Bab 1🥀

57.7K 1.7K 37
                                    

Sebulan sebelum

"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?..". Humaira menangis teresak-esak. Jemarinya dilarikan di seluruh tanah merah basah itu. Kemudian, dia mendakap pula kubur tersebut.

Puan Siti yang melihat anak sulungnya meratap diatas pemergian suaminya turut berasa sayu. Air mata tuanya dah kering sedari tadi. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap belakang badan satu-satunya anak perempuannya.

"Kakak...", panggilnya meleret. Humaira yang merasa sentuhan hangat tersebut terus memeluk ibunya yang berada disebelah kanannya. Dia membenamkan mukanya di dada ibunya sambil meneruskan esakannya. Dia tak kuat, abahnya terlalu memanjakan dia. Maklumla anak perempuan. Sulung pulak tu.

"Kak, sudah-sudahla menangis tu, nanti abah tak tenang disana". Adiknya Mohammad Aqif Hanafi bin Mohd Izham turut memeluk kakaknya dari belakang.

Dia pun sedih, tak sangka yang abah mereka selama ini yang menjadi pelindung serta ketua keluarga mereka di jemput ilahi pada usianya yang semuda ini. Baru 15 tahun merasa kasih si abah, tak puas lagi.

"Betoi tu kak, nanti abah tak tenang tengok puteri dia asyik menangis ja, buruknya muka diaa". Puan Siti bergurau, mukanya cuba diceriakan dengan secalit senyuman yang jelas kelihatan palsu. Kedua tapak tangannya dilekapkan ke pipi anak gadisnya, matanya tepat memandang muka kusut tersebut. Perlahan-lahan jarinya menyeka titisan mutiara yang telah menjejaskan kecantikan anaknya. Shawl hitam anaknya yang senget dibetulkan sedikit.

"Maira janganla nangis-nangis lagi ya? Kalau akak nangis,ibu pon akan ikut menangis, akak tak kesian dekat ibu ka?" Pujuk Puan Siti dengan suara seraknya.

Dengar saja ayat ibunya, Terus Humaira menggeleng, kesan air mata yang kering dimukanya disapu kuat. Dia sayangkan ibunya separuh mati, mana mungkin dia nak biarkan ibunya menangis. Hatinya cuba ditenangkan. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman kelat kepada nadi hidupnya, ibu...

"Jomla balik ibu, akak, hari dah nak hujan ni, esok kita melawat lain ok?celah Aqif. Sekarang ini dia lah yang akan menjadi ketua keluarga kecil ini. Dia berjanji bahawa dia akan menjaga ibu dan kakaknya sehabis baik selagi kudratnya ada.

*****

Pada masa yang sama, ditempat lain.

BUM!

Darren Arfan melangkah masuk ke dalam kontena kosong. Tangannya digempal menjadi penumbuk. Urat-urat hijau jelas kelihatan di wajahnya serta penumbuknya.

Matanya tajam meliar ke seluruh kontena besar yang bersepah dengan serpihan kayu itu.

Ekor matanya cekap mengesan satu kertas putih di satu sudut kontena.

Kakinya melangkah lagi sebelum Arfan duduk mencangkung di hadapan kertas tersebut. Tangan pantas mengambil dan membuka gumpalan kertas itu. Matanya tajam menembusi kertas itu.

*BENT WAS HERE*

"Shit!" Carutan geram keluar dari mulut Arfan.

"Kimi!" Panggilnya kuat.

"Yes?" Jawab Kimi sepatah sambil kening kanannya terangkat sebelah.

"Kau cari location markas Dragon. Now!"

"Settle bro!" Kimi menjawab tenang. Alah, kacang panjang je ni. Celah kuku kaki. Hahahahah.

"Siapa bro kau?" Arfan memandang tajam Kimi yang tersenyum-senyum macam kerang busuk. Kemudian dia melangkah keluar dari kontena tersebut.

Kimi yang melihat Arfan berjalan melepasinya hanya mencebik. 'Poyo betul Arfan ni. Serius memanjang.' Desis hati kecilnya. Takkan nak sembur depan muka Arfan kot? Gali kubur sendiri ke dik?

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now