Bab 22🥀

35.2K 1.3K 70
                                    

DUSH!

Tak sempat mat salleh itu menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki datang menumbuknnya.

"Arfan!" Humaira terpana. How? Bila dia datang?

"What's wrong with you bro?" Mat salleh itu bangun dan mengesat bibirnya yang berdarah.

"She's mine! No one touch what's mine." Ujar Arfan sambil menarik baju lelaki itu.

Tapi lelaki itu tidak mahu mengalah dan mula menendang kaki Arfan. Arfan membalas sepakan. Kerana mat salleh itu lebih tinggi dari Arfan, jadi pergaduhan itu agak sengit.

Pergaduhan itu berlarutan sehingga beberapa minit. Humaira cuba menghalang, tapi dia sendiri ngeri menonton pergaduhan itu. Nampaknya masing-masing tak nak mengalah.

Jadi Humaira mencari peluang untuk mencelah. Apabila Arfan menendang perut lelaki itu, terus lelaki itu terjatuh menekur pasir. Itulah peluangnya. Dia bergerak ke hadapan Arfan dan mendepakan tangannya. Menghalang Arfan daripada terus mara.

"Tepi." Ujar Arfan dalam nada tak cukup nafas.

"Arfan, sudahlah. Pelancong lain tengok tu." Pujuk Humaira sambil melihat sekeliling. Memang ramai pelancong yang berada di pantai itu. Lagi ramai yang datang mengelilingi mereka apabila berlaku pergaduhan tersebut.

Apabila mat salleh itu kembali bangkit, Arfan makin mara dan itu membuatkan Humaira gelabah. Terus dipeluk leher suaminya itu.

Beberapa orang pelancong lelaki turut memegang mat salleh tersebut.

"Dah lah Arfan." Bisik Humaira. Takut dia tengok Arfan berperangai sebegini. Ganasnya. Dia mengusap-ngusap belakang kepala dan belakang tubuh Arfan agar lelaki itu lebih tenang.

Kemudian, Humaira menarik lengan Arfan supaya beredar dari situ. Sebelum itu, sempat lagi Humaira meminta maaf kepada mat salleh itu dan pelancong-pelancong yang lain diatas kekacauan tersebut.

Setibanya di villa mereka, terus Humaira melepaskan pegangan pada tangan Arfan. Dia masuk ke biliknya pagi tadi. Mengurung dirinya sekali lagi. Sempat juga dia ambil kunci pintu biliknya itu. Tak guna kunci kalau kuncinya dekat Arfan. Lelaki itu boleh buka juga nanti. Baik dia bawak masuk kunci tu siap-siap.

Walaupun dia peluk Arfan tadi, tak bermakna dia dah lembut hati dengan lelaki itu. Nak berehat tepi pantai pun tak senang. Haihhh.

Tok

Tok

Tok

"Humaira. Bukaklah pintu ni."

"Kacaulah awak ni. Awak duduk je lah bilik awak tu." Marah Humaira.

Setelah itu, Arfan tak bersuara lagi.

*****

*12.05 A.M.*

Malam itu, Humaira tak dapat tidur dengan tenang. Tak tau lah kenapa. Mungkin sebab risaukan Arfan yang cedera tadi. Tapi dia sakit hati sangat dengan lelaki itu. Dia tarik selimut besar sehingga menutupi lehernya. Badannya di selubungkan sehingga dia hampir terlelap.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu yang agak ganjil di luar pintu balkoninya. Apa tu?

Humaira jadi takut. Tegak bulu romanya. Benda apa pulak yang datang ke balkoninya tengah laut ni?

Dia menyelak selimutnya perlahan-lahan apabila terlihat kelibat seseorang di sebalik langsir pintu slide tersebut.

Terdengar bunyi pintu slide dibuka. Lagi Humaira rasa nak menangis. Siapa tu? Terus dia berlari ke arah pintu bilik dan memulas tombol pintu tersebut.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now