💔 Chapter 8

106K 4K 81
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑

Rayyan terpisat-pisat bangun, gosok mata. Segar rasanya dapat tidur lama. Cuma yang tak berapa best sebab dia bangun tanpa wajah Reen dihadapannya. Dia melihat jam disisi katil, pukul 2 petang. Fuh.. lama gila tidur. Mimpi indah Rayyan malam tadi betul-betul buat dia taknak bangun. Dalam mimpinya, Reen sudah menjadi isterinya. Memang betul-betul sebijik dengan yang dia selalu bayangkan. Sentuhannya lembut, membersihkan luka di kepalanya. Paling tak boleh move on bila dia kiss Reen, Reen tak menolak. Layan je perangai gila aku ni. Hai.. Indahnya kau, mimpi..

Rayyan bangun, sedikit menggigil. Jalannya tak berapa betul, terhuyung-hayang. Mabuk sebab tidur lama sangat. Apabila melintasi cermin gergasi dibiliknya, dia nampak kain putih yang membaluti kepalanya. Aik? Aku masih dalam mimpi ke ni?

Berkerut dahinya melihat wajahnya sendiri. Bengkak. Biru pulak tu! Perghhh hodoh gila muka. Sembab habis. Badan pula yang ditiliknya. Lebam-lebam. Tapi tak ada luka. Memang tubuhnya rasa tak berapa enak. Demam kot?

Wait.. kalau kepala aku still berbalut macam ni.. maknanya aku tak mimpilah, kan?! Reen memang ada sinilah malam tadi, kan?! Dia tukar kain ni? Dia.. tidur dengan aku? Aku kiss dia? What the...?

Rayyan terus bergegas keluar dari bilik, mencari Reen. Ruang tamu, tak ada. Toilet, tak ada. Bilik sebelah, tak ada. Rayyan hampir berputus asa. Mungkin Reen dah balik kot..? Alahai rindu. Rayyan melangkah perlahan ke dapur. Nak makan. Lapar. Tapi apa yang ada dalam peti ais? Nak masak, memang tak laratlah..

"Bangunlah, sahur! Tak puasa ke? Kafir?" suara Reen dalam mimpinya tadi terngiang-ngiang ditelinganya. Rayyan memperlahankan langkahnya ke dapur. Aduh, nak makan tak ni? Ish, Reen kau buat aku stress lah! Langkah Rayyan terhenti apabila dia ternampak seseorang duduk di meja makan, membelakanginya. Reen? Memanglah itu Reen. Bayang-bayang dia pun aku kenal, inikan lagi memang betul-betul dia depan aku. Rayyan memanjangkan leher, apa dia buat tu?

Lahh... Makan?

"Hey.." Rayyan berbisik lembut, memeluk tubuh Reen dari belakang. Spontan, Reen mengeraskan tubuhnya, terkejut.

"Kau suruh aku puasa..." Rayyan menggeselkan pucuk hidungnya di pipi Reen. Reen masih statik.

"...tapi kau yang makan.." sambungnya lagi.

"I err.. I tak boleh puasalah. You apa tau?" Reen memuncung. Tangan Rayyan yang melingkar dipinggangnya ditolak ke tepi. Sikit-sikit peluk. Sikit-sikit cium. Mengada.

"Kenapa tak boleh pulak? Sakit jugak ke?" Rayyan ambil tempat disisi Reen. Seronok nampak makanan. Lapar.

"Period." Reen selamba mengunyah ayamnya. Sikit pun tak pelawa Rayyan yang dah setangki air liur ditelannya. Kejam.

"Nak.." Rayyan dah nganga mulut. Reen buat tak tahu. Pinggannya yang dah kosong dibawa ke sinki. Basuh.

"Sampai hati.." Rayyan tarik muka. Kedekut.

"Tak boleh. You puasa."

"Aku kan sakit.."

"No excuse, sir. Sorry"

"Tapi aku tak sahur.."

"Orang dekat Somalia tu, you fikir dia orang ada makanan ke nak sahur?" Pinggan yang selesai dibasuh, diletakkan di tempatnya. Tangannya yang basah dilap di belakang bajunya. Itu pun baju Rayyan, ambil dalam almari. Seluar tak ambil pula. Besar. Ikutkan hati dia nak cabut balik je. Tapi entah kenapa, dia sedih tengok keadaan Rayyan macam tu. Dah la tinggal sorang. Kalau jadi apa-apa, macam mana?

"Taknak kawan.." Rayyan pula yang memuncung. Saja mintak simpati.

"We're aren't even friends, remember?" Reen jongket sebelah keningnya, sinis. Saja nak try test. Hahahha...

Rayyan mengecilkan mata memandang Reen. Geram. "You're the most cruel wife on earth."

"We're aren't even a married couple.."

"Then, what are we?"

"Enemies"

"Says a person who was just got saved from being raped." Rayyan mendengus. Enemies?! Kurang ajar.

"H- how could you.." Reen tersentap. Perlu ke dia ungkit benda tu? Apa masalah dia?!

"Goodbye Ariana Syazreen. You may leave now." Rayyan bangun, terus melangkah ke biliknya. Itu pun selepas dia berpuas hati dengan ayatnya. Kalau tak, tadi dia nak cakap "get lost" je. Biar dia rasa. Sebab taknak kasi aku makan, kau terus declare kita ni enemies?

Gila.

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now