💔 Chapter 24

83.9K 3.2K 46
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑



Pening.

Perkara pertama yang aku fikirkan bila aku tersedar. Dan perkara kedua ialah --- lapar.

Rasanya aku belum habis makan burger aku tadi. Kenapa aku tidur pulak ni? Pelik. Tak pernah pernah aku buat perangai macam ni. Makan belum habis, boleh tidur pulak.

Perlahan-lahan aku bangun, sambil memegang kepala yang terasa berat. Sakit yang mencucuk-cucuk. Tapi aku paksakan diri aku bangun. Aku lapar. Baru dua tiga langkah ke pintu bilik, aku terdengar suara macam orang tengah.. bergaduh.

"Ni semua salah kau!"

"Cakap la apa kau nak. Tak hilang duit aku satu sen pon.."

"Kalau bukan kau yang tergila-gilakan dia, dia takkan mengandungkan anak kau la!"

"Habis tu.. takkan dia nak mengandung anak kau pulak.."

"Kau ni memang biadap, kan? Apa jenis manusia kau ni, hah?!!"

Aku menghampiri pintu bilik. Tak berniat nak keluar. Cuma nak tengok je siapa yang berani berani menjerit-jerit dalam rumah aku ni. Hello, ni bukan pusat karaoke yang kau boleh nak jerit sesuka hati. Disebabkan dia menjerit-jerit ni la kepala aku jadi pening balik. Makin sakit. Tekak rasa loya.

"Takyah la emo sangat. Dia tu bawak anak aku. Tahulah aku nak bela dia macam mana.."

"Bela? Kau pikir dia kucing, nak main bela bela?!"

"Eh, kau cakap slow slow sikit boleh tak? Yang kau nak terjerit-jerit ni apahal?"

"Aku ni memang dah lama tak puas hati dengan kau. Kau pikir aku taktau, siapa kau sebenarnya..?"

Aku tekup mulut. Rasa macam nak muntah. Kepala aku sakit sangat. Macam nak pitam. Oh please, baby, jangan buat hal sekarang..

"Really? Wow.. aku curious jugak. Siapa aku eh?"

"Kau ni kan--"

"Uwekk.." aku terus berlari ke bilik air didalam bilik aku. Terdiam terus manusia-manusia yang sibuk bertengkar di ruang tamu tu. Segala isi perut aku muntahkan. Actually, tak ada apa pun yang keluar selain air liur. Tapi dia punya perit tu macam aku muntahkan sekali jantung dengan paru-paru aku. Eh, over. Tapi serious perit gila.

Dan rasa perit itu beransur hilang bila aku terasa ada seseorang mengusap lembut belakang badan aku. Ada la lega sikit. Tapi tekak masih rasa sakit. Tak tahan, aku telan terus air sinki. Kemudian aku basahkan muka yang terasa berbahang. Kepala berdenyut-denyut.

Sabarlah, Reen. Orang mengandung memang macam ni.

Aku melangkah keluar dari bilik air sambil dipapah oleh seseorang. Sumpah aku tak larat nak jalan. Nak buka mata pun macam hidup segan mati tak mahu je.

"Beb, kau ok tak weh?" Azra menepuk lembut pipi kanan aku beberapa kali. Rupa-rupanya yang beria papah aku jalan ni Azra. Nasib baik dia. Bukan manusia yang separuh gila separuh siuman tu.

"Pening ke? Nak aku ambik ubat?" Azra mula acah-acah caring. Padahal sebelum ni aku demam sampai kena tahan wad pun, tak ada pulak dia nak prihatin bagai. Lagi ajak aku lepak ada ah. Gaya macam aku sihat wal-afiat je. Sekarang ni baru nak tunjuk baik? Tak guna punya member.

Aku biarkan soalan dia pergi dibawa angin. Malas nak bercakap. Sakit tekak tak hilang lagi. Elok saja punggung aku mendarat di atas kerusi di meja makan, segelas air suam dihulurkan ke arah aku. Good. Memang ni yang aku perlukan sekarang. Terus aku teguk air itu laju laju. Haus. Plus, aku nak hilangkan sakit tekak ni. Rasa macam tekak aku ditumbuhi batu cengkerang yang dikerumuni bakteria yang memedihkan. Acid, for example.

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now