Bab 11🥀

36.8K 1.4K 125
                                    

Selepas lebih kurang 5 jam perjalanan, teksi itu akhirnya berhenti dihadapan rumah yang agak usang.

"Adik, bangun. Kita dah sampai." Perlahan saja suara Humaira mengejutkan Aqif. Dia pun masih mamai.

"Sekarang pukul berapa kak?" Aqif bertanya dalam suara serak basahnya kerana dia baru bangun tidur.

"1 pagi" Humaira menjawab.

Selepas mereka keluar dari perut teksi itu, mereka terus  berjalan perlahan-lahan ke dalam rumah mereka.

Rumah ibu bapa mereka yang telah hampir sebulan lebih ditinggalkan. Mana taknya, Aqif terus dipelawa untuk tinggal di rumah Kamal lepas kakaknya diculik. Orang kampung disini memang prihatin dan baik hati.

"Sapu tilam dulu sebelum tidur Aqif." Humaira berpesan kepada adiknya. Mujur mereka telah menunaikan solat isyak di perhentian RnR tadi.

"Baik..." Aqif yang dalam keadaan mamai hanya menjawab sepatah.

Humaira juga tidur selepas mengunci pintu dan tingkap. Takut juga ada perompak nanti. Hahahaha.

*****

Arfan's POV

Dia membuka matanya perlahan-lahan akibat sinaran matahari yang memancar ke dalam bilik.

Selepas dia memejam celik matanya beberapa kali akhirnya matanya sudah boleh terbuka luas.

Dia melihat jam digital yang berada di atas meja sisi katilnya.

*8. 32 A.M*

Huhhh

Satu keluhan kecil dilepaskan. Sepatutnya waktu-waktu macam ni Humaira akan mengejutkan dia untuk bersarapan dan menyiapkan baju kerjanya. 

Seketika kemudian, Arfan bergegas ke bilik mandi untuk bersiap ke pejabat.

*****

Di dapur...

"Eh Syafiq, masaklah betul-betul! Dah hangus ni." Aniq memberikan arahan gaya macam chef pakar dalam kelas memasak.

"Betullah ni. Kau mengarah aku padahal kau pun tak reti masak!" Syafiq, salah seorang anak buah Arfan merungut juga.

"Sekurang-kurangnya tak hangus. Maira ajar macam ni, aku ikut je laa!" Aniq tak mau mengalah.

"Maira pon ajar akuu la bongok!" Syafiq berkata sambil mengetuk kepala Aniq dengan senduk yang dipegangnya untuk menggaul sambal udang. Hahahah.

"Aduhh! Sakitlaa takgunaa!" Aniq memegang kepalanya yang sakit.

"Woiii! Masaklah cepat... kitorang dah lapar nii." Kimi tiba-tiba merungut dari meja makan.

"Ha ahh. Selalunya waktu macam ni Maira dah bagii makan 😫." Amar juga merengek. Hahahah.

"Eh, korang tolong senyap sikit okey. Tak nampak aku tengah goreng telur dadar ni. Sabar laaa nak siap dah. Kau pergi la tengok nasi dah masak ke belum." Syafiq memberi arahan. Ketika Humaira ada, dia, Aniq serta Sam selalu menolong Humaira memasak, sebab tu lahh sekarang ni diorang cuba nak memasak juga.

Sekarang bila Maira dah pergi, semua anak buah Arfan harapkan mereka untuk memasak. Hahahah.

Kimi yang mendengar arahan daripada Syafiq, terus bangun dari kerusi untuk pergi melihat nasi.

Tapii...

"Apahal nasi ni keras semacam?" Kimi hairan. Eh?

"Weyhh, seriuslaaa." Syafiq yang sedang memasak sambal udang itu, mula rasa bebal. Main-main Kimi nii!

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now