Bab 18🥀

32.8K 1.3K 21
                                    

Majlis pelancaran kilang baru syarikat rakan niaga Arfan begitu meriah. Majlis ala-ala Barat itu dihadiri oleh ramai golongan elit. Muzik yang santai dan cara golongan elit bergaul tersangatlah sopan. Tak kena dengan gaya Humaira yang kasar itu. Tapi dia kena biasakan diri. Dia bersuamikan seorang jutawan, mestilah akan menghadiri seperti majlis ini kelak.

Sudah lebih satu jam mereka berdiri di meja kecil yang dihiasi bunga segar itu, tiba-tiba nama Darren Arfan di panggil bagi memberikan sedikit ucapan kepada rakan seperjuangannya.

Kini Humaira tinggal berseorangan. Sudah beberapa kali dia cuba menahan diri dari menguap kerana menahan kantuk. Matanya sudah kuyu. Letih sangat! Dah la tadi kena marah dengan Arfan sebab lambat. Bukan salahnya kalau majlis ni bermula semasa dia nak solat maghrib. Huh!

"Bosan betul. Macam ni ya orang kaya buat majlis. Muzik ni lagi lah buat aku terbuai." Humaira bercakap sendiri. Matanya ralit memerhatikan orang sekeliling. Pandangannya dihalakan ke arah pintu keluar yang berada jauh di sudut dewan yang gah itu.

Kakinya melangkah dalam kalangan selautan manusia yang sedang memberikan perhatian kepada ucapan suaminya. Dia dah tak tahan dengan rasa kantuk ni. Dia nak ke tandas untuk membasuh muka.

Setelah membasuh muka, dia mengeringkan tangannya dengan tisu kering yang disediakan didalam tandas itu. Nasib baik dia hanya memakai bedak asas dan lipmatte. Tak la mukanya nampak bertompok dengan make up basah.

Sedang dia mencari jalan untuk ke dewan semula, dia merasakan yang dirinya tersesat. Besar sangat hotel ni! Matanya mencari-cari pintu masuk ke dewan itu semula.

"Manaa nih? Aduh. Apasal besar sangat hotel ni?!" Humaira sudah geram. Kepalanya terteleng-teleng mencari pintu masuk.

"Sini pun kau. Merata aku cari! Kau pergi mana?!" Arfan datang menarik lengan Humaira dari belakang. Fuh!

"Awak! Saya pergi toilet tadi. Mengantuk lah." Jawab Humaira jujur.

"Hm dah. Sekarang aku ada urusan lain. Jom pergi." Arfan terus berlalu pergi dari situ diikuti oleh Humaira dari belakang.

Audi R8 tersebut meluncur laju membelah ibu kota yang sesak itu. Humaira masih tak tahu ke mana mereka nak pergi. Dia tertanya-tanya. Ini bukan jalan pulang ke rumah.

"Kita nak ke mana?"

"Adalah. Nanti dah sampai, kau duduk je dalam kereta." Nada Arfan hanya mendatar. Dah tak marahkan Humaira agaknya? Humaira hanya mengangguk tanda mengerti.

"Awak marahkan saya lagi?" Soal Humaira setelah lama membisu.

"Dah sampai. Tunggu dalam kereta." Arfan langsung tak menjawab pertanyaan tadi, namun kelibatnya sudah menghilang di sebalik manusia yang lalu lalang.

Tetiba Humaira terperasankan sesuatu. 'Macam kenal tempat ni.' Monolog Humaira. Memang dia kenal sangat dengan tempat itu. Kelab malam! Tempat yang paling dia tak suka. Tempat maksiat!

"Kenapa Arfan datang ke sini?Apa urusan Arfan di kelab malam ni?" Humaira pelik. Tapi pertanyaannya dibiarkan sepi.

*****

Arfan's POV

Dia melangkah masuk ke Aldo Club. Sebuah kelab malam yang agak terkenal selepas F club. Sudah lama dia tak mengunjungi tempat maksiat sebegitu. Selama ni dia datang pun bukannya dia minum arak ataupun bermain dengan pelacur. Semuanya atas urusan kerja. Urusan kerjanya lagi penting!

"Tuan Darren." Ketiga-tiga jejaka yang memakai pakaian kulit serba hitam itu berdiri untuk menyambut kedatangan Arfan. Dalam dunia gelap, lelaki ini dikenali sebagai Tuan Darren dan bukannya Arfan.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now