💔 Chapter 35

68.7K 2.8K 40
                                    

Selepas dua hari menternak tahi mata di wad private, doktor izinkan aku pulang ke rumah. Alangkah bahagianya aku. Lebih-lebih lagi, bila Rayyan kata dia nak ajak aku kahwin.

Kahwin?

Dengan orang gila ni?

Sejujurnya, aku sangat-sangat bahagia dan teruja. Siapa je tak happy bila crush kau ajak kau kahwin, kan?

Crush? Hikss.. aku tersampuk gila Rayyan.

Dan sebahagian kecil dalam hati aku, menidakkan keinginan abadi ini. Bahagiakah aku, bila menjadi isteri Rayyan nanti? 24/7 aku kena hadap muka dia, ayat kasanova dia, tawa dia, tangis dia, baran dia, dan.. penyakit dia.

Ya, aku tahu Rayyan ada penyakit. Yang teruk. Sangat teruk sebab dia selalu sangat pengsan. Kadang-kadang bila dia ketawa terlalu kuat, kepalanya akan pening. Bila dia marah terlalu teruk, wajahnya akan memerah, nafasnya tersangkut-sangkut dan kemudian.. pengsan. Pada mulanya, aku puas hati. Rasakan. Siapa suruh kau marah aku kaw sangat? Tapi lama kelamaan aku jadi sedih pula.

Aku nak tahu, dia sakit apa sebenarnya?

"Sayang?"

Aku tersentak. Wajah kacak bermata sepet itu aku pandang sekilas.

"Dah siap ke? Balik, jom." Beg kecil di hujung katil diambilnya. Bila aku masih duduk diam di atas katil, dia datang menghampiri aku.

"Sayang... Kenapa ni? Okey tak?"

Aku masih diam. Perkataan 'sayang' yang sentiasa ditutur lembut untuk aku, buat aku terfikir, sayang ke dia pada aku? Sayang sangat ke, sayang sikit je?

"You.." aku terdiam pula. Tak mampu nak tanya dia.

"Yes? Anything?" Bahu aku diraih.

"Kalau I tanya, you nak jawab tak?" Aku bermain-main dengan jemarinya. Berdebar.

"Tanya apa?"

"Nak jawab ke tak?" suara aku mendatar.

"Kalau I taknak jawab?" dia mula bermain tarik tali. Malas nak layan. Menyampah.

"I taknak kahwin dengan you."

"Mana aci macam tu.." dia mencebik, tarik muka.

Aku berdiam. Taknak tanya dah. Takkan aku nak kahwin dengan orang yang berpenyakit, kan? Kalau takat migraine tu takpe lagi. Kalau HIV? Aids? Macam mana?

"Okey.. let's see.. Berapa soalan you nak tanya?"

"Depends on how you answer me."

"Maksudnya?"

"Kalau you jawab sepatah-sepatah, banyak la soalan I."

"I see.."

"So, nak jawab tak?"

"Apa yang penting sangat you nak tanya I ni?"

"Sebab tu lah, you kena jawab soalan I."

"Okey. Tiga soalan je."

"Kenapa nak limit-kan pulak? Nampak sangat you banyak rahsia dari I, kan?" Aku mula tak puas hati.

Rayyan terdiam.

"Macam mana you nak I percayakan you, kalau you sendiri tak jujur dengan I? Mestilah I ada banyak nak tanya you. Kita nak kahwin, kan? But I know nothing about my future husband. Jangan salahkan I nanti, kalau lepas kita kahwin, I boleh curang dengan you. Sebab you tak jujur dengan I dari awal lagi. Kalau macam tu I pun boleh buat benda yang sama dekat you, kan? So, answer me. Boleh kan? Kalau you betul-betul nak kahwin dengan I."

Dia tergelak perlahan. "That was four questions. More than what I expected."

Aku berdecit geram. "That's it. You taknak jawab soalan I, kan? Senang je. Tak payah kahwin. I taknak hidup dengan orang yang hipokrit, penipu..." Aku gigit bibir sebelum menyambung, "Macam you."

