Bab 4🥀

45.8K 2.3K 151
                                    

Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Letihnya walaupun nak buka kelopak mata.

Sinaran mentari yang menerobos masuk ke dalam anak mata menyakitkan matanya.

Selepas beberapa kali matanya dikelipkan, matanya kini terbuka agak luas. Mungkin dah dapat sesuaikan matanya dengan cahaya cerah tadi.

Matanya melilau ke segenap inci bilik itu.

Dinding yang berwarna kuning cair serta sedikit calitan biru diraja menampakkan kemewahan bilik itu.

Luas

Cantik

Mewah

Kemudian matanya terhenti pada jam dinding bulat yang tergantung betul-betul diatas dinding di hadapan katilnya.

*8.10 AM*

"Aku dekat mana nih?" Soalan cliche' keluar dari mulut Humaira. Soalan yang acap kali ditanya oleh pesakit yang terjaga dihospital selepas sedarkan diri.

"Ergh!" Decitan sakit pula berganti apabila tangan serta kakinya cuba digerakkan. Tangan kanannya yang tidak berbalut di angkat ke kepala. Rasa berdenyut ja kepala ni.

"Ah, aku kena langgar kereta. Lupa pulak. Huh..." keluhan berat keluar dari mulutnya.

Semalam bila dia tersedar dari koma, terus dia terkejut beruk sebab ada ramai orang yang tidak dikenalinya. Jadi dia cuba berkasar. Maklumlah otak tengah bercelaru masa tu. Sebab tu lah dia kena suntik dengan ubat tidur.

"Aku kena cari Aqif. Kesian dia dekat luar sana." Humaira sekali lagi cuba bangun dari perbaringan walaupun terasa amat perit.

Wayar-wayar yang berselirat di segenap tubuh serta tangannya di tarik lalu dicampak ke tepi.

Kaki kirinya yang tidak berbalut di lunjurkan ke tepi katil. Perlahan-lahan jari kakinya menyentuh lantai dingin itu. Uh sejuk dik dik!

Selepas itu, kaki kanannya yang berbalut pula di jatuhkan. Nasib baik terseliuh ja. Kalau patah, jangan harap nak larikan diri dari hospital ni.

Badannya cuba distabilkan. Sebelah tangannya mengemaskan rambut panjangnya yang separas punggung itu. Waktu-waktu darurat macam ni, auratnya tak mampu nak dilindungi. Semoga Allah tidak menjatuhkan dosa keatas dirinya yang malang ini. Bukan niatnya nak dedahkan aurat.

Kemudian tangannya menggenggam besi tepi katil. Kakinya mula bergerak sedikit demi sedikit. Humaira menuju ke tingkap slide yang berada didalam bilik itu.

"Fuh, tingkat berapa ni? Tinggi nak mampoih! Kalau aku lari ikut sini, memang aku boleh 'jumpak' dengan ibu abah terus." Kemudian dia bergerak pula ke muka pintu.

"Mintak-mintak sangat takdak orang yang jaga." Humaira berdoa perlahan. Tangannya sudah memulas tombol pintu tersebut.

*****

Sementara di luar pintu.

Klak!

"Eh, perempuan ni nak keluar lah. Jom-jom menyorok."

"Jom." Kedua anak buah Arfan yang ditugaskan menjaga wad Humaira bergegas lari ke kanan pintu lalu menunduk. Diorang gelak sambil menekup mulut. Ei, macam budak-budak la diorang ni.

"Yes, takdak orang!" Humaira tersengih riang tanpa melihat ke kanan. Dia hanya melihat ke kiri dan hadapan.

Buat apa tengok sebelah kanan. Dah terang lagi bersuluh ada dinding batu ja di situ. Sebelah kiri pulak ada laluan sementara sebelah depan hanya ada seorang lelaki yang sedang berurusan di kaunter pertanyaan.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now