Bab 5🥀

43.6K 1.6K 226
                                    

Sepanjang perjalanan, Humaira hanya memandang keluar tingkap BMW itu. Pemandangan laut ditepi tebing itu amat menggamit perasaannya untuk terus memandang ke situ.

Selepas beberapa ketika, pemandangan laut berganti dengan kawasan perumah elit.

Rumah Arfan terletak paling hujung kerana dia lebih selesa mengasingkan diri daripada jiran. Lagipun senang untuknya 'bekerja'.

*****

"Dah sampai?"

"Habis, kau ingat rumah aku dekat Korea? Dah sampai la ni. Cepat keluar." Arfan menyindir.

"Orang tanya pon nak marah. Lepuk satgi kot." Humaira berkata perlahan sambil keluar dari kereta.

"Ape kau cakap?" Arfan memandang Humaira tajam. Budak ni tengah kutuk aku ke?

"Nothing." Humaira hanya membuat muka bodoh sambil tersenyum macam kerang busuk.

"Kau ingat aku bodoh ke? Kau taknak bagitau sangat kan? Kau angkut la semua beg ni masuk!" Selepas mengunci kereta, Arfan terus berlalu kedalam rumah.

"Eh, encik! Tolongla sama! Tangan saya tak elok lagi ni!" Maira terjerit-jerit meminta pertolongan Si Arfan. Tapi Arfan hanya buat tak dengar.

"Hmmmmmmmmmm." Maira mengeluh panjang sebelum mengangkut beberapa beg pakaian yang berat.

Kalau nak angkat satu-satu memang sampai ke malam tak habis. Bukannya sikit, berpuluh beg!

Nasib baik Arfan parking betul-betul depan tangga rumah agamnya.

"Eh, cik. Meh kami tolong." 5 orang anak buah Arfan datang membantu.

"Wah, thankyou encik semua!" Maira teruja bila nampak kesemua begnya sudah dibawa pergi. Di tangannya juga sudah kosong. Hahahah senang kerja!

"Sini cepat!" Arfan memanggil Humaira yang masih terjegat di depan muka pintu.

"Eh ada lif lah!" Humaira makin teruja apabila masuk kedalam lif bersama Arfan.

Arfan hanya bereaksi tenang sambil tangannya menekan punat yang tertera nombor 3. Sebelah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar. Cool gitu!

*****

"This is yours. Over there, is mine. On this floor, there just have 3 rooms. My bedroom, your bedroom and my office. Understood?"

"Paham encik." Humaira mengangguk-ngangguk.

"Kau pergi mandi dulu. Lepastu turun masak. Mesti diorang dalam rumah ni lapar."

"Okay."

Seusai mandi dan menunaikan solat Zohor serta Asar yang diqada'kan. Humaira turun ke dapur.

Dia amat jakun melihat suasana rumah agam yang teramat mewah ini. Hiasannya hanya ringkas dan nampak maskulin. Maklumlah rumah lelaki bujang.

"Cik! Meh la lepak dengan kitorang!" Seorang jejaka menggamit Humaira untuk melepak bersama di ruang tamu yang luas itu. Mereka sedang bermain game nampaknya.

"Ape nama cik?"

"Berapa umur cik?"

"Cik dah berpunya ke?"

"Cik nak kemana?"

Belum sempat Humaira menjawab soalan yang pertama. Beberapa jejaka yang turut melepak di situ mula bertanya macam peluru machine gun.

Humaira hanya membisu. Kesemua muka jejaka tadi dipandang hairan.

Nak jawab yang mana satu nih? Matanya berkelip-kelip mengulang soalan yang samar-samar ditelinga tadi.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now