Bab 27🥀

32.3K 1.2K 27
                                    

"Semalam Dhafi tak menangis kan? Kenapa? Apa yang jadi?" Tiba-tiba Humaira bersuara dengan mukanya yang masih berada di dada bidang Arfan.

Arfan kelu seribu bahasa. Nak jawab apa?

"Abang, jawablah!"

"Sayang, sebenarnya..."

Sesaat

Dua saat

"Puan, sekarang masa makan." Tiba-tiba seorang jururawat wanita masuk ke dalam wad itu.

Terbantut habis segala perilaku pasangan itu.

"Terima kasih nurse." Apabila jururawat itu keluar, Humaira terus memandang Arfan semula. Pandangan tajam di berikan biar tembus muka kacak Arfan ni.

"Abang. Jawablah." Humaira masih mendesak Arfan. Bukannya Arfan tak nak beritahu, tapi nanti mesti Humaira bertambah sedih. Aduhhh, macam mana ni?

"Abang!"

"Ye? Ahh, baby just fine. Apa kata, sayang makan dulu bubur dengan ubat ni. Then, kita boleh pergi tengok baby?" Arfan berkata dengan muka cuba diceriakan sebaik mungkin. Meja makan dirapatkan ke katil Humaira.

"Betul? Betul Dhafi sihat?" Humaira nakkan kepastian. Tengok reaksi muka Arfan macam pelik ja.

Arfan hanya menggangguk sebagai jawapan. Hmmm.

*****

Di rumah Tuan Darwish.

"Papa, kenapa Papa tak pernah bagitahu kami hal yang sebenar? Apa yang Papa cuba sorokkan?" Daniel menyoal Papanya yang sedang menjamah sarapan pagi di meja makan. Dari insiden pergaduhan Papanya dengan Arfan, Daniel jadi makin keliru. Rasa ingin tahu memang tak boleh ditepis dah.

"Pasal apa ni Daniel? Cuba cakap benda yang jelas? Sorokkan apa?" Tuan Darwish buat-buat tak mengerti maksud Daniel.

"Papa kena ingat yang rahsia, walaupun disimpan ketat tapi lama-kelamaan, orang akan tahu jugak. Rahsia tak boleh disimpan selamanya. Lambat atau cepat, ia akan terbongkar juga..."

"Papa tahu. Tapi, Papa nak simpan rahsia tu selama mungkin. Biar Arfan, kamu dan semua orang lupa. Dan tak bertanya tentang rahsia tu lagi." Potong Tuan Darwish.

"Pa, macam mana kami nak lupa kalau orang yang bunuh Mama tu sedang buru kami pula? Daniel rasa, orang tu juga yang buat Humaira macam tu. Mungkin dia nak rosakkan keluarga Arfan pulak?"

"Apa yang kamu cakap ni Daniel? Kenapa pula orang tu nak buru Arfan?!" Tuan Darwish masih berdalih. Biar dia simpan rahsia ni sampai mati. Dia tak kisah. Tapi pasal Humaira, dia tak pasti. Arfan kan banyak musuh dalam dunia gelapnya.

"Pa?! Daniel tahu yang Papa pun tahu kan? Cuma Papa berdalih. Kan?"

Tuan Darwish masih diam.

"Dahlah Pa. Satu hari nanti, rahsia tu akan tetap kami korek sampai jumpa. Daniel nak pergi melawat Humaira. Dia dah sedar semalam."

Setelah Daniel beredar, Tuan Darwish meletakkan sudunya. Hilang selera makannya. Dia menghembuskan nafas berat. Kata-kata Daniel masih berlegar didalam kotak minda. Lambat atau cepat, pasti mereka akan tahu jugak. Huhhhh.

*****

Tok

Tok

Tok

Bunyi ketukan di pintu menyentakkan tidur Humaira dan Arfan. Selepas subuh tadi, mereka tidur semula.

"Puan Humaira, masa makan." Seorang jururawat masuk dengan menolak troli makanan.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now