💔 Chapter 45

65.5K 2.9K 137
                                    

"Aku ada hal sikit nak settle dengan kau." Itu kata Harith Amsyar, bila dia dah berdiri betul-betul depan aku. Dah lebih lapan bulan kau hilang, tiba-tiba datang nak cari gaduh dengan aku? Aku cuma tersenyum. Fake.

"Duduklah."

"Not here." Giginya diketap. Marah ke? Kenapa pulak? Aku ada buat hal dengan dia ke? Mengalah, aku akhirnya bangun, mengikut langkahnya yang entah ke mana.

"Rizky!" Raffiq memanggil, bila aku dah berada agak jauh dari dia. Aku berpaling, tetapi masih mengikut langkah lelaki itu.

"Jangan lama-lama wey! Perempuan tu tunggu kau, kan?!"

Aku hanya membuat isyarat 'ok', dan terus pergi. Turun lif, dan terus ke belakang bangunan, dekat dengan kawasan parking. Apa hal jauh sangat ni? Aku melihat sekeliling, berjaga-jaga. Mana tahu dia pasang perangkap dekat aku, kan? Benda nak jadi, kita tak tahu.

"Asal?" Aku memandang tajam ke arah lelaki itu. Baru plan tak nak gaduh. Cara dia ni macam mintak penumbuk aku je.

"Bini aku bunting anak kau, kan?"

Spontan, aku tergelak sinis. "Bunting? Bini kau tu, binatang ke?"

"Kurang ajar kau ni, kan?" Dia masih membalas sinis dengan aku. Aku turut tersenyum sinis, membuang pandang ke arah lain.

"Aku tak kenal bini kau." Aku berpeluk tubuh. Sejuk pula malam-malam macam ni.

"Ariana Syazreen binti Mohamad Kamal. Tak kenal?"

Aku tersentak. Reen... Reen isteri dia? No, tak mungkin. Aku sendiri yang stalk Reen dan aku tahu, Reen belum berkahwin. In fact, dia masih anak dara, masa aku mula-mula一

"Serious tak kenal?"

"Ariana Syazreen yang kau cakap tu, bini aku." Aku ketap bibir. Tiba-tiba baran aku datang. Dia ketawa bebas. Nampak terhibur. Aku tak rasa aku ada buat lawak. Apa yang nak digelakkan sangat?

"Aku tak tahu pulak perempuan boleh kahwin lebih dari satu."

"Aku tahu dia belum kahwin. Dan aku tahu dia mengandung anak aku. Tapi... Kalau kau nak dia sangat, aku boleh bagi." Tenang saja suara aku menuturkan ayat itu.

"Lelaki jenis apa kau ni?"

Aku tergelak, mencuit pucuk hidung sendiri sebelum berkata, "Aku dah nak mati tak lama lagi, Harith Amsyar Dato Mikael... Aku tahu kau sayang dia. Aku tahu, kau boleh jaga dia, untuk aku."

Dia sedikit terkejut. Mungkin sebab aku tahu nama penuh dia. Huh.. bukan setakat nama penuh dia. Boxer dia saiz apa pun aku tahu la.

"Aku sayang dia, Harith Amsyar. Tapi aku tak mampu untuk selalu ada dengan dia. Cepat atau lambat, aku akan mati jugak. And masa tu, aku cuma boleh percayakan kau, untuk jaga dia. So please, jaga dia. Sayang dia. Dan jangan tinggalkan dia." Aku sedikit sebak. Tak sangka, jangka hayat aku sependek ini. Aku cuma tinggal.. dua tiga hari saja, mengikut perkiraan doktor.

"Asal kau nak mati pulak?"

Kali ini, aku tak tertawa. "Itu... bukan urusan kau."

"Whatever it is, she'll gonna regret this." Harith tiba-tiba tersenyum jahat, mengeluarkan telefon bimbitnya. Terpapar di skrin, yang dia merakam perbualan kami. Rakaman itu ditamatkan, dan dia memandang sinis tepat-tepat ke arah aku.

"You're dead meat, Raja Muhammad Rizky Ar-Rayyan."

Aku tidak cepat melatah, masih tersenyum tenang. "Bagus jugak otak kau ni. Why not kau buat dia benci aku, and then senang la dia nak lupakan aku, kan? Kau pun boleh dapat dia, betul tak?"

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now