Bab 17🥀

34.5K 1.3K 21
                                    

Terdengar azan subuh di pagi yang hening itu. Baru rasa macam duduk dekat dengan orang sebab selama ni dekat rumah Arfan kan terpencil, mana nak dengar azan ni. Semuanya set di telefon saja.

Mata Humaira dibuka sedikit. Dikelipkan matanya beberapa kali lalu tangannya menutup mulutnya yang menguap.

Dalam keadaan gelap itu, Humaira cuba untuk bangun namun tersekat. Eh? Terasa seperti ada orang yang memeluknya. Dia membuka selimut tebal yang membaluti tubuhnya. Dia agak terkejut melihat Arfan yang memegang pinggangnya yang berlapik baju itu. Seketika kemudian, kejadian semalam diulang tayang dalam ingatannya. Owhh, baru dia teringat. Arfan mimpi buruk semalam. (Jangan pikir bukan-bukan ya readers) 😂

Tangan sasa Arfan di alihkan ke tepi supaya dia dapat bangun. Dia duduk bersila diatas katil empuk itu.

Seketika kemudian, tubuh Arfan disebelah bergerak sedikit. Dah bangun agaknya. Lantas tangan Humaira memegang bahu Arfan dan menggoncangnya lembut.

"Awak..awakk bangun. Dah subuh ni."

Hanya "hmmm" yang dibalas Arfan. Haihh.

"Saya pergi mandi dululah." Humaira bingkas turun dari katil itu lalu masuk ke bilik air pula. Tak lupa juga dia membawa masuk kain bajunya ke dalam bilik air. Tuala tak perlu kerana sudah tersedia didalam. Dia nak mandi wajib ni. Mesti lama sikit. Biar Arfan tidur dulu.

Tepat jam 6 pagi Humaira keluar dari bilik air lengkap berpakaian. Aih, bilik masih gelap. Arfan tak nak bangun ke?

"Arfan! Dah subuh ni. Bangun!" Humaira memanjat katil lalu menepuk-nepuk selimut yang membaluti tubuh Arfan. Sedapnyaa tidurrrrr.

"Apa kau ni. Bisinglah." Arfan menekup mukanya dengan bantal tidurnya.

"Awak... dah subuh kan. Jom lah solat." Humaira masih setia menanti suaminya.

"Aku tak solatlah." Arfan terus menutup selimut tebal itu ke mukanya.

Terpempan Humaira dengan kenyataan Arfan. Like seriously? Apasal dia tak perasan pun selama ni?

"Sejak bila?" Humaira masih mengawal suaranya. Mesti suaminya ada sebab tersendiri, kan?

Langsung tiada bunyi yang dikeluarkan Arfan. Humaira dah tak tahan, terus diselak selimut tebal itu daripada tubuh Arfan. Arfan pula yang terkejut. Kini, dia betul-betul naik angin dengan orang yang berani mengganggu lenanya.

Muka Humaira yang berada agak jauh darinya dipandang lama. Muka nampak sangat menahan amarah. Humaira pula menelan liur. Dia dah kejutkan bapak naga ke apa?

Badannya statik di hujung kaki katil apabila Arfan bangun. Tau takut. Arfan hanya berlalu dengan muka dingin. Tapi dia nak ajak solat je pun. Tak boleh jadi ni.

"Jomlah solat sekali. Belajar solat balik eh?" Humaira masih berkata dalam kadar yang lembut. Berharap yang Arfan tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Lantas kaki Arfan berhenti bergerak. Solat? Sejak ibunya mati lebih 7 tahun yang lalu, sejadah langsung tak disentuhnya. Apatah lagi nak bersujud.

Keadaan sunyi itu menggerunkan Humaira, tapi dia perlu juga menasihati Arfan ke arah yang lebih baik. Arfan dah cukup baik bila dia tak menyentuh perempuan sesuka hati. Itulah salah satu sebab mengapa Humaira boleh terima Arfan dalam hidupnya. Tapi kan lagi baik kalau dia bersujud?

"Awak, jomlah kita so..." Baru Humaira nak menghabiskan ayatnya namun Arfan datang mencengkam bahunya. Urgh!

"Aku dah cakap yang aku tak solat. Kalau kau nak solat, solat je lah. Bisinglah!" Seusai berkata, Arfan terus melepaskan cengkamannya dan keluar dari bilik itu. Dia menuju ke bilik Daniel. Adiknya juga mesti tak solat. Bolehlah sambung tidur.

TUAN KING✔️ [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang