💔 Chapter 40

63.9K 2.7K 98
                                    

Tit.. tit.. tit..

Pening. Lambat-lambat aku buka mata yang terasa berat. Cahaya yang terlalu terang buat mata aku terpejam semula. Beberapa kali aku mencuba, akhirnya aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Aku ada di hospital. Tidak berbaju. Berselimut separas pinggang saja. Aku angkat wajah sedikit, melihat dada aku yang dilekatkan dengan wayar-wayar hijau dan merah.

Apa benda ni?

"Rizky..?"

Aku menoleh ke kanan, Raffiq di situ. Bahu aku disentuh perlahan. Wajahnya nampak sedikit pucat. Mata pun sembab semacam. Apahal ni? Demam ke?

"Kau okey tak?" Soal Raffiq, tiba-tiba. Aku berkerut. Aku ni kan hidup lagi. Apa yang tak okeynya?

"Asal wayar-wayar ni?" Soalannya aku balas dengan soalan juga.

"Doktor yang letak.."

"Aku tahulah doktor yang letak. Takkan cleaner pulak." Aku menjeling. Apalah ke bijak sangat jawapan dia tu?

"Tu.." Raffiq terdiam pula. Aku mencebik. Budak ni dah kenapa? Terencat ke?

"Doktor kata apa? Bonda mana? Rifiqa?" Bertubi-tubi soalan aku serbu dia. Biar dia rasa.

"Bonda dah tahu kau kanser otak."

Satu ayat itu buat jantung aku rasa macam direntap keluar. Mata aku membulat besar, terkejut. Bonda.. dah tahu?

"Rifiqa?" Sepatah aku tanya. Ironinya, Raffiq tergelak sinis. "Jangan kata Fiqa, satu negara pun dah tahu."

Surat khabar dihulurkan kepada aku. Muka surat pertama, terpapar wajah aku yang pucat, ketika hari pengebumian ayah. Aku gigit bibir. Tajuknya aku baca.



Ayahanda mangkat, anak hidap kanser.

Anak sulung kepada Allahyarham Sultan Firdaus Al-Afi, Raja Muhammad Rizky Ar-Rayyan, dipercayai menghidap kanser otak tahap tiga selepas ditemui tidak sedarkan diri di pusara allahyarham selepas pengebumiannya lewat petang semalam. Beliau yang berusia lewat 20-an itu kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Menurut doktor pakar otak, Doktor Mohd. Hafiz Akid, beliau dipercayai telah menghidap kanser otak selama lebih lima tahun dan masih menjalankan rawatan sehingga kini. ❜

Berita lanjut di muka surat 2⇉




Aku terkaku. Tak sangka, berita tentang aku menjadi tajuk utama di dada akhbar. Patutlah bonda tak ada sekarang. Mungkin bonda sedang menangis. Atau mungkin bonda pengsan tak sedarkan diri, selepas ditimpa musibah perit seperti ini. Ayah pergi. Dan selepas ini, aku pula. Mestilah bonda sedih, kan? Lebih-lebih lagi bila aku sorokkan penyakit aku ni dari dia, selama 5 tahun, seperti yang tertulis dalam akhbar. Doktor tu tipu aku. Dia dah janji nak rahsiakan perkara ni. Pasti Reen pun dah baca berita ni. Agak-agak macam mana reaksi Reen?

Reen. Bukan ke masa tu dia ada dengan aku? Masa aku pengsan tu.. dia ada, kan? Aku lihat tarikh akhbar. Dua hari lepas. Maknanya dah tiga hari aku terlantar di katil hospital, termasuk hari ni. Mana Reen? Takkan dia tak datang jenguk aku?

Mestilah tak.

Diakan sarat mengandung. Manalah larat nak berjalan ke sana sini. Tak pun, guard tak kasi dia masuk. Yalah, diakan orang asing.

"Fiq.." aku pandang Raffiq di sisi aku. "Ada tak.. sorang perempuan mengandung ni.. datang sini? Ada tak? Dia mengandung macam.. erm.. lima, enam bulan macam tu. Ada tak? Dia pakai tudung." Beria-ia aku jelaskan pada Raffiq.

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now