Bab 29🥀

29.2K 1.1K 45
                                    

"Abang? Dhafi tak nampak macam budak yang bermasalah pun kan? Tenang ja dia tidur ni." Humaira bertanyakan Arfan yang sudah bangun dari tidurnya. Dhafi yang berada di ribaan Humaira di cium sekilas. Kini Dhafi hampir mencecah 4 bulan.

"Kan doktor kata ini kesan jangka masa panjang. Dhafi masih boleh menangis macam budak biasa tapi lambat bercakap je. Takpe nanti abang cari pakar terapi yang paling bagus dalam negara. So that anak kita ni cepat sembuh ya?" Arfan membelai pipi Humaira. Pagi-pagi lagi dah buat sweet bagai.

"Sayang dah ambil lesen kan haritu? Sayang tak teringin nak drive ke?"

"Hmm dah ambil lah. Sebab suami kita ni suruh ambil. Masa baby dalam perut lagi... tak menyempat!" Kali ini, giliran Humaira pula mencuit hidung mancung suaminya.

"Mestilah abang suruh ambil lesen. Nanti senang kalau ada emergency. Lagipun, sayang bukannya mabuk hamil pun. Abang yang tolong bahagikan mabuk tu." Arfan tersengih begitu juga Humaira.

"Abang nak tau tak? Orang kata kalau suami yang mabuk hamil, maksudnya suami tu sayang sangat dekat isteri dia...." Humaira membodek sedikit. Aceceyyy.

"Owhhh, gitu... kuat perasan sayang ni. "

"Eleh, betullah tu. Dah lah pergi mandi sana. Busuk! Nanti Dhafi pula nak mandi. Atau abang je la yang mandikan dia? Hah? Kongsi lah kerja jaga Dhafi ni. Abang kan sayang kami dua. Kan Dhafi kan? Papa sayang kita kan? Alololoo sayang mama." Daripada bersembang dengan Arfan, Humaira dah beralih sembang dengan Dhafi pula.

"Habislah, anak Papa dah curi kasih sayang Mama dekat Papa. hmm lonely... I have nobody..." Arfan berjalan longlai ke arah bilik air. Hmmm murung...

"Eh abang ni. Gediklah!" Humaira melemparkan bantal ke belakang Arfan. Menyampah gila dengan perangai mengada Arfan ni. Semenjak ada anak memang menjadi-jadi!

"Werk tak kena."

"Abang!"

"HHAHAHAHAH" Terdengar bunyi ketawa Arfan dari dalam bilik air. Auch suamiku ni. Cair hati.

"Sudahlah gelaknya, nanti Papa dengan yang lain dengar tu, memang apalah diorang pikir nanti." Laung Humaira dari arah katil.

"Ye lahhh." Jawab Arfan.

*****

"Hari ni, saya balik kerja awal sikit ya? Saya ada hal peribadi. Takde appointment dah kan?" Tanya Arfan kepada PA nya.

"Takde Tuan Darren. Lagipun masa kerja hanya tinggal lagi 30 minit." PA nya menjawab.

Arfan mengangguk sedikit sebelum berlalu pergi.

Sepanjang berjalan, senyuman tak lekang dari bibirnya. Dia ada agenda lain. Tunggu je lah Humaira sayang... hahahahah.

Balik saja dari kerja, Arfan terus bergegas ke rumah Tuan Darwish. Sepanjang Humaira lepas pantang ni memang diorang duduk sini. Senang sikit mereka nak pantau Humaira. Lagipun, keadaan memang agak tak selamat.

Masuk saja ke rumah, dia ternampak Humaira sedang leka menonton cerita running man. Ketawa Humaira cuba ditahan sebaik mungkin kerana Dhafi sedang lena di hadapannya.

Arfan pun perlahan-lahan datang dari arah belakang. Dan...

Bah!

"Makkk!!" Humaira terlatah agak kuat sehingga Dhafi mula bergerak.

"Hahahaah." Arfan ketawa kecil sambil memegang perutnya yang senak kerana terlalu lucu.

"Abang ni kan! Dhafi Mama dah bangun ni. Ishhhh." Humaira menepuk sedikit Dhafi supaya kembali tidur. Nasib baik Dhafi ni kuat tidur. Tak la dia berjaga terus tadi. Erghh Arfan ni.

TUAN KING✔️ [ C ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt