Bab 25🥀

36.2K 1.4K 34
                                    

"Selamat pagi abang! Jom breakfast. Harini saya masak nasi goreng ikan bilis dengan sayur kangkung." Kata Humaira sambil menyedokkan nasi ke dalam pinggan Arfan. Ceria sangat bunyinya hari ini. Bukan macam kelmarin. Nak merap ja kerjanya.

"Hari ni sayang tak ikut abang pergi kerja kan?" Duga Arfan. Mana nak tau, kot kot lah Maira tak serik nak duduk mereput dekat pejabat dia.

"Tak nak lah, boring. Duduk sana, abang busy ja memanjang. Saya pulak asyik tidur ja. Dari tidur di sofa pejabat, lagi bagus saya tidur dalam bilik. Ada katil empuk. " Jawab Humaira jujur.

Arfan hanya tersengih. Pipi Humaira yang berada disebelahnya dicubit. Kini, mereka sudah berada di rumah agam Arfan. Bukan tak nak berlama di rumah Tuan Darwish, cuma syarikat dengan sekolah Aqif lagi dekat dengan rumah ni.

"Abang, sakitlah." Rengek Humaira sambil cuba meleraikan cubitan suaminya. Ingat dia budak-budak ka?

"Padan muka. Siapa suruh muka tu macam budak-budak?" Kata Arfan setelah selesai menyakiti pipi Humaira. Hahaha.

"Dahlah. Makan ni." Humaira tersenyum sambil menyuapkan nasi goreng ke mulut Arfan.

Arfan pun apa lagi, ikutkan saja kerenah Humaira ni. Seronok dia ya dilayan macam ni. Bukan selalu. Licin satu pinggan Arfan makan. Berselera betul.

Selepas makan, Arfan memakai kasutnya. Baru Humaira nak menyalam tangan Arfan, Arfan memegang perutnya. Eh?

"Kenapa bang?" Soal Humaira pelik.

Tak sempat Arfan nak menjawab, terus dia berlari masuk ke dalam rumah semula. Kalut saja Humaira ikut dari belakang.

Setibanya Humaira di bilik air, dia nampak Arfan memuntahkan segala isi perutnya. Perlahan-lahan Humaira  menggosok belakang badan Arfan.

"Kenapa ni? Tak sedap badan ka?" Humaira tanya lagi sambil mengelap muka Arfan yang berpeluh itu. Pecah peluh dia memuntahkan segala nasi goreng dan air kopi yang dia tak sempat nak hadam tadi.

"Tak tahulah. Tetiba ja." Jawab Arfan rasa pelik.

"Takpayah pergi kerjalah kalau macam tu. Nanti sakit lagi. Duk rumah ja lah. Ya?"

"Eh tak boleh. Ada banyak appointment dengan fail yang abang kena check hari ni. Takpe lah. Abang pergi dulu." Bergegas Arfan keluar menuju ke keretanya. Dah lambat ni, tadi bermanja punya lama dengan Humaira. Hahaha padan.. kita si bos ni kenalah tunjuk teladan yang baik dekat pekerja.

"Apasal Arfan tu? Haihh. Risau lah." Keluh Humaira. Tak pernah Arfan muntah. Takut jugak kalau makanan yang dia masak tu puncanya.

"Tapi tadi aku dengan Aqif pun makan makanan yang sama jugak?" Humaira bersoal jawab sendiri. Aish, peliklah.

*****

Sepanjang Arfan menyemak kertas kerjanya, dia terasa mual lagi. Tekaknya rasa gatal nak membuang.

"Apasal ni? Takkan nasi goreng tu punya angkara?" Arfan bercakap sendiri. Tangannya tak henti-henti mengusap belakang lehernya.

Arfan pergi ke pantri untuk mengambil jus oren. Mungkin itu boleh menghilangkan rasa mualnya. Tapi, tekaknya sudah tak mampu nak menahan, terus dia termuntah di sinki pantri tersebut. Walaupun tak banyak yang dia muntahkan tapi rasa letih semacam.

*****

"Assalamualaikum."

Humaira terdengar suara seseorang memberi salam di luar pintu rumah.

"Siapa pulak? Kacau aku nak layan drama korea pulak dah." Kata Humaira sambil bergegas membuka pintu rumah. Terpana dia seketika.

"Abang? Awalnya balik. Baru dua jam abang pergi ofis. Tak sihat lagi ka?" Soal Humaira. Risau dia melihat muka Arfan yang pucat itu.

TUAN KING✔️ [ C ]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें