💔 Chapter 50

91.7K 3K 177
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑


Hari berganti hari.

Minggu demi minggu.

Aku sepi.

Rayyan betul-betul hilang. Aku tak tahu sama ada dia betul betul dah meninggal, atau dia disorokkan dari aku. Namun hati aku kuat mengatakan, Rayyan masih hidup. Dan mungkin juga, dia sedang bertarung seluruh nyawanya untuk berjumpa aku dan Aryan. Aku kenal Rayyan. Dia takkan berhenti, selagi dia tak dapat apa yang dia nakkan.

Andaikata dia betul-betul sudah dijemput Illahi, kenapa tiada apa-apa berita tentang kematiannya? Dia orang ternama, anak kerabat. Takkanlah kematiannya pun nak dirahsiakan dari rakyat jelata? Itu mustahil. Sangat-sangat mustahil. Lebih-lebih lagi bila warisnya ada bersama aku di sini. Pegawai dan polis-polisnya mesti sudah dikerah supaya mencari aku dan Aryan. Tapi sampai ke detik ini, aku masih ternanti-nanti macam orang bodoh, melangut depan televisyen, tertunggu-tunggu berita semasa tentang keberadaan Rayyan.

Aku rindukan dia.

Sangat rindu.

Si kecil yang tiba-tiba merengek di sebelah, aku tepuk perlahan. Sedikit demi sedikit, akhirnya dia menangis, meraung mencari aku. Mata sepetnya ke sana sini mencari wajah aku. Aku cuma tersenyum. Anak aku, Aryan, masih yang paling comel di mata aku. Sekali pandang, wajahnya memang iras Rayyan. Mata sepetnya betul-betul buat aku hilang arah. Setiap kali bertentang mata dengan Aryan, aku terus teringatkan Rayyan. Setiap saat, setiap detik, hati aku pasti merengek mahukan Rayyan.

Masih Rayyan dalam hati aku. Bukan orang lain.

"Shh.. Kenapa Ayan nangis kuat sangat ni, hmm? Rindu papa, ya? Mama pun rindu papa, sayang. Janganlah nangis kuat sangat. Nanti mama nangis jugak, siapa nak pujuk? Papa tak ada nak pujuk mama..." aku masih menepuk lembut pehanya. Makin menjadi-jadi raungannya. Cepat-cepat aku dukung Aryan, membawa dia rapat ke dada aku.

"Anak mama ni lapar ya? Alaa siannya dia.. Patutlah monyok je muka tembam dia ni.." aku geselkan hidung aku ke pipinya. Gebu sangat! Geram!

Aryan diam, menyonyot tanpa banyak bunyi. Mata sepetnya menatap aku. Tak tahu ekspresi apa yang patut aku tunjukkan, akhirnya aku tersenyum paksa. Dia turut tersengih, sebelum merengek mahu menyonyot lagi. Aku tergelak. Comellah.

Aku kecik-kecik dulu macam ni ke?

Ralit melayan Aryan, aku tak terlupa melihat-lihat televisyen, takut terlepas berita jam lapan malam. Tak ada yang menarik. Rompak, bunuh diri, kecurian, kebakaran. Perkara biasa, yang akan jadi luar biasa bila berlaku pada diri sendiri. Sesekali aku mengintai juga balkoni rumah sebelah. Masih sunyi. Nak keluar menjenguk, Azra tak bagi. Takut aku meroyan lagi katanya. Lepas tu sesat tak jumpa jalan balik.

Ya, aku masih belum pulih sepenuhnya dari sakit meroyan. Tak, aku tak meroyan pun. Cuma kadang-kadang aku hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Aku nak Rayyan. Kenapa semua orang mesti berlaku kejam pada aku? Dulu mummy. Habis satu keluarga besar itu memulaukan aku. Dan sekarang? Kenapa Rayyan?

Nafas aku tarik dalam-dalam. Tenang, Reen. Jangan meroyan macam orang gila lagi. Aku tunduk, melihat si kecil yang masih tekun memerhatikan aku. Dia sengih. Aku turut tersenyum. Sejuk hati aku tengok muka Aryan. Terkuranglah sedikit rindu aku pada Rayyan. Tubuh kecil itu aku dakap erat. Perlahan-lahan aku kucup dahinya.

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now