💔 Chapter 30

70.5K 2.7K 28
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑

Rayyan memang sweet talker. Kasanova abad 21. Aku pun tak sangka, mudahnya hati aku berlembut dengan dia. Dan sekarang aku sedar, aku memang tak patut bagi dia peluang.

Aku tersedar pukul 4 pagi sebab aku rasa sejuk ya amat. Dan aku tak sangka.. aku telanjang! Rayyan disebelah turut tidak berbaju. Rayyan penipu! Dia dah janji!

"I janji, I takkan buat you nangis lagi.. I takkan pukul you, tendang-tendang you.. I takkan buat you sakit lagi sebab I.. I janji, sayang.. Just... put your trust in me. Hold my hand. And calm me down. And love me, for the rest of your life.."

"Betul ke?" Aku mengintai dari celah lipatan comforter.

"I ingatkan.. you dah tidur.." dia tersenyum, manis macam selalu.

"Betul ke? Janji?"

"Janji apa?"

"Yang you cakap tadi.. You takkan buat I nangis. You takkan pukul I lagi. Janji?"

Dia mengusap bibir bawahnya dengan ibu jari. Memandang aku, gaya lelaki gatal. Aku benci pandangan macam tu. Gatal.

"I.. akan buat apa je.. Asalkan you bahagia.. As long as you tak tinggalkan I.."

"Janji dulu.!" Jari kelingking aku goyangkan di hadapan wajahnya. Dia tergelak perlahan.

"I promise." Jari kelingking aku dipautkan dengan jari kelingkingnya sebelum jari kecil aku di bawa ke bibirnya. Dia mengucupnya lembut, kemudian ubun-ubun aku pula menjadi mangsa bibirnya.

"Betul ni?"

"I promise, sayang.. Trust me.." Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Mengusap lembut pipi aku sehingga aku terlena.

Penipu.

Perogol.

Pengkhianat.

Aku benci!

Wajahnya yang masih diam dalam lena, aku pandang benci. Tak tahu macam mana nak ungkapkan rasa benci ini. Yang pasti, aku benci. Sakit hati. Terasa hati aku seolah-olah dicucuk dengan besi panas yang sangat halus. Peritnya tak kelihatan, tapi parutnya kekal.

Aku ketap gigi. Bahagian bawah perut aku tiba-tiba terasa ngilu. Oh my..! Baby, please.. Jangan tinggalkan mama!

Aku bangun, terus ke bilik air. Pintunya aku kunci dari dalam. Perlahan-lahan, aku duduk di atas lantai selepas pili air pancuran aku pulas. Air mula menitis membasahi tubuh aku. Buangkan sekali segala dosa dan noda di tubuh ahli neraka macam aku ni.

Tuhan, ampunkan Reen.. Jangan ambil anak Reen. Reen nak jaga dia.. besarkan dia.. sayang dia.. Ampunkan Reen, Tuhan..

Rasa perit itu semakin mencucuk-cucuk. Sakit. Aku tekan perut aku kuat sambil mengetap gigi. Air mata menitis. Ni semua salah Rayyan! Aku benci! Benci! Benci!

Mangkuk jamban disebelah aku tumbuk kuat kuat sehingga buku lima aku berdarah-darah. Aku benci Rayyan! Aku benci! Belum puas hati, segala benda dalam bilik air itu aku jahanamkan.

"Aku benci kaulah setan!"

"Kenapa kau buat aku macam ni hah?!"

"Banyak lagi perempuan lain kat dunia ni.. Kenapa AKU?!"

"Berambus lah tak guna!"

"Perogol!"

"Penipu!"

"Lelaki tak gunaaa!!!"

"Aku benci!"

"Benci!!!"

Aku menjerit sekuat hati. Habis pecah bekas pam aku tumbuk kuat. Sinki juga terjatuh dari tempatnya. Menghasilkan dentuman yang sangat kuat. Spontan, aku terpandangkan cermin yang membiaskan rupa aku. Wajah yang kagumkan selama ini. Leher jinjang yang aku tayangkan untuk semua lelaki. Dan dada aku yang berbekas merah dan biru, bukti kerakusan seorang lelaki. Rayyan.

Tuhan, kenapa aku?

Aku terduduk, merintih. Air pancuran terus mengalir turun melalui tubuh bogel aku. Bercampur dengan air mata dan darah dari seluruh pergelangan tangan aku.

Aku memeluk lutut, bersandar pada dinding mozek. Masih menangis. Dan teresak kuat. Sesekali aku meraung. Aku benci diri aku yang sekarang. Aku kotor. Aku hina. Tak ubah macam pelacur.

"Dia tahu Reen mampu, sebab tu Dia bagi Reen ujian macam ni.. Orang lain belum tentu mampu hadapi dugaan macam ni. Reen hebat. Reen kuat. Sebab tu Allah uji Reen. Allah sayang Reen.." Pesan papa ketika aku masih kecil, tiba-tiba terngiang di telinga aku.

Papa.. Reen takut.. Reen nak papa..

Aku masih menangis dan mengongoi tak tentu arah. Aku benci. Benci Rayyan. Aku benci Azra. Aku benci.. diri aku sendiri.

"Sayang?"

Aku memeluk lutut erat erat. Aku kenal itu suara siapa. Suara ahli neraka. Macam aku juga. Bezanya, aku ni mulia sikit, sebab aku mangsa. Dan dia pemangsa. Dia singa. Sedangkan aku arnab kecil yang masih buta tentang kejahilan dunia sebenar. Selama ini aku sentiasa leka. Aku rasa selamat. Aku rasa selesa dengan kehidupan aku sampaikan aku terlupa, bukan semua orang berhati malaikat. Yang lebih dahsyat dari syaitan pun ada rupanya..

Aku taknak sebut nama dia.

Jantan sindrom tu.

Dialah.

"Sayang? Are you there? Apa bising-bising tadi tu?"

Dalam tangisan, aku masih mampu tersenyum sinis. Pandainya kau berlakon, kan? Macam tak tahu apa-apa. Innocent sangat. Kesian..

"Sayang? Heyy.. you okey tak?" Pintu diketuk.

Aku kesat air mata dengan belakang tapak tangan yang masih basah dengan darah. Habis comot muka aku dengan darah sendiri. Hanyir. Bau darah.

Aku cuba bangun. Aku pasangkan tekad. Aku kena lari dari sini. Aku kena keluar dari gua bertahi ni. Belum sempat aku berdiri tegak, aku terduduk semula. Bawah perut aku semakin sakit. Perit. Ngilu.

"Argh..!" Aku terjerit. Sakit. Tuhan, tolong Reen. Jangan ambil anak Reen.

"Sayang?!"

Cecair likat mengalir turun dari celah pehaku. Membulat biji mata aku. Terkejut. Darah apa ni? Takkan aku period? Sebelah tangan, aku tekan perut. Sakit. Dan semakin banyak cairan merah yang mengalir. Aku menjerit. Takut dan sakit.

Anak aku..

Aku... keguguran ke?

"Allah!!"

"Sayang?!"

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now