💔 Chapter 14

91.6K 3.5K 67
                                    


Love,
I'll always be your king.

👑


Rayyan nampak segak. Bersut hitam. Di celah kotnya yang tak berbutang itu, Reen nampak kemeja putih dan tali leher warna sedondon dengan dressnya. Reen mencebik.


Dia fikir dia handsome?!

Reen memandang tajam mata Rayyan. Seketika, dia terpanar. Mata Rayyan yang sedikit sepet itu merenungnya lembut. Anak matanya yang berwarna hazel, bersinar. Bulu matanya lurus, halus. Keningnya yang terlihat indah, dilukis oleh Sang Pencipta. Mata Reen turun memandang hidung Rayyan yang mancung terletak. Dan seulas bibirnya yang merah merekah. Tuhan, dia terlalu sempurna.

Rayyan tersenyum. Menjongketkan kening kirinya. Reen yang baru tersedar dari lamunannya, cepat-cepat tertunduk. Aduh, apa hal aku usha dia macam tu tadi?! Bengong lah kau, Reen! Wait, aku nak hempuk kepala dia, kan?

Reen terus mengatur langkah ke arah Rayyan. Berdiri dihadapannya. Wow, wangi! Reen perasan, tingginya cuma separas bahu Rayyan. Eh, tingginya? Aku ni pun dah dikira tinggi tau kalau berdiri dalam kalangan perempuan. Tapi still nampak pendek kalau berdiri sebelah dia. Ish, tak boleh jadi ni! Kena pakai high heels lah macam ni! Betul-betul high yang sampai 5 inci tu! Hambik kau! Of course la aku taknak kalah, kan?

"Jom lah. Dah lewat-"

"Aduh! Woi!!"

Reen tersenyum puas hati. Rayyan yang kesakitan terus terduduk. Sakit sangat!

Ada ke patut Reen tiba-tiba ketuk kepala dia? Dengan tak bagi signalnya.. Tiba-tiba, okey! Kalau nak ikutkan, tak adalah sakit mana pun. Tangan dia tu kecik je. Tapi dia ketuk, betul-betul dekat luka yang berdarah tu! Aduhai.. dah la balutan tu dia dah buka. Elok je dia sikat rambut kemas-kemas tadi. Siap pacak-pacak tau! Berapa banyak gel rambut aku dah habis tadi? Aduh.. apa salah aku kali ni, budak?!

Reen tergelak. Seronok pula. Rasanya lagi best dari hempuk teddy bear dia bila dia sakit hati. Fuh.. betul-betul puas hati aku.

Bila Rayyan yang terduduk itu masih mengerang kesakitan, Reen berhenti ketawa. Dia mencangkung, ingin melihat wajah Rayyan. Mana lah tahu, Rayyan main-main, kan? Bukan dia tak pernah kena tipu. Buang karan je dia nangis beria-ia, rupa-rupanya Rayyan main-main je?! Eii.. sakit je hati ni..

"Bla bla blaa.. lawak lah sangat, Ray.."

Rayyan masih diam, memegang kepalanya. Dia tertunduk. Kepalanya disorokkan di antara kedua-dua kepala lututnya. Sakit!

"Ray.." Reen mencuba nasib.

"Ray.." kali ini, Reen mencucuk bahu Rayyan.

"Hey.. tak kelakar la Rayyan.." Reen cemas.

"Rayyan!" Bahu Rayyan digoncang kuat.

"Apa masalah kau ni?"

Reen terdiam. Terkejut dengar suara Rayyan yang.. keras. Garang. Mata yang tadi bersinar indah itu, merenungnya tepat-tepat. Dengan kening yang terbentuk tajam ke bawah. Reen telan liur, takut.

Tangannya yang berada di bahu Rayyan, dialihkan perlahan-lahan. Rayyan masih memandangnya tajam, langsung tak berkalih.

"Ray.. I.. I'm so sorry.." perlahan suara Reen. Takut.

Diam.

"I.. main-main je.." Reen gigit bibir. Semalam, bila dia gigit bibir, Rayyan akan merenung bibirnya. Tapi bukan sekarang. Dalam hati, Reen masih berharap Rayyan hanya berpura-pura marah, dan akan ketawakan muka takutnya. Kali ini dia rela Rayyan ketawakan dia. Sebab dia yang bersalah! Dia yang hempuk kepala Rayyan tadi.. Konon nak balas dendam sangat, kan? Rasakan.

