punyalah bersungguh-sungguh dia lari tadi. Dia fikir lelaki itu orang jahat. Rupanya nak pulangkan kunci je.. Tapi, kenapa kena sorok sebalik tiang kalau nak pulangkan kunci? Kasi je lah!

"Kenapa awak ikut saya, hah?!" Reen berkerut, tahan geram. Ikutkan hati, dia nak tumbuk-tumbuk muka lelaki ni. Dah la kejar-kejar aku dari siang tadi. Takut, tahu tak?! Padahal dia jugaklah yang pulangkan kunci aku. Haih..

"Sebab... saya suka awak?" makin lebar senyuman lelaki itu, buat Reen takut semula. Creepy, okay!

"Kalau awak suka saya, kenapa awak buat saya takut? Eii.. tumbuk kang!" Reen dah angkat penumbuknya, dah tak sabar sangat nak tumbuk dia ni.

Lelaki itu ketawa. Reen urut-urut dada. Hishh.. buat suspen je lah! Buang karan je aku lari-lari dalam mall tadi. Malu tau orang pandang-pandang.

"Kenapa awak takut pulak? Saya bukan nak rogol awak pun, Reen..."

Reen telan liur. Macam mana lelaki misteri ni tahu nama dia? Setahu dia, dia tak pernah pula berkenalan dengan lelaki ni kat mana-mana.

Erk, mummy! Creepy!

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now