💔 Chapter 29

71.8K 3K 38
                                    

Love,
I'll always be your king.

👑


Sampai saja di kondo, aku terus meluru ke katil. Letih. Dan kenyang. Puas hati aku. Hari ini Rayyan menghabiskan lebih seratus ringgit untuk dinner kami. Eksyen je tak nak bayar apa yang Azra makan. Last last dia jugak yang bayar total. Sajalah tu. Mintak penampar betul. Heh.

Sambil bergolek-golek di atas katil, aku teringatkan pakaian yang aku pakai. Seluar jeans dan sweatshirt longgar yang Rayyan beli. Entah betul dia beli or ex-girlfriend dia yang punya.. Mengenangkan yang aku tak selera nak ada apa-apa kena mengena dengan dia, cepat-cepat aku bangun, menuju ke dresser. T-shirt lengan pendek paras peha dengan kartun power puff girl dihadapannya, aku capai. Underwear pun aku ambil sekali. Tak rela aku pakai underwear yang Rayyan beli. Geli. Jijik. Sudahlah memang betul-betul saiz aku. Kali ini, Rayyan tak gila.

Rayyan sindrom.

Aku kembali ke katil. Satu per satu pakaian aku lurutkan dari tubuh sebelum aku sarungkan pakaian aku sendiri. Selesai, pakaian yang Rayyan berikan tadi, aku campak ke bawah katil. Benci.

"Wow.."

Aku terkaku. A.. apakah?

"Lama tak tengok body you.. Suddenly, I realized how much I missed you."

Lambat-lambat, aku pusingkan tubuhku 180 darjah. Berdebar. Wajah bersih Rayyan aku pandang sekilas.

"You missed me? Really? How much?" sedaya-upaya aku cuba sorokkan muka terkejut aku. Layan la dia, Reen. Kalau kau jual mahal, kau jugak yang kena..

"Banyak bintang... Banyak buih.." dia tersenyum manis. Erk.. Manis? Oppss.. Mula balik.. Dia tersenyum gatal sambil mengenyit mata. Fikir handsome? Menyampah.


"Don't you.. missed my body too, sayang?" dia melangkah ke arah aku, selepas mengunci pintu dibelakangnya. Aku telan liur. Ke.. kenapa kena kunci pintu? Dia nak rogol aku lagi ke..? Oh my gosh! I'm dead!

"Bintang? Buih? Huh.." aku sengih mengejek. Bintang bukannya selalu ada di langit sana. Kadang malam itu gelap, tanpa sebutir bintang. Bulan pun tak selalu ada. Dan malam terus gelita tanpa cahaya. Buih pun, bukannya boleh bertahan lama. Terusik sikit, meletus. Hilang.

Serapuh itu, cinta dia untuk aku?

Rayyan sindrom.

Benci.

"I tanya ni.. You rindu I tak?" Sekarang, dia betul-betul berada dihadapan aku. Wajah aku hanya beberapa inci dari dadanya. Aku telan liur. Haruman dari tubuhnya buat aku tak keruan. Haruman? Hell no! Rayyan busuk! Ergh.. Aku pun... sindrom jugak ke?

"Tak.." aku gigit bibir. Aku.. tipu ke tu? Ke.. aku memang rindu?

"I tanya lagi sekali.. You rindu I tak?" Suaranya dikeraskan. Dia mara setapak. Membulat besar biji mata aku. Tak tunggu lama, aku terus berundur dua tiga tapak.


Tak.."

"Sikit pun tak?" Dia mendekat.

Aku gigit bawah bibir. Seram! And please.. Tolonglah jangan ada dinding belakang aku. Klise sangat weh!

"Tell me.. how much you missed me?" Dia masih tersenyum, mendekat lagi.

"Jangan.. jangan pukul I.." air mata aku dah bertakung.

"I won't, sayang.. Just tell me the truth.. How much?" Tangannya naik membelai rambutku. Aku terus terkaku disitu bila dia menyentuh aku. Tak lagi berundur menjauhi dia.

