💔 Chapter 20

85.8K 3.2K 62
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑


Reen tak tunggu lama. Kesempatan itu diambilnya untuk kembali ke rumahnya. Lari.

Ya, memang rumah dia cuma bersebelahan rumah Rayyan. Dan Rayyan boleh menyerbu dia bila-bila masa sahaja. Tapi, itu belakang kira. Sekurang-kurangnya, dia selamat di rumahnya sendiri.

Dia tak perlu melayan nafsu binatang lelaki itu yang mahu bersamanya tiap-tiap malam. Kalau kehendaknya tak dituruti, 'makan' tanganlah Reen jawabnya.

Reen terus berlari ke muka pintu. Tombol pintu dipulas dan ditariknya laju-laju. Baru setapak kakinya melangkah keluar, Reen memandang ke belakang. Rayyan masih tertiarap di atas lantai. Entah kenapa, rasa serba-salah tiba-tiba menghantuinya.

Betul ke, aku nak tinggalkan dia?

Bukan ke aku sayangkan dia?

Tapi nanti dia pukul aku lagi.

Takkanlah aku nak biar dia macam tu?

At least, aku kena tolong dia.

Jangan patah balik Reen.

Nanti kau menyesal.

Reen tarik nafas dalam-dalam. Penat berlawan dengan kata hatinya sendiri. Ya, aku takkan berpatah balik. Ini pilihan aku. Masa depan aku.

Dan Reen terus melangkah pergi.


☆☆☆

"Mummy!" Reen berlari ke dalam dakapan mummy kesayangannya. Rindu. Bercampur dengan rasa sedih sepanjang melalui kehidupannya dengan Rayyan. Padahal dia cuma tinggal dengan Rayyan dua minggu sahaja.

Dua minggu! Lama tu!

"Reen pergi mana, nak? Puas mummy cari Reen." Datin Faiza menitiskan air mata.

"Reen.. Reen takut, mummy.."

"Kenapa lebam-lebam ni, nak? Ada orang pukul Reen? Reen kena culik, ya sayang?" Bertubi-tubi soalan darinya Datin Faiza. Risaukan anak daranya yang seorang ini.

Tapi pakaiannya nampak elok saja. Tak ada pulak koyak rabak atau comot ke apa. Takkan kena culik? Elok je?

"Panjang ceritanya, mummy.."

Sebulan kemudian..


Reen meluru ke bilik air. Memuntahkan segala isi perutnya. Tetapi hanya air liur sahaja yang keluar. Tekaknya terasa perit. Pedih.

"Pergi kliniklah, Reen. Dah berapa hari ni, asyik muntah-muntah je.." Mummy mengusap belakang badan Reen apabila Reen melangkah keluar dari bilik air.

"Taknaklah mummy.. Masuk angin je, kot.. Tak ada apalah.." Reen duduk di meja makan. Letih. Pagi ini sahaja, dah tiga kali Reen muntah. Sakit tekak dibuatnya.

"Reen.. Mummy nak tanya.." nada suara Datin Faiza kedengaran lain macam. Tiba-tiba berubah serius.

"Kenapa ni, mummy?" Reen telan liur. Berdebar. Tak pernah-pernah mummy nak tanya kena bagitahu dulu.

"Reen... Mengandung ke?" Soalan direct.

Terbeliak biji mata Reen. Terkejut. Macam mana Mummy boleh fikir sejauh tu?!

"Apa ni, mummy.. takkanlah Reen muntah je terus mengandung, kan? Macamlah Reen tak pernah muntah sebelum ni.." Reen buat selamba. Memang dia pernah terfikir tentang hal ini. Sudah beberapa hari dia muntah-muntah teruk. Mungkin sebab.. Rayyan.

"Yes.. Mummy tahu. Tapi dah lebih seminggu Reen muntah-muntah macam ni. Hati mummy ni rasa semacam je. Mummy dapat rasa Reen buat benda tak elok, nak.. Bila Mummy tanya Reen pergi mana masa dua minggu tu, Reen tak jawab. Mestilah mummy fikir yang bukan-bukan.." Datin Faiza mengurut dada. Buntu memikirkan anaknya ini. Dah la Reen satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

Reen telan liur. Takut. Takkanlah dia mengandung. No way! Aku taknak mengandung anak lelaki tak guna tu! Taknak!

"Mummy.. jangan buat Reen takut.." serta-merta air mata Reen menitis. Jantungnya berdegup laju. Kelopak matanya rasa berbahang.

"Jadi betullah, Reen pernah.." Datin Faiza tak dapat menyambung kata-katanya. Tangannya naik menekup mulut. Anak yang disangkanya masih dara selama ini, rupa-rupanya telah menghancurkan hatinya. Menipunya dalam diam.

"Sampai hati Reen buat mummy macam ni. Apa salah mummy didik Reen selama ni? Kenapa Reen sanggup buat macam ni, nak? Dah tak ada agama ke? Sepanjang mummy tinggal sini dengan Reen, mummy tak pernah nampak Reen solat. Jadi betullah rasa hati mummy selama ni. Reen memang betul-betul dah jauh dari Allah. Reen betul-betul dah kecewakan mummy!"

"Mummy, it's not my fault! I was raped!" Reen menjerit marah. Sakit hati bila mummy menuduhnya sebegitu rupa.

Segala sakit perit yang ditanggungnya sepanjang dia bersama dengan Rayyan, masih terasa sehingga ke hari ini. Dan sekarang mummy ingin menambah luka dihatinya.

Tuhan, dugaan apa ini?

"Sudah! Mummy tak nak dengar apa-apa lagi. Pandai-pandailah Reen nak besarkan budak tu. Dah jadi penzina, jangan jadi pembunuh pulak!" Datin Faiza terus bangun, hendak mengemas pakaiannya. Dia tak sanggup tinggal dia rumah yang penuh dosa ini.

"Mummy! Reen tak mengandung, mummy!! How could you said those thing to me.." Reen merintih, memeluk kaki mummynya yang ingin melangkah pergi.

Datin Faiza tanpa belas kasihan, terus menendang Reen. Reen tergolek jatuh. Tetapi masih merayu.

"Mummy don't leave me, mummy.. I'm scared.." Reen menangis semahu-mahunya.

Dia terus meratap disitu. Biarkan waktu terus berlalu. Tuhan, aku tak nak anak ni..

Aku.. tak mengandung.

Mummy.. Reen tak mengandung..

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now