"I tak pernah tipu you, sayang.."

"Tak pernah tipu I?" Aku tekankan perkataan 'pernah' di situ. Sambil berpeluk tubuh, aku berkata; "You ingat tak, bila I tanya you makan ubat apa. You sakit apa. Ada you jawab soalan I? You tipu I masa tu, kan? You cakap you migraine. I bukan bodoh, Rayyan, senang-senang you nak tipu I macam tu."

"That's not a lie, sweetheart."

"Habis tu, apa?! You nak cakap yang you buat macam tu sebab taknak I risau?! Macam tu?" Aku mula meninggikan suara. Bengang.

"It's not that, too"

"Habis tu?" Aku cuba sabarkan hati. Jangan marah over sangat, Reen. Takut baby kau nanti.

"You salah faham."

"Make me understand, then."

Bila Rayyan tiba-tiba berdiam, aku rasa kepala aku macam nak meletup! Apa susah sangat dia nak jawab soalan aku?!

Aku tarik nafas dalam-dalam. Sabar.. In fact, aku tak perlu tahu pun penyakit dia. Kenapa aku sibuk sangat nak tahu? Sebab aku nak dia sembuh, and dia boleh hidup dengan aku sampai bila-bila? Tak payahlah. Ramai lagi lelaki yang terhegeh-hegeh nakkan aku. Yang lebih baik dari Rayyan pun, bersepah. Contohnya, Harith Amsyar.

Wtf?! Kenapa aku masih ingat manusia haprak tu?

"Okey. With that kind of reaction,.. I guess.. You bukannya serius pun nak kahwin dengan I. Baguslah. Sebab I pun taknak anak I dapat papa macam you. You better off this way." Aku bangun, mengambil beg tadi, dan menghala ke pintu wad. Aku nak keluar, dari bilik ni, dan dari hidup Rayyan. Sampai bila-bila.

Aku tak sayang dia.

Aku tak cintakan dia.

Aku tak perlu peduli pasal dia.

Aku tak kisah pun dia sakit apa.

Dia bukan siapa-siapa.

Dia tak penting.

Dan aku langsung tak sayang dia.

Sikit pun tak.

"Sayang..." Rayyan menyeru. Entah kenapa, langkah aku terasa berat. Kelopak mata aku berbahang. Cepat-cepat aku kelipkan mata beberapa kali, cuba menghilangkan cecair hangat yang tiba-tiba bertakung di tubir mata. Langkah yang sepatutnya pantas dan bertenaga, jadi lemah dan sedikit terhuyung-hayang.

"I'm so sorry.." Rayyan masih bersuara dari kedudukannya tadi. Sedikit pun dia tak berganjak untuk memujuk aku.

Untuk apa dia pujuk aku? Tak payah!

'No, Rayyan. You aren't sorry.' Tak mampu bersuara, aku ucapkan dalam hati saja. Biar dia tahu sisa-sisa benci dalam hati aku masih mampu menjadi racun dalam hubungan ini. Langkah aku terus maju ke hadapan. Aku yakin. Aku kena keluar.

"Sayang, Dengar dulu.."

Aku takkan berpatah balik. Aku taknak kena tipu seumur hidup. Biarlah dia nak kata aku ego atau apa, yang pasti, aku ada marah untuk dipertahankan.

"Sweetheart, please.."

Semakin banyak air yang terpaksa aku tampung di tubir mata. Bila-bila saja boleh tumpah.

"Okey, I jawab semua soalan you. I takkan tipu. Please.." Rayyan masih cuba meraih simpati aku.

Akhirnya, perjalanan yang terasa begitu lama berakhir. Pintu bilik wad ini betul-betul berada dihadapan aku. Tombolnya aku pulas. Baru setapak kaki aku menapak keluar, kata-kata Rayyan buat aku terhenti.

"I ada kanser."

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now