"Jangan.. buat I sakit.." setitis air mata aku jatuh. Aku betul-betul takut. Nak bergerak seinci pun aku rasa tak selamat. Azra! Mana dia?! Kenapa dia bagi Rayyan masuk bilik aku?!

"Susah sangat ke, nak jawab soalan I? Hmm?" Sebelah lagi tangannya meraih pinggang aku. Aku ketap gigi. Relax, Reen. Jangan gelabah.

"I.. I rin.. rindu you.." tergagap-gagap aku mengaku. Mengaku? Wait, aku memang rindu dia ke? Rasa macam tak.

"I pun rindu you, sayang.. Rindu sangat sangat.. Sampai I rasa macam nak mati dah.." dia masih mengusap rambut aku. Pelukan dieratkan. Tuhan, tolong aku. Aku taknak dia sentuh aku. Aku takut..

"Jom make out." Dia mengenyit mata, menarik aku ke arah katil. Kelam-kabut aku menolak dadanya sekuat tenaga aku. Make out? Aku pregnant-lah, gila! Macam mana kalau anak aku mati? Sampai neraka pun aku takkan maafkan dia!

"Why?" Suaranya lirih. Nampak jelas kelukaan di matanya. Dan entah kenapa, aku jadi sedih pula. Kenapa aku tolak dia macam tu tadi? Jahat sangat ke Rayyan, sampai macam tu sekali aku benci dia?

"I taknak.." dan air mata aku mengalir.

"Shh.. shh.. stop crying, love. You're hurting me.." lembut Rayyan memujuk. Aku ingatkan air mata aku tak memberi kesan pada dia. Aku masih ingat, ketika aku merayu dan menangis teruk di kakinya dulu, dia terus menendang aku sampai aku terhumban ke bucu kabinet. Sikit pun dia tak peduli dengan air mata aku. Sakit? Tipulah kalau tak.

Dan sekarang, dia memujuk aku, tak nak aku menangis? Dia tak tahu ke, selama ni, manusia yang sentiasa buat aku menangis adalah dia? Dia. Ya dia. Rayyan Iman. Raja Muhammad Rizky Ar-Rayyan. Orang yang sama. Orang yang... aku benci sampai bila-bila.

"I taknak.. please..." Aku mula teresak. Hujung T-shirt putihnya aku genggam erat.

"Okey.. okey.. Jangan nangis, sayang.. Nanti baby sedih." Rayyan mengusap lembut pipi aku. Menyapu habis air mata aku agar tidak mengalir lagi. Tapi, apakan daya? Aku masih takut. Selagi dia ada dekat dengan aku. Lebih-lebih lagi selepas seluruh tubuh aku jadi tontonannya beberapa minit lalu.

"I nak tidur.." aku terus meluru ke katil. Berselubung. Jantung aku masih berdegup laju. Perlahan-lahan, aku usap dada aku. Tenang, Reen. Dia sayang kau. Dia takkan sakitkan kau.

Tiba-tiba, aku terasa tilam seperti berombak. Dan.. seseorang berbaring di sisi aku. Jangan cakap tu Rayyan. Please..

"Good night, my love.. Sleep tight."

Mata aku membulat besar. Itu memang Rayyan! Kenapa dia tidur sebelah aku?! Keluarlah, syaitannnn!! Jangan kacau aku!

"I janji, I takkan buat you nangis lagi.. I takkan pukul you, tendang-tendang you.. I takkan buat you sakit lagi sebab I.. I janji, sayang.. Just... put your trust in me. Hold my hand. And calm me down. And love me, for the rest of your life.." bisikan lembut itu menerjah terus ke lubuk hati aku.

Janji? Manusia macam dia, tahu ke janji tu apa? Tapi.. macam mana kalau aku kasi dia peluang? Mungkin selama ni aku terlalu menolak dia. Aku tunjukkan yang aku memang bencikan dia. Sebab tu, dia marah aku, kan? Macam mana kalau.. aku cuba tunjukkan yang aku hargai dia.? Mungkin lepas tu, dia takkan sakiti aku lagi.

Ya, aku kena bagi dia peluang.

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now