Bab 12🥀

37.8K 1.3K 125
                                    

Humaira bangun dalam keadaan terkejut. Akibat mimpi yang dialami tadi dia bernafas laju sambil peluh merenek jatuh dari mukanya.

"Huhh! Aku mimpi ja semalam. Nasib bai nasib baikk. Fuuhh!" Dia menyedapkan hatinya sendiri sambil mengurut dadanya. Jantungnya berdegup kencang sangat sampai rasa nak terkeluar sahaja.

Matanya beralih pula kearah jam dinding yang tergantung.

*7. 25 A.M*

"Patutlah aku mimpi pelik-pelik. Lambat bangun rupanyaa. Apasal Mak Munah tak kejut aku buat breakfast." Humaira mula bangun lalu mengemas cadarnya.

Harini dia bangun lambat sikit pon takda masalah sebab dia tengah ABC. Kerjanya harini pon bermula tengah hari.

Dia menyarung tudung lalu bergerak ke cermin untuk melihat wajahnya. Mungkin ada rambut yang terkeluar kan. Duduk dekat rumah orang ni kenalah tutup aurat jugakk.

Rumah Mak Munah ni sebenarnya rumah dua tingkat. Agak besar juga seperti rumah keluarganya. Tak hairanlah ada dua bilik air didalam rumah ini. Satu ditingkat atas ni dan satu lagi untuk kegunaan tetamu di dapur.

Humaira mengambil pula seluar tracksuit dan bajunya untuk ke bilik air.

Selesai sahaja mandi, Humaira terus berpakaian lengkap dalam bilik air. Pelik saja pagi ni sebab rumah Mak Munah macam riuh semacam. Eh?

'Takkan Aqif dan Kamal tak pergi sekolah kot? Dah pukul berapa ni.' Bicara hati kecil Humaira.

Selepas mengeringkan rambutnya, dia menyarung kembali tudung lalu melangkah ke dapur.

Semakin dia menghampiri dapur, semakin gamat bunyi itu.

'Mak Munah ada tetamu ka pagi-pagi buta ni?' Humaira hairan.

Baru saja kakinya melangkah ke ruang dapur... tiba-tiba dia terkejut dengan penampakan yang luar biasa itu.

"Arfan?!" Suara Humaira naik seoktaf.

Terkejut beruk dibuatnya bila tengok Arfan serta yang lain sudah berada di meja makan.

"Buat apa dekat sini?" Humaira menyoal lagi.

"Alaa Humaira. Kamu bukannya hilang ingatan pon, kan semalam depa ni yang bawa kamu balik lepas kamu diserang tu? Arfan dah cerita kat Mak Munah dah. Sekarang ni mai duduk makan sekali." Mak Munah menyendukkan bihun goreng ke dalam pinggan Humaira lalu memaksa Humaira untuk duduk di kerusi disebelah Arfan. Dah situ ja satu-satunya kerusi kosong.

Humaira hanya mengikut, dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang kejadian semalam betul-betul terjadi!

Humaira hanya melihat Arfan yang menjamah bihun itu.

"Yang kamu tengok Arfan macam nak telan tu kenapaa Humaira oii? Makanlahh kamu punya bihun tu." Pak Sahak, suami kepada Mak Munah yang hanya berdiam diri sedari tadi pula menyoal.

"Eh? Takdak lahh. Mana ada Maira tengok dia. Haa ni tengah makan ni." Humaira cepat-cepat mencapai garfunya lalu menyumbatkan bihun itu kedalam mulutnya.

"Hahahahhahaha" Yang lain sudah tergelak dengan sikap Humaira yang cepat gelabah itu.

'Aduhh Humairaa, kantoi laa usha anak teruna oranggg! Buat malu tujuh keturunan lahh'. Monolog Humaira sendiri.

Sedang Humaira menelan bihun, tiba-tiba Pak Sahak bertanya.

"Kenapa Humaira tak bagitau yang Humaira dah bertunang masa dekat KL? Kecik hati kami semua dekat Penang ni."

"Hah? Uhukkkk uhukk." Tersedak habis si Humaira yang mendengar kenyataan luar alam itu. Whattt?!

Arfan menghulurkan air teh o kepada Humaira untuk membolehkan Humaira menelan bihun yang tersekat itu.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now