"Ray.." Reen cuba memegang tangan Rayyan. Kali ini, tangan itu ditepisnya kasar. Reen terkejut. Ya, hubungan ini terlalu awal. Masih banyak perkara tentang Rayyan yang tak diketahuinya. Contohnya, baran Rayyan.

Rayyan terus bangun, menuju terus ke biliknya. Butang kotnya dibuka ala kadar sebelum kot itu dicampakkan ke atas katil. Butang yang tercabut dari kot, bergolek-golek ke kaki Reen. Reen ketap bibir, tahan air mata. Dia takut, dia juga sedih. Rasa bersalahnya itu tak tahu nak diletakkan di mana.

Tali leher direntap, campak. Tiga butang teratas kemejanya turut ditanggalkan.

"Rayyan.. I mintak maaf.." Reen jalan perlahan-lahan. Mengikut arah kaki Rayyan. Rayyan pula terus meluru ke bilik air, berdiri dihadapan sinki. Tapak tangannya yang berlumuran darah kerana memegang kepala sedari tadi, dibasuh bersih. Dia tunduk, membawa kepalanya ke bawah air paip.

Air yang bercampur darah itu meluncur laju, terus ke lubangnya di dasar sinki. Kepalanya di gosok kasar. Berkali-kali. Sampai lencun habis kepalanya. Bajunya turut basah.

"Rayyan.." air mata Reen bertakung.

"I'm truly sorry.." dia mengenggam tangannya. Tahan. Jangan nangis.

Paip ditutup. Rayyan terus melangkah keluar, sengaja melanggar bahu Reen. Reen terundur dua tiga tapak, terpijak hujung dressnya sebelum dia jatuh terduduk.

Rayyan terus ke almari. Tuala itu ditekup ke kepalanya. Dia duduk di birai katil, gosok kepala. Tuala putih itu meresap darah yang menderu-deru keluar dari kepala Rayyan. Matanya terpejam. Sakit. Mencucuk. Berdenyut-denyut.

Reen bangun, mendekati Rayyan. Plastik ubat dari klinik semalam diambilnya, "Rayyan.. I tolong letakkan ubat eh?"

Rayyan mencapai telefon bimbitnya, mendail nombor. Reen yang masih meraih simpati dihadapannya, tak dipedulikan. Bukan kepalanya saja yang sakit, hatinya turut sakit.

Baru dia berangan-angan membawa Reen berjumpa Bonda Ayahnya. Yang konon-kononnya mengatakan Reen takkan pandang lelaki sepertinya. Masa inilah dia nak buktikan pada seluruh kerajaan ni, dia mampu memiliki wanita kesayangannya. Bahkan apa-apa pun yang diingininya. Semuanya. Habis punah-ranah impiannya.

Ego?

"Weh, kau datang rumah aku, sekarang" Rayyan bersuara sebaik panggilannya dijawab.

"Weh.. kau kat mana do? Dah satu jam majlis mula.. cepatlah!"

"Datang.. rumah aku." Rayyan ketap gigi. Sakitnya kembali mencucuk.

"Asal? Kau nak aku ambik kau ke?"

Rayyan pejam mata. Reen cemas. "Rayyan please.. I nak tolong you.."

"Weh, siapa tu? Awek kau ke?"

Rayyan rebahkan tubuhnya ke sisi. Baring menelentang di atas katil. Tubuhnya rasa melayang-layang. Tak.. ini bukan sebab luka..

Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia berkata, "Jangan bagitau Bonda.. da.. datang sini.." Telefon bimbit itu terlepas dari tangannya. Rayyan tercungap. Buru-buru mencari nafas. Kepalanya sakit. Dadanya sesak.

"Wey.. kau asal? Rizky! Woi!" Reen terdengar suara dari dalam talian. Rizky? Siapa Rizky?

Belum sempat Reen mengambil telefon itu, bunyi nafas Rayyan yang tercungap-cungap terus hilang. Reen terkaku. Dia.. pengsan?

"Ray?"

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now