Bab 28🥀

31.1K 1.1K 35
                                    


"Pasal orang yang bunuh mama kamu...?"  Tuan Darwish terlebih dahulu menyoal.

"Ya. Papa...dah cukup lama Papa rahsia hal ni. Bukannya kami semua cukup bodoh untuk tahu yang Papa ada terlibat sama. Arfan nampak Papa pada malam kejadian. Papa bercakap dengan lelaki yang membunuh Mama. Kenapa?!" Arfan bersuara lancang. Dia tak dapat tahan lagi semua ni.

"Fan... Papa minta maaf. Papa tak nak libatkan Arfan dengan orang macam dia, jadi Papa rahsia hal ni. Tapi, dia dah cukup melampau bila buat menantu Papa macam tu."

"Apa? Apa yang Papa cakap ni? Orang yang cuba culik Humaira ialah Bent. Apa kaitan Bent dengan pembunuh tu? Papa?"

"Lambat laun Arfan akan tahu jugak nanti. Tapi buat masa sekarang Papa akan bagitahu hal yang sebenarnya pasal pembunuh Mama kamu. Papa rasa kamu dah cukup tabah dan matang untuk berdepan dengan dia. Papa harap kamu jaga diri kamu..." Tuan Darwish menghirup nafas dalam sebelum kembali bercerita tentang masa silamnya.

"Dulu, masa Papa lepasan SPM, atuk dan nenek kamu hantar Papa belajar di Itali. Masa tu memang Papa terpinggir sangat sebab Papa langsung tak tahu bahasa yang mereka gunakan sampai lah Papa berjumpa dengan seseorang. Nama dia William, kawan baik Papa. Kami berkawan lebih dari tiga tahun. Dia yang selalu faham Papa sebab dia boleh bertutur english."

"Satu hari, Papa berlanggar dengan seorang junior Papa masa di universiti tu. Pada saat tu Papa rasa Papa dah jatuh suka dengan dia tapi malang dia tu perempuan dari Itali. Berlainan agama dan budaya. Memang Papa tak rasa yang kami akan bercinta setelah beberapa bulan keluar."

"Dan William pula datang bagitahu Papa yang dia ada sukakan seorang perempuan dari zaman dia kecil-kecil dulu. Tapi masalahnya, perempuan tu cuma anggap dia sebagai abang. Dia minta pendapat Papa. Dan Papa cuba tolong. Dan sampai satu hari tu, William datang pada Papa dan marah-marah. Dia maki-maki Papa. Papa terkejut jugak lah sebab dia selalu je baik hati. Bila Papa tahu punca dia marah-marah tu, Papa memang tak boleh nak buat apa. Perempuan yang Papa suka ialah perempuan yang sama dengan yang William suka. Papa tak tahu, apa yang Papa nak buat? Papa dah terlanjur sayang. Perempuan tu dah siap berjanji untuk masuk islam kalau Papa nak berkahwin dengan dia."

"Maksud Papa, yang perempuan tu ialah Mama?"

"Ye. Dulu Mama kamu tu Atheis. Di Itali, ramai yang tak beragama. Jadi, keluarga Mama kamu pun tak kisah sangat kalau Mama kamu nak anut apa-apa agama sekali pun. Dan selepas William dapat tahu tu, hubungan kami sebagai kawan baik mula jadi renggang. William yang Papa kenal sebagai lelaki yang baik dan sopan dah bertukar 180°. Memang dia Kristian, tapi dia tak pernah minum arak depan Papa dan buat benda tak senonoh. Tapi bila dia dapat tahu tu, dia mula berubah..."

"Papa dah tak kenal siapa William tu. Makin lama, William makin teruk. Dia berhenti dari U. Dia mula uruskan business keluarga dia. Dan yang paling Papa tak dapat terima yang keluarga dia tu sebenarnya mafia. Mama kamu bagitahu Papa yang dia takut sangat dengan William masa tu sebab dia asyik kena kejar dengan orang-orang William. Jadi kami ambil keputusan untuk kahwin dan pulang ke Malaysia. Lama kami bersembunyi sehinggalah Papa betul-betul fikir yang William tak dapat cari kami dah. Selepas kamu berusia 12 tahun, surat misteri tu mula datang. Itu maknanya William dah jumpa Papa dengan Mama. Tapi kami dah serik untuk bersembunyi. Sehinggalah kejadian penculikan tu dan Mama kamu dibunuh. Dia kata kalau dia tak dapat Mama, jadi takda siapa yang boleh."

"Tapi kenapa Papa nak rahsiakan hal ni? Dia dah bunuh Mama dan Arfan nampak Papa bercakap dengan dia malam tu. Kenapa Papa khianati Mama?!"

"Dia tu gila Arfan! Papa pun hampir dibunuh tapi dia lepaskan Papa hidup sebab dia nak Papa lihat sendiri hari kehancuran keturunan Papa dan Mama kamu! Kenapa kamu nak cari dia sedangkan dia sangat dekat dengan kamu? Dia memang pakar dalam dunia gelap ni. Setakat kamu yang baru berjinak-jinak ni, Papa risau sangat Fan. Lupakan je lah Fan. Masalah ni takkan berakhir sehingga salah seorang terkorban. Ini pusingan kalah mati. Dibunuh atau membunuh!"

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now