Bab 15🥀

37.8K 1.4K 113
                                    

Selepas majlis akad selesai...kini tiba lah masa untuk majlis bersanding. Arfan dan Humaira sedang bersiap sekarang.

Mereka kini berada di hotel. Semua persediaan sudah selesai cuma tetamu sedang menunggu pengantin masuk.

Humaira dan Arfan berada di luar pintu dewan. Orang yang lalu lalang memandang mereka sambil tersenyum bahagia ke arah mereka.

Walaupun orang fikir yang mereka nampak tenang, namun di dalam  jantung sudah berdegup kencang bagai dibadai taufan. Takut dan gementar pada masa yang sama.

"Arfan..., kalau saya tersadung macam mana? Saya tak biasa la pakai tumit nipis macam ni." Humaira meluahkan gugup didadanya. Selalunya dia pakai wedges. Tak la terasa nak tumbang. Ini tumit tinggi nipis. Mau patah tumit ni dengan gaunnya yang kembang dan berat ni.

"Takyah la pikir bukan-bukan, kau pegang je sini kuat-kuat kalau rasa nak jatuh. Okey?" Untuk kesekian kalinya, Arfan selalu ada untuk meyakinkan Humaira.

Dia menyuruh Humaira memegang lengannya. Alah gaya pasangan nak jalan masuk majlis kahwin la.

Humaira tersenyum nipis lalu mengangguk. Dia mengharapkan Arfan.

Seketika kemudian, terdengar suara pengacara majlis dari dalam dewan yang memberi isyarat supaya mereka masuk. Fuhh.

Gugup di dada makin menjadi-jadi. Rasanya jantung Humaira bagai nak lari keluar. Punyalah laju dia berdegup! Sabar wahai jantung.

Humaira memegang lengan Arfan kuat bagi menghilangkan resah. Apabila yakin dengan dirinya, Humaira memberitahu Arfan.

"Saya dah sedia."

"Okey. Jangan risaulah. Aku ada." Arfan tersenyum ke arah Humaira.

Tika itu, jantung Humaira jadi lagi kencang! Membahang terus wajah Humaira.  Wahh? Tak pernah-pernah Arfan nak senyum, asyik serius memanjang. Betulkah yang dia senyum? Terbuai sekejap Humaira dengan keindahan didepannya.

"Dah, jom." Tiba-tiba Arfan berkata sambil melangkah perlahan.

Humaira menarik nafas dalam lalu turut melangkah. Fuhh.

Ketika mereka masuk, semua orang menumpukan perhatian kepada mereka. Pihak media hiburan dan para tetamu berkumpul di sepanjang karpet merah untuk mengambil gambar. Momen indah ini perlu diabadikan!

Humaira cuba tersenyum sehabis baik. Habis lenguh otot pipi kerana asyik tersenyum. Tapi ketahuilah yang mereka baru berjalan sedikit. Tak sampai separuh jalan lagi. Huhhh, lambat sungguh ni. Tak boleh jalan laju-laju nanti jatuh.

Perlahan-lahan Humaira melangkah. Gaun kembang itu sangat menyakitkan hati! Tak sangka pulak yang gaun itu terlebih labuh sampai menyapu jalan walaupun tanpa ekor dibelakang.

Baru berjalan separuh, tiba-tiba dia merasakan yang kakinya terpijak gaunnya. Mimpi nyerinya sudah menjadi kenyataan!

Cepat-cepat dia memegang erat lengan Arfan lalu kedua mereka berhenti. Itu menandakan yang Arfan faham akan maksud Humaira.

Arfan mengalihkan matanya kearah si isteri. "Cuba jalan pelan-pelan." Bisik Arfan kepada Humaira yang tak lekang dengan senyumannya. Pandai dia menyimpan perasaan takutnya.

Humaira melihat Arfan lalu mengangguk. Dia memegang erat lengan Arfan sambil menggerakkan lagi sebelah kakinya yang tidak memijak kain gaun itu. Perlahan-lahan dia cuba berjalan namun kain gaunnya melekat lagi!

Badannya mula tak seimbang, kakinya mula menggelatar resah. Malu laa kalau terjatuh ni!

Melihat Humaira yang tak habis-habis gelisah itu, terus Arfan bertindak di luar jangkaan!

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now