💔 Chapter 47

63.1K 2.7K 88
                                    

"Eii.. Mengada la nak tutup mata bagai.." aku mencebik. Terdengar Rayyan ketawa gedik di belakang aku. Kedua-dua belah tangannya memegang bahu aku, membantu aku berjalan.

"Surprise kena la tutup mata, sayang.."

Aku berdecit. Menunjukkan yang aku tak suka. Pada hal dalam hati dah melompat lompat teruja. Surprise? Untuk aku? Yayy!!

"Okey.. Here we are." Rayyan bersuara teruja. Ikatan di belakang kepala aku dilonggarkan. Bila retina mata aku dapat membias dengan jelas suasana yang aku lihat, aku seolah-olah terpaku. Kaki aku seperti digam untuk terus berdiri di situ.

"What do you think?" dia berdiri di sisi aku, turut melihat pemandangan indah di hadapan.

"Impressive, right?" keningnya dijongket beberapa kali. Berlagak la tu.

"You.. Ingat lagi?" aku seolah olah tak percaya apa yang aku lihat. Kelopak mata aku berkaca. Di hadapan aku terbentang sebuah tasik yang dikelilingi pokok berlampu. Cantik. Warna warni. Lilin tersusun di sepanjang laluan, bermula dari tempat aku berdiri, menghala ke satu bahagian lain, di sisi tasik, ada sebuah meja. Candle light dinner. Betul betul sama macam yang aku bayangkan.

"Mestilah I ingat, sayang. Masa tu you cakap; I was hoping you take me out for dinner, maybe? Tepi tasik.. and tepi tu ada lilin banyak-banyak. Cliché, kan? Plus, kita belum makan lagi hari ni..."

Aku tergamam. Tak sangka dia masih ingat sebiji sebiji perkataan yang aku sebut. Even aku sendiri dah lupa. Demi Tuhan, aku terharu.

"I sayang you, Reen." ucapnya tiba-tiba, bila sudah agak lama kami terpacak di situ.

"I love you more, of course."

Dan dia tersenyum. Senyuman itu... Terasa jantung aku berdegup laju. Tuhan, jangan bawa dia jauh dari aku. Jangan bawa pergi senyuman itu, dari hidup aku.

"May I?" dia menunduk sedikit, gaya prince charming ingin manyambut tangan kekasih hatinya. Aku tersenyum malu-malu. Namun sekejap saja, kerana Rayyan tiba-tiba hilang keseimbangan dan hampir hampir terjatuh. Cepat-cepat aku paut tubuhnya rapat kepadaku.

"Husband?" aku cuak.

"I.. I okey.." dia berdiri, membetulkan posisinya sebelum berjalan bersama aku ke meja tersebut. Tangan aku masih memeluk kejap pinggangnya. Aku tak nak dia pengsan malam ni. Aku tak nak... Dia tinggalkan aku malam ni.

"Don't leave me..." aku tiba-tiba memulakan mood sedih. Langkah Rayyan terhenti, namun cepat-cepat aku meneruskan langkah. Dia terpaksa mengikut.

"I can't." katanya tiba-tiba. Dan aku kecewa.

Dia menarik kerusi untuk aku duduk. Tapi aku biarkan dia berdiri di situ. Terus aku ke kerusi yang satu lagi. Duduk di situ.

"Sayang.. You should sit here.."

"Tak nak." aku mogok. Merajuk. Terdengar Rayyan menghela nafas perlahan sebelum perlahan-lahan dia duduk berhadapan dengan aku. Di kerusi yang dia tarik untuk aku tadi. Aku tiba-tiba diserang rasa bersalah.

"Husband--"

"I'm fine."

Aku terdiam. Dan entah kenapa, suasana terasa kekok pula. Aku telan liur. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Dan Rayyan masih begitu. Diam membelek telefon bimbitnya.

"Rayyan.." aku menyeru perlahan. Matanya memandang aku sekilas, sebelum jemarinya sibuk bergerak-gerak di atas skrin telefon.

"Thank you.." suara aku mengendur.

"Thank you for tonight. I appreciate sangat sangat."

Rayyan masih diam. Dan mungkin juga, dia tak dengar apa-apa yang aku katakan.

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now