💔 Chapter 28

73.3K 3.7K 60
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑


"Oder la chopsticks kau tu." Aku masih mahu menyakat Azra, bila kami tiba di restoran. Adalah lebih setengah jam juga Rayyan drive. Entah ke mana dia melencong. Semata-mata nak isi minyak katanya. Macamlah tak ada langsung tempat pam minyak sepanjang jalan tadi. Huh.. alasan. Aku ni dah la kebulur. Boleh pulak melencong sana sini. Tak guna.

"Taknak la. Aku dah tak selera nak makan chopsticks tengok muka kau. Baik aku makan chicken chop! Tak pun aku chop je kepala kau ni, panggang! Buat kari kepala manusia!"

Aku tergelak lagi. "Kari? Weh, sejak bila kau minat makan mamak mamak ni weh?! Hahaha.. Bukan kau suka western ke?!"

"Eh kau ni. Lebih-lebih pulak. Aku tak main la makan benda-benda macam tu.. Eii.. aku gurau pon kau ambik serious lah!" Tak pasal-pasal Azra menampar bahu aku. Perghh.. rasa macam fish and chips! Lazat!

"Weii tak payah la pukul-pukul.." Rayyan dah 'sound' Azra. Terus terhenti gelak aku.

"Eh, kau pukul dia lagi sakit tau?! Ni aku 'babab-babab' manja je ni.." Azra tersengih ke arah aku, gatal. Wait, apa dia? Babap? Eii geli..

"Banyak bunyi pulak kau! Makan bayar sendiri, nak?" Rayyan duduk silang kaki dihadapan aku.

"Kau pikir aku hadap sangat ke duit kau? Harap duit je kepuk-kepuk. Tapi otak takde!"

"Okey, fine! Kau bayar sendiri semua yang kau nak makan!"

Aku berdecit. Pantang nampak muka la dua ekor kutu ni. Asyik nak bergaduh je. Stress aku.

"Janganlah gaduh-gaduh.. Baby stress.." aku buat muka sedih, tertunduk mengusap perut aku. Azra memeluk bahu aku, dan aku sandarkan kepala aku ke bahunya. Sedih. Dan aku sangat sangat perlukan someone to lean on sekarang ni.

"Oder?" Seorang pelayan lelaki yang baru muncul meletakkan dua buku menu di atas meja. Aku mendongak memandang lelaki itu. Dan tiba-tiba, wink wink.

Apakah? Dia kenyit mata kat aku ke tadi? Janganlah Rayyan nampak..

"Fresh orange." Rayyan memesan. Fuh.. Selamat..

"Sirap laici." Azra pula.

Dan aku? Apa? Apa aku nak minum?

"Beb--"

"Sayang?"

Azra menjulingkan biji mata, bila Rayyan memotong kata-katanya. Aku ketap bibir. Tak ada apa-apa yang menyelerakan. Tapi aku lapar!

"Apple juice boleh, sayang?"

Mana dia tahu aku suka jus? Erk.. Kebetulan je kot?

"Makan?" Si pelayan bersuara. Maksudnya, jus epal tadi dah diterima ke? Oh no! Aku taknak minum kalau Rayyan yang oder!

"Mi bandung, ada?"

"Ada, encik."

"Sayang? Nak makan apa?"

"Chicken chop!" Azra yang menyahut. Tergelak aku. Yang Rayyan panggil 'sayang' tadi tu, bukan aku kan? Yesszaaa!!

"Aku bukan tanya kau lah!" Meja dihentak. Terhinjut bahu aku. Terkejut seh..

"Nasty jerk." Komen Azra. Dan aku berhigh-five dengannya di bawah meja.

"Kau nak makan apa, beb? Bukan kau lapar sangat ke?!" Pinggang aku dicubit. Auch! Tak sakitlah!